CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12417|Reply: 1

[Politik] Kekal tenang, kata PAS

  [Copy link]
Post time 10-1-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode


Beberapa hantaran media sosial di laman rasmi PAS dan pemimpinnya menggesa penyokongnya supaya bertenang.

Ini dipercayai ada kaitan dengan khabar angin yang timbul mendakwa pembangkang cuba melakukan rampasan kuasa politik dan menggulingkan pentadbiran Anwar.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan mengenai hantaran tanda pagar #kekaltenang itu.



"Nak maksudkan apa-apa berlaku kita teruskan kekal tenang jangan provokasi," katanya.

Ditanya jika sebab di sebalik hebahan tanda pagar itu berkaitan khabar angin kemungkinan pembangkang merampas kuasa, Fadhli berkata ia adalah satu kemungkinan.

"Mungkin kot saya pun tidak pernah nak kepastian saya pun tengok macam mood ini secara automatik ia berlaku.

“Jadi saya perlu dapat kepastian dulu,” katanya lagi.

Fadhli juga menafikan spekulasi awal bahawa mesej tanda pagar itu tercetus daripada tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS kerana didakwa mendalangi kebakaran (gambar bawah) di rumah pemimpin DAP Ngeh Koo Ham pagi tadi.

"Saya rasa tidak ada kaitan. Itu isu kecil sahaja itu. Dah selesai,” kata Fadhli.

Pada tengah hari ini, laman rasmi PAS menghebahkan #kekaltenang namun tiada perincian lanjut diberikan.

Pemuda PAS pada masa sama menyiarkan video, dengan tanda pagar sama mendakwa sokongan majoriti seorang perdana menteri boleh dibuktikan di luar Dewan Rakyat melalui akuan berkanun.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengikuti trend menggunakan tanda pagar itu, tetapi tidak memberikan konteks dalam videonya.



Fadhli pada satu kenyataan sebelum ini berkata bahawa tindakan pembakaran atas perbezaan politik adalah tidak boleh diterima.

Gesaan PAS untuk bertenang berhubung rampasan kuasa yang dikatakan itu berlaku sehari selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Yang di-Pertuan Agong memberi jaminan istana tidak akan terlibat dalam sebarang gerakan politik.



Minggu lalu, Sultan Ibrahim bertitah baginda tidak akan memberi sebarang perkenan untuk menerima mengadap selain daripada yang telah dijadualkan sehingga selepas baginda ditabalkan sebagai Agong pada 31 Jan.

Gabungan pembangkang mendakwa PN dikatakan mempunyai 120 akuan berkanun ahli parlimen untuk membentuk kerajaan seterusnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 10:32 AM | Show all posts
Blok Borneo tak akan cetuskan langkah guling kerajaan
Harapandaily
January 10, 2024
Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang berada dalam blok kerajaan atau Blok Borneo tidak akan memulakan sebarang langkah menggulingkan kerajaan persekutuan, kata bekas timbalan menteri kewangan, Datuk Yamani Hafez Musa.

“Ia demikian meskipun terdapat sokongan MP dari GPS, Umno dan Warisan di Sabah untuk Langkah Dubai,” katanya lapor Sinar Daily.

“Saya percaya blok politik ini (Blok Borneo) tidak akan mencetuskan sebarang langkah untuk menggulingkan kerajaan,” katanya.

Yamani yang merupakan anak mantan Ketua Menteri Sabah sebarang langkah mengubah kerajaan persekutuan bergantung kepada MP Sabah dan Sarawak.

“Biasanya MP Sabah akan ikut keputusan rakan mereka dari Sarawak berdasarkan semangat blok Borneo.”

Yamani berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan pengarah piliharaya Perikatan Nasional Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa PN mempunyai bilangan MP yang mencukupi untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Sanusi membuat dakwaan tersebut pada 7 Januari tetapi memperincikan dakwaannya.

Percubaan menjatuhkan kerajaan terbaru dikenali sebagai Langkah Dubai telah dibongkar oleh timbalan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.052321 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list