CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16024|Reply: 122

[Tempatan] 'Semua benda kena rush' - Netizen usul Malaysia tukarkan kembali pada waktu GMT+7, demi kesihatan mental

  [Copy link]
Post time 14-1-2024 10:39 AM | Show all posts |Read mode


'Semua benda kena rush' - Netizen usul Malaysia tukarkan kembali pada waktu GMT+7, demi kesihatan mental
Ramai netizen meminta supaya dikembalikan perubahan waktu GMT+7 supaya kesihatan mental dan urusan individu dipermudahkan
13 Januari 2024

Ramai yang beranggapan waktu dan masa di Malaysia sudah ditetapkan sejak dari dulu. Namun, ramai yang tidak mengetahui pelbagai perubahan dan pertukaran waktu sudah dibuat.

Pada 21 Disember 1981, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir telah membawa usul untuk menyelaraskan waktu Malaysia.

Usul tersebut adalah cadangan untuk mengubah masa Malaysia Timur dari GMT+7:30 kepada GMT+8, mengikut kepada waktu Malaysia Barat. Perubahan ini dicadangkan berlaku pada awal tahun baru, iaitu 1 Januari 1982.

Tujuan perubahan ini dibuat adalah bagi memudahkan urusan rasmi dan pentadiran ekonomi negara,di seluruh Malaysia diselaraskan. Selain itu juga keputusan itu mengambil kira pengaruh ekonomi yang lebih meluas di rantau ASEAN seperti Hong Kong, China dan Taiwan yang menggunakan zon masa GMT +8.

Namun begitu, perubahan ini dikatakan hanya memberikan kelebihan kepada urusan perjalanan dan ekonomi negara tetapi tidak kepada kesihatan individu. Susulan itu, ramai meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah kembali kepada GMT+7.



Dengan mengambil contoh waktu di Sarawak individu ini menyatakan dia lebih berasa tenang dan tidak tergopoh gapah dalam melakukan sesuatu urusan berbanding mengikut waktu di semenanjung.


Manakala, individu yang berasal dari Sarawak dan tinggal di semenanjung pula berpendapat demikian.

“Pernah kerja di Sarawak for 7 years. Dan aku rasa kat sana lagi relaks. Subuh awal. Ada masa sikit untuk sarapan dengan tenang. Maghrib isyak pun awal. Biasanya by 9pm dah setel semua dinner, kemas rumah. Rehat kejap, 10.30 off to bed,” tulisnya.


“As Sarawakian who currently working in KL. Semua benda kena rush sebab matahari tak cukup. Subuh pukul 6.30, 8 am dah kena gerak. Dah tu bila nak jogging dan breakfastnya?

“If you are in S&S, subuh 5.30 am. 6 am boleh jog. 7 am balik mandi breakfast sebelum ke jalan,” kata netizen lain.

Bagaimanapun, individu ini menyatakan ada lebih baiknya jika meminta pemimpin untuk mengurangkan hari bekerja yang lebih dilihat dapat menjaga kesihatan mental.



“GMT+7 ke GMT+8 ke sama jaaa. Cumanya satu ada extra masa waktu pagi. Satu lagi ada extra masa waktu petang. Patutnya fight untuk 3 hari weekend, 4 hari kerja. Itu yang kita perlukan sebenarnya,” tulisnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah kan time zone if tidak organise routine and discipline.... Sedang kan british tinggal kan banyak clock tower
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa ke gila salahkan masa....salah diri sendiri x discipline kerja dan hidup...ptuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Culture.. 10 mins OTW... 30 min estimate reality 1 hour.  1 min... 2 mins 3mins culture
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkat kerja ..siapa yg kerja dgn jujur ..mmg akan tahu keberkatan kerja...waktu kerja..jgn main hp, jgn curi tulang..jgn buang masa, ..ni kerja bila org lalu , bos lalu barulah hipokrit buat2 kerja....org yg tulus jujur dgn tuhan masa bekerja je yg faham nikmat keberkatan kerja bila kita jujur...x semena2 juga rezeki bertambah...x percaya? Buatla kerja dgn ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:31 AM | Show all posts
laaaaa.....sendiri punya time management ke laut, lagiiii nak blame sana sini...sampai gmt pun turut bersalah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tinggal betul-betul dekat Khatulistiwa,  sepatutnya cukup 12 jam siang 12 jam malam, pukul 6 tu betul-betul sepatutnya waktu pemisah terbit matahari dan juga terbenam matahari, dan zohor mesti tepat pukul 12:01  tengah hari, waktu matahari tergelincir daripada landasan LRT PUTRA, Subuh mesti 5  pagi lebih, Maghrib mesti 6 malam, Syuruk matahari terbit 6 pagi, kita ni khatulistiwa betul-betul pemisah hemisfera utara dan hemisfera selatan, kena bagi seimbang sama rata 24 jam tu pemisah pukul 6 pagi/malam, tak masuk akal masuk Maghrib pukul 7:28 malam dan waktu sembah-Hyang Jumaat pukul 1:30 petang
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah atokcow ijau dasar pandang ke timur GMT+8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2024 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-1-2024 11:33 AM
Kita tinggal betul-betul dekat Khatulistiwa,  sepatutnya cukup 12 jam siang 12 jam malam, pukul 6 tu ...

Pukul 5 pagi kebanyakan tgh berdengkur...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adiwarna at 14-1-2024 11:57 AM

Sebenarnya kalau tukar2 time zone utk hal2 bisnes transactions dan increase productivity memang akan bagi effect kat kita punya natural internal clock yg semulajadi ikut tempat kita tinggal skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 14-1-2024 11:41 AM
Pukul 5 pagi kebanyakan tgh berdengkur...

Mereka takkan berdengkur kalu 6 pagi matahari terbit, pukul 5 pagi dah habis waktu imsak kena sembah-Hyang Subuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 11:59 AM | Show all posts
aku rasa aku mcm kinda agree dengan ni. aku selalu spend my free time kat batam / bintan, which 1 hour behind us. aku rasa masa aku lagi panjang kat sana dari MY. dua negara aku mmg bgn around 4.30-5am, kat kepri around 6 dah sunrise, aku boleh start my day early, office / operating hour kat indon sampai 5pm je, magrib around 6, isya around 7.30pm. by 7.30 mmg dah free, by 8pm aku boleh lagi ada masa utk pi jalan2 shopping mall or just hanging out night market, mall sana pon tutup around 9.30-10pm, then 10.30pm boleh tdo. sini, balik kerja pukul 6, terkocoh2 balik, sampai rumah terkocoh2 nak mandi makan etc, siap semua 8.30pm. ermm 9pm tu rasa mcm dah terlalu lewat nak keluar jalan2 / work life balance, sini mall/kedai pon 9.30-10pm dah byk tutup. aku kat kepri aku tdo 6jam aku bgn fresh dan bertenaga, tapi kalau kat sini, 6jam tak cukup derrrr. aku kena tdo 8jam, walaupon dimasa aku tak kerja habiskan annual leave berhari2

adakah ini sebab gmt atau working hour kat malaysia yg tak kena, carca marba buat kan biological clock pon haywire. aku pon keliru... huhuhu





Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 12:05 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 14-1-2024 12:11 PM

Seharusnya dirubah menjadi GMT + 9 untuk seluruh wilayah Malaysia...

Bayangkan dengan GMT+8 ... orang melayu tetap dikatakan Pemalas ... mungkin dengan merubahnya menjadi GMT+9 maka mereka akan berubah menjadi lebih rajin dan pro-active sehingga mempercepat prosesMalaysia menjadi negara superpower dan kuasa besar dunia ....maklum semua resources  (wang, manusia, technology, raw material dan managemnt) untuk menjadi negara superpower melimpah ruah di negara ini ..

Mengapa boleh merubah Malaysia menjad lebih maju?

Kerana lebih banyak waktu untok kerja produvtive ... bangun lebih pagi dan tidur pun akan lebih larut ... sama dengan masa kerja orang melayu di masa empayar melaka  sehingga melaka menjadi kuasa terbesar dunia yang x tertandingi pada masanya ......
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Org malaysia mohon la tepati waktu, kalau dah bitau start 7.30 patut semua dah ada waktu tu
Sian org yg punctual stress kita bersiap awal buta. Tp hakikatnya mejelis bermula dkt kul 9 sbb nk tunggu yg lain sampai.
Sampaikan rasa kena g lewat juga laa sbb tak de makna dtg awal pun sbb tetap start lambat.
Menunggu ni memenatkan walau ko cuma duk diam je kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bukan org melayu sendiri yg terus menghidupkhen tradisi dan warisan "JANJI MELAYU " siapa lagi?

(Read:Sarcasm)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mula travel the world over seawal usia 16.....and usually I would join tour group.....INSIGHT VACATIONS....takda nak kuasanyer aku join muslim travel keww pe benda.. menyakitkhen hati.....punctuality memang macam see yal. ....org lain yg kena tunggu..join kapir punyer lagi puas hati....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2024 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 14-1-2024 11:02 AM
Berkat kerja ..siapa yg kerja dgn jujur ..mmg akan tahu keberkatan kerja...waktu kerja..jgn main hp, ...

Kerja sendiri macam ko...suka suki mother father nak keluar site pukul berapa boleh ler.....kheunz?

Itupun semasa stuck in jem...sempat nyempat lagi reply posting aku...

Ko nak buih saper noor?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 01:29 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 14-1-2024 01:05 PM
Kerja sendiri macam ko...suka suki mother father nak keluar site pukul berapa boleh ler.....kheunz ...

Walau sekadar konten....jgn teragak2 melawan bos kalau kita buat kerja betul..kehkeh


Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
As someone yang pernah duduk S&S, I beg to differ. Pulang petang jam 5.30 pm dah nak gelap, jem sampai rumah jam 6 lebih. Masa ni maghrib dah masuk. Masa jam 6 to 7 pm ni macam-macam kena buat. Jam 9 dah penat dan masuk tidur. Jam 4.30 pg dah bangun subuh. Jam 6.30 dah jem hingga jam 9 pg. Mana ada orang Sabah jogging jam 6 pagi sebelum pergi kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2024 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau mcm tu lmbt kan jela jam masuk ofis n sekolah.. matahari tu sama je x berubah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064641 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list