CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15803|Reply: 0

[Perak] 59 PATI dituduh memasuki negara, menetap secara haram

[Copy link]
Post time 8-1-2024 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada PATI yang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

TELUK INTAN – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah serta tamat tempoh pas lawatan.

Kesemua 58 tertuduh yang merupakan warga Indonesia dan seorang warga Nepal tersebut berkenaan mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut kertas pertuduhan, pada 28 Disember lalu, 33 daripada mereka kira-kira pukul 10.30 pagi di kebun sawit tepi Jalan Pasir Kampung Sungai Tiang Baroh, Hilir Perak sebagai seorang yang bukan merupakan warganegara Malaysia didapati telah memasuki negara ini tanpa pas yang sah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Oleh itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 6(3) akta yang sama dan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan boleh juga disebat tidak lebih enam sebatan.

Seramai 16 lagi tertuduh didakwa pada tarikh sama pada pukul 6.30 pagi di kebun sawit Lorong 1, Jalan Ban Persisiran Laut Bagan Sungai Tiang, Selekoh, Hilir Perak telah tinggal di negara ini setelah tamat tempoh sah lawatan di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tertuduh dengan itu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(4) akta berkenaan, dan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Hakim kemudian menetapkan 19 Januari hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes dan jatuh hukum.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... netap-secara-haram/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057446 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list