CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21285|Reply: 2

[Dunia] Doktor pengsan ketika tiup udara dalam paru-paru pesakit

[Copy link]
Post time 15-1-2024 10:19 PM | Show all posts |Read mode




BEIJING – Seorang doktor di China pengsan ketika dia meniup udara ke dalam paru-paru seorang budak lelaki untuk memastikan paras oksigen dalam darah pesakit berkenaan seimbang semasa pembedahan.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, Zhong Yan ialah seorang pakar bedah berusia 64 tahun dan bekerja di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Jiaozuo, wilayah Henan.

Pada petang 24 Disember 2023, seorang anak kecil berumur 17 bulan dikejarkan ke hospital itu akibat tercekik kacang.

Doktor berjaya mengosongkan saluran pernafasan dan perutnya, namun semasa pemeriksaan pada hari berikutnya, mereka menemui beberapa kepingan kacang dalam paru-parunya.

Semasa pembedahan, Yan mendapati paras oksigen dalam darah budak lelaki itu terlalu rendah jadi dia menanggalkan pelitup muka dan mula meniup udara ke dalam paru-paru pesakit itu melalui bronkoskop.

Semasa pembedahan selama 30 minit, Yan bertukar posisi antara melakukan pembedahan dan meniup udara.

Setelah prosedur itu hampir selesai, Yan memberitahu rakan sekerjanya: “Saya tidak boleh teruskan.”

Dia kemudian rebah ke atas lantai di bilik bedah. Dia sedar semula selepas rakan sekerjanya memberi sedikit cecair glukosa dan oksigen.

Pembedahan itu berjaya selepas Yan dan rakan sekerjanya mengeluarkan sekurang-kurangnya 10 keping serpihan kacang cincang dari dalam  paru-paru budak lelaki itu. – AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bayi baru 17 bulan dh bagi makanan keras..kerja gila nak bagi mmpos cepat ke hape.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa iols masuk operation theatre, pakar bius tu smpi sakit2 pinggang nk biuskan iols sbb x jumpa urat iols. Berbirat dua2 tgn byk tempat dia cucuk x bole. Last2 dia give up dia selimutkan iols dan masukkan gas. Seksa sgt masa tu. Dh lah nervous nk operate lps tu bkn main susah nk bius iols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.059835 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list