CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7947|Reply: 0

MotoGP: Quartararo enggan fikirkan kejuaraan

[Copy link]
Post time 10-1-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode

QUARTARARO mengakui berpuas hati dengan perubahan jentera Yamaha, namun mahu lebih realistik mengenai peluangnya merebut kejuaraan dunia. - AFP

LONDON – Juara dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo menjelaskan bahawa Yamaha telah berusaha untuk melakukan perubahan pada jentera YZR-M1 miliknya, tetapi enggan meletakkan harapan terlalu besar terutama soal perebutan gelaran pada musim 2024 ini nanti.

Pelumba Perancis tersebut merasakan adalah tidak realistik untuk mengharapkan perubahan mendadak pada jentera M1 dari tiga podium musim lalu untuk menjadi pesaing utama kejuaraan MotoGP 2024.

Bagaimanapun, Quartararo menjangkakan perubahan pada jentera Yamaha akan dicapai dalam tempoh Februari hingga Julai dan adalah langkah penting untuk melihat kemampuan sebenar pasukan Jepun tersebut.

Jangka masa itu membolehkan Quartararo mula mempertimbangkan masa depannya sendiri sama ada kekal di Yamaha ataupun tidak kerana kontraknya akan berakhir pada penghujung musim 2024.

“Ya, saya fikir mereka (Yamaha) telah mengubah mentaliti mereka untuk membangunkan segala-galanya dengan lebih pantas. Saya fikir detik yang lebih penting bermula Februari hingga Julai.

“Saya akui banyak perkara yang berubah dalam Yamaha, saya rasa mereka bekerja dengan cara yang lebih baik. Berapa lama masa yang diambil Yamaha untuk bangkit, saya tidak tahu.

“Saya tidak menjangkakan akan berjuang untuk kejuaraan. Sudah tentu, ini adalah matlamat pertama saya, tetapi kita harus realistik. Kami tidak boleh datang dari kedudukan ini untuk berjuang mendapatkan kejuaraan Dunia,” tambahnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... fikirkan-kejuaraan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.222286 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list