CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11618|Reply: 4

Cemburu Orang Lain Hidup Bermewah, Terus Terdiam Bila Suami Pujuk Dengan Makna Kaya Sebenar

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode


Setiap manusia di atas muka bumi dikurniakan rezeki masing-masing. Rezeki yang diterima dalam pelbagai bentuk seperti banyak wang ringgit, harta dan sebagainya.

Selain itu, rezeki juga boleh diberikan dalam bentuk kesihatan yang baik, anak-anak dan isteri yang soleh solehah, ketenangan jiwa dan macam-macam lagi bentuk rezeki yang lain.

Walau apa pun tahap yang kita kecapi, semua orang perlulah bersyukur dan sentiasa menyokong satu sama lain terutamanya pasangan suami isteri.

Tidak semua orang berpeluang untuk mempunyai gaji yang lumayan, tetapi semua orang pasti mempunyai rezeki masing-masing.



Kita mesti pernah terdengar ada kes isteri mengeluh kerana suaminya tidak mampu memberikan kemewahan kepada keluarganya.

Perkara ini sering berlaku apabila si isteri sering melihat rakan-rakannya atau orang di sekelilingnya hidup dalam suasana mewah.

Manakala, keadaan kehidupan si isteri pula kelihatan agak berlainan dengan apa yang dilihatnya, sama ada menerusi kedua-dua belah matanya ataupun paparan di media sosial.

“Bang, kenapa kita tak dapat duduk dekat rumah besar macam macam orang lain?”

Jika ada perkara sebegini berlaku, si suami mungkin boleh menjelaskan dengan tenang tentang ‘makna kaya sebenar’ kepada si isteri.

Berikut merupakan panduan yang boleh diguna pakai untuk menjelaskan kepada sesiapa sahaja termasuklah kepada isteri tentang makna kaya sebenar. Jika diterangkan dengan jelas dan terperinci, pastinya mereka akan diam terduduk bersetuju dengan kita.

Makna Kaya Sebenar

Ramai manusia menganggap bahawa kekayaan dari segi harta benda adalah satu lambang kebahagiaan.



Hakikatnya, perkara ini bersifat ironi jika jiwa manusia itu sendiri tidak pernah merasa cukup dengan harta dunia.

Kekayaan sebenar bukan dinilai dengan berapa banyak harta yang dimiliki, tetapi berapa banyak kita memberi dan berkongsi.

Selain itu, kekayaan sebenarnya juga merujuk kepada ketaqwaan dan jiwa seseorang daripada sifat meminta-minta.

لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْس

“Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa).”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah &; Ahmad)

Oleh sebab itu, masyarakat perlu yakin dan percaya bahawa rezeki Allah luas, dan menunaikan zakat tidak menjadikannya miskin, malah itulah kaya sebenar.

Justeru sebagai orang kaya sebenar, jangan berlengah lagi. Segera tunaikan zakat di zakat.com.my agar kita dapat berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, jika kita berzakat selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023 akan mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 12:19 PM | Show all posts
ni sbnrnya peringatan soh byr zakat ke? aku lom byr lg utk thn lps, adeh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:06 PM | Show all posts
betul la,kalau dah sampai tahap wajib bayar zakat selain zakat fitrah tu kira kaya la,xperlu risau x cukup rezeki,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:06 PM | Show all posts
Yoonggi replied at 16-1-2024 12:19 PM
ni sbnrnya peringatan soh byr zakat ke? aku lom byr lg utk thn lps, adeh

wahh kena bayar zakat ke, kira kaya la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 08:53 AM | Show all posts
ler iklan suh bayar zakat ker...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.088965 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list