CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7783|Reply: 0

Honda yakin Marquez akan kembali ke pangkuan

[Copy link]
Post time 7-1-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode

MARC Marquez tinggalkan Honda untuk bersama Gresini Racing. -FOTO AFP

Madrid: Pasukan Repsol Honda mengakui merasa kehilangan juara dunia lapan kali, Marc Marquez namun tidak menolak kemungkinan pelumba itu kembali ke pangkuan pasukan itu dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada masa hadapan.

Pengurus pasukan, Alberto Puig berkata, Honda kini sedang bekerja keras bagi menyediakan jentera kompetitif menjelang sesi ujian musim sejuk yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Beliau yakin pemergian Marquez ke Gresini Racing menjelang saingan musim baharu nanti hanyalah sebagai tempat 'persinggahan'.

"Secara jujur, kami memang merasai kehilangan Marc (Marquez) yang memilih meninggalkan pasukan ini kerana dia sudah lama bersama Repsol Honda dan banyak kejayaan cipta bersama.



"Namun kami tahu dia terpaksa mengambil keputusan demi masa depannya selepas beberapa siri kecederaan. Sekarang fokus kami adalah untuk memastikan Honda kembali memiliki jentera terbaik," katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan Honda perlu memperbaiki banyak kelemahan bagi meningkatkan kemampuan jentera sekiranya mereka berhasrat untuk kembali mendapatkan khidmat pelumba Sepanyol itu.

"Sekarang kami sedang berusaha untuk menyediakan sebuah jentera terbaik untuk pelumba-pelumba kami. Selepas itu, kami akan serahkan kepada mereka bagi menunjukkan kemampuan sebenar jentera Honda," ujar Puig.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kembali-ke-pangkuan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.323427 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list