CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11583|Reply: 0

Red Bull dijangka 'pecat' Perez

[Copy link]
Post time 3-1-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

PEREZ kurang menyerlah bersama Red Bull.

London: Juara dunia dua kali Formula 1 (F1), Mika Hakkinen percaya tidak mungkin Sergio Perez akan kekal di Red Bull selepas musim ini.

Susulan kempen F1 2023 yang kurang memuaskan, masa depan Perez menjadi topik hangat memandangan kontraknya bersama Red Bull bakal tamat akhir tahun ini.

Dengan kemungkinan pencabar Red Bull berpotensi menjadi ancaman pada tahun ini, pasukan itu memerlukan Perez untuk mempamerkan aksi terbaiknya bagi memastikan mereka dapat memenangi kejuaraan utama.

Hakkinen yang memenangi kedua-dua gelaran bersama McLaren pada 1990-an turut memberikan pandangan berkenaan Perez.



"Biasanya memang akan ada seorang atau yang lain lebih perlahan tetapi dalam kes ini Perez lebih perlahan daripada Max dan ia agak jelas sejak kebelakangan ini.

"Jika rakan sepasukan terima situasi terbabit, mampu berkomunikasi dengan baik bersama media dan pasukan, mampu membangunkan kereta, bermotivasi dan boleh kekalkan kedudukan dalam tiga atau empat persepuluh sahaja dari yang paling pantas, saya tidak fikir ia satu perkara buruk. Saya rasa situasinya baik-baik sahaja.

"Tetapi jika rakan sepasukan mula merungut, jika dia menuduh pasukannya tidak menyediakan kereta yang bagus, tidak ada motivasi dan keputusan juga naik turun, ia tidak bagus untuk pasukan itu.

"Ketika itulah pasukan berkenaan perlu menjalankan perubahan. Saya tahu pemandu Mexico penting untuk Red Bull. Mexico adalah pasaran besar yang memberi kesan terhadap sesuatu.

"Namun akhirnya anda ke sana untuk berlumba dan membawa keputusan yang baik serta memajukan kereta dengan lebih pantas. Anda tidak boleh bergantung harap pada seorang pemandu sahaja.

"Anda perlu mempunyai dua pemandu pada tahap tertentu untuk memajukan kereta. Adakah masa depan Perez di Red Bull? Saya fikir ia sangat tidak mungkin," kata bekas pemandu McLaren itu kepada Unibet.https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ijangka-pecat-perez
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069480 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list