CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5913|Reply: 2

[Dunia] Saudia bakal sedia khidmat 'teksi terbang' Jeddah-Makkah

[Copy link]
Post time 15-1-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode
Saudia bakal sedia khidmat 'teksi terbang' Jeddah-Makkah

https://www.bharian.com.my/dunia ... rbang-jeddah-makkah

Januari 15, 2024 @ 10:20am


Saudi Arabian Airlines berhasrat membeli 100 pesawat untuk menyediakan perkhidmatan ‘teksi terbang’ antara Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah dan hotel di Makkah. - Foto ihsan Saudi Gazette

MAKKAH: Saudi Arabian Airlines (Saudia) merancang mengendalikan 'teksi terbang' untuk membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel di Makkah.

Saudia bercadang membeli kira-kira 100 pesawat untuk mengendalikan perkhidmatan berkenaan.

Syarikat penerbangan nasional Saudi itu membuat persiapan untuk menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun ini, menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia, Abdullah Al-Shahrani.

Beliau berkata Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (eVTOL), untuk ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah dan hotel Makkah berhampiran Masjidil Haram dan tempat suci lain.

"Pesawat elektrik Lilium antara pesawat pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik.

"Setelah menyelesaikan urusan diperlukan, pesawat ini akan terbang bersama tetamu Allah pada musim haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke lapangan terbang di hotel berhampiran Masjidil Haram di Makkah," katanya kepada Al-Arabiya.

Al-Shahrani menyatakan teksi terbang boleh mengangkut empat hingga enam penumpang.

"Pesawat Lilium dicirikan oleh kadar pelepasan karbon yang rendah dan merupakan pesawat mesra alam, menjadikannya antara kemungkinan untuk mengekalkan perjalanan udara dan memendekkan masa penerbangan, kerana meliputi jarak maksimum 250 kilometer (km).

"Melalui pembelian hampir 100 pesawat, Saudi Airlines berhasrat melancarkan perkhidmatan lanjutan untuk menghubungkan beberapa destinasi perjalanan melalui pesawat elektrik canggih ini, dan akan menyokongnya dengan laluan udara antara lapangan terbang utama dari tempat Saudia beroperasi," katanya sambil menunjukkan bahawa ini adalah perkhidmatan khas untuk tetamunya.

Beliau berkata pesawat itu juga menampilkan kabin unik yang menawarkan beberapa pilihan untuk susunan tempat duduk, dan dicirikan oleh ruang luas yang memenuhi keperluan tetamu elit yang mencari pengalaman perjalanan terbaik.

Menurut Al-Shahrani, Saudi Airlines akan berusaha untuk menyokong Lilium dengan menyediakan semua kelulusan kawal selia yang diperlukan untuk mengendalikan pesawat jenis ini di pasaran Saudi.

"Ini adalah satu langkah penting dalam rangka usaha menambah baik sektor pengangkutan udara kerana inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan untuk merangsang kemampanan sektor pelancongan melalui penerbangan tanpa pelepasan," katanya. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh ni kira sapa ambik pakej mahal dapat la merasa naik teksi terbang ni ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 03:57 AM | Show all posts
Meanwhile in Msia...



Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi (2019)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.060420 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list