CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17491|Reply: 5

[Jenayah] Takut Kena Marah, Afiq Bukan Nama Sebenar Tolak Duit UMNO Sebab Mak Kata HARAM!

[Copy link]
Post time 7-1-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: “Namun malangnya adik Afiq (bukan nama sebenar) ini berkali-kali menolaknya kerana takut dimarahi ibunya penyokong kuat parti berlabel agama kerana didakwa ‘wang daripada UMNO adalah haram’.”

Demikian perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kesal apabila ibu kepada pelajar berkenaan enggan menerima bantuan daripadanya hanya kerana daripada parti politik berlainan.

Kata beliau, bapa kepada pelajar tersebut sudah meninggal dunia dan ibunya pula berada di hospital kerana penyakit kencing manis yang kronik.

“Saya ikhlas membantu kerana kasihan dengan nasib lima anak kecil yang bagaikan tiada pembelaan tanpa langsung memperkirakan warna parti.

“Prinsip saya selagi mereka orang miskin dan fakir, tidak kira ideologi parti mahupun kaum, wajib dibantu. Namun akibat taksub berpolitik, sanggup mendoktrinasi pemikiran anak-anak sehinggakan takut nak terima bantuan walaupun mereka melarat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Asyraf Wajdi berkata, kisah pelajar berusia 17 tahun itu mendapat perhatiannya selepas seseorang individu memaklumkan mengenai kesusahan dihadapi pelajar tersebut.

“Kisahnya begini. Apabila saya pos video mengenai dua beradik yang terpaksa berniaga untuk menyara keluarga, ada seorang hamba Allah (Puan X) komen dan minta tolong saya. Katanya ada kes serupa yang berlaku di Pasir Mas Kelantan. Saya minta Puan X bagi maklumat. Katanya dia pernah bantu adik Afiq.

“Kisah ini benar-benar meruntun jiwa saya kerana saya juga mempunyai anak-anak sebaya mereka.

“Justeru tanpa teragak saya mahu hulurkan bantuan wang tunai yang sudahpun diserahkan kepada sahabat saya Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas untuk diserahkan, namun malangnya adik Afiq ini berkali-kali menolak,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin-pemimpin dalam negara untuk berhenti mendoktrorin pengikut-pengikutnya sehingga terbentuk satu politik taksub yang ‘memangsakan’ orang lain.

“Mohonlah para pimpinan agar dapat menjernihkan pemikiran pengikut-pengikut supaya titik noktahkan politik taksub membenci dan sesat menyesatkan antara satu sama lain hingga anak kecil tidak berdosa pula dimangsakan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-1-2024 03:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Humngok left wing atau right wing?

Skg dah ada dua clan....

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon panjangkan isu kepada parti pas halalan toyyiban
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2024 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit DAP pun haram diambil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2024 09:09 PM | Show all posts
boikot umngok
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048266 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list