CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24650|Reply: 2

[Politik] Peguam Negara saran macai Najib tersakiti ke penjara....kahkahkah

[Copy link]
Post time 7-1-2024 12:52 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Peguam Negara memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding komital kerana menghina mahkamah dan seterusnya memenjarakan atau mengenakan denda ke atas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

Permohonan itu dibuat berikutan Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil didakwa mengucapkan kata-kata berbentuk penghinaan mahkamah dalam satu temu bual bertajuk 'Townhall For Justice: Keadilan Sebenarnya Untuk Siapa?' yang disiarkan melalui laman Facebook 'The Malaya Post' pada 30 September tahun lalu.


Menurut Peguam Negara melalui permohonannya yang difailkan pada 28 Disember lalu, dalam temu bual berkenaan, Isham yang dinamakan sebagai responden didakwa telah mempersoalkan proses perbicaraan dan rayuan membabitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes berkaitan syarikat SRC International dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pemohon (Peguam Negara) berkata, dalam temu bual itu, Isham didakwa mempertikaikan proses pendengaran permohonan penarikan diri (recusal) terhadap Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang menghakimi perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.- BH
@Kemaruk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2024 01:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 10:50 PM | Show all posts
meluatttttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064869 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list