CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7827|Reply: 0

[Perak] Kilang proses cili kisar guna logo halal tidak sah diserbu

[Copy link]
Post time 10-1-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN penguatkuasa KPDN Perak memeriksa cili kisar disyaki menggunakan logo halal tidak sah di Kawasan Perindustrian Silibin, Ipoh semalam. - UTUSAN/IHSAN KDPN



IPOH: Sebuah kilang memproses cili kisar di Kawasan Perindustrian Silibin di sini, diserbu sepasukan penguatkuasa semalam, selepas disyaki menggunakan logo halal tidak sah pada produk yang dihasilkan.

Serbuan oleh penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bersama Kementerian Kesihatan (KKM) itu dijalankan pada pukul 10.30 pagi.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi ke atas premis berkenaan dilakukan susulan maklumat awam dan risikan yang dijalankan KPDN Perak berhubung aktiviti memproses makanan menggunakan logo halal tidak sah.

Katanya, seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis berusia 60-an didapati gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan pihak berkuasa ketika diminta.

“Tindakan diambil dengan menyita kesemua cili kisar, plastik pembungkus yang tertera logo halal, barangan pembungkusan dan dokumen lain untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

“Nilai keseluruhan barang rampasan dianggarkan berjumlah RM43,185.80,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, satu perintah tutup premis makanan juga dikenakan ke atas kilang tersebut oleh KKM kerana tahap kebersihan premis yang tidak mencapai piawaian ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua peniaga dan pengusaha supaya mematuhi undang-undang yang dikuatkuasa termasuk mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi berkaitan.

“Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai isu salah laku peniaga, kualiti barangan dan perkhidmatan, pengguna boleh menghubungi KPDN melalui saluran yang disediakan,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -tidak-sah-diserbu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.062052 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list