CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12656|Reply: 5

Anisha Rosnah jadi pilihan hati Putera Mateen?

  [Copy link]
Post time 6-1-2024 09:56 AM | Show all posts |Read mode

Pangeran Abdul Mateen dan wanita pilihan hatinya, Anisha Rosnah. — Instagram Anisha.

Anisha Rosnah jadi pilihan hati Putera Mateen?
Sabtu, 06 Jan 2024

PERKAHWINAN anakanda kesepuluh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Dayang Anisha Rosnah Adam pada Januari ini bakal menjadi wedding of the year.

Bukan sahaja rakyat Brunei teruja untuk menantikan perkahwinan gilang-gemilang itu berlangsung, rakyat negara jiran Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura termasuk selebriti antarabangsa juga tidak sabar menantikan mempelai sejoli itu bersanding di singgahsana.

Menurut laporan media tempatan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja akan dilakukan pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024.

Namun, siapakah Dayang Anisha Rosnah Adam yang berjaya menambat hati Putera Mateen ini?

Laporan media Brunei mendedahkan, wanita pilihan Putera Mateen, Dayang Anisha Rosnah Adam popular dengan nama Anisha Isa-Kalebic.

Anisha merupakan cucu kepada pembesar Brunei, Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim yang juga penasihat khas yang sangat berpengaruh kepada Sultan Brunei Darussalam dan pengasas Syarikat Penerbangan Diraja Brunei.


Pangeran Abdul Mateen dan Anisha Rosnah bakal menjadi perkahwinan gilang-gemilang pada abad ini.

Memiliki wajah mulus, Anisha juga merupakan graduan Universiti Bath di England dan merupakan bff kepada Putera Mateen yang gemar bermain sukan polo sejak sekian lama.

Walaupun bakal bergelar kerabat diraja, Anisha memiliki perniagaan fesyen Silk Collective dan agensi pelancongan Authentinerary yang diusahakannya bersama rakan baiknya, Emily.

Bak kata orang kalau nak tackle adik, kena lah berbaik dulu dengan adik-beradik yang lain dan itu yang dilakukan Putera Mateen.

Mana tidaknya, demi memiliki suri hati yang dicintai, Putera Mateen berkawan rapat dengan abang Anisha iaitu Danial Deen Isa dan dikatakan mereka sering bermain bola sepak bersama.

Sejak hubungan mereka terbongkar pada 2020, ada yang mendakwa, Anisha sebenarnya adalah sepupu jauh kepada Putera Mateen dan disebabkan hubungan kekeluargaan itu mereka telah mengenali antara satu sama lain sejak sekian lama.

Memang tepat pilihan Putera Mateen kerana Anisha ni tergolong dalam wanita beauty with brain dan humble. Kita doakan semoga pasangan ini bahagia hingga ke akhir hayat!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
eh bongok! tak tgk board ke bila bukak thread? heshe ni pelakon ke penyanyi?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
So what? Kisah pulak putera sana kawen.

Semak tengok headline. i tak minat kerabat Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
besaq cincin tunang. berapa juta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo..outera ni lernah berlakon ke menyanyi ke pelawak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur anisha ni
Mcm makcik2 dh rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.207273 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list