CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8112|Reply: 8

Makan Nasi Putih, Ayam Goreng Kunyit Dicaj RM23, Pelancong Rasa Teraniaya Bercuti Di Langkawi!

[Copy link]
Post time 16-1-2024 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu mendakwa dirinya menjadi mangsa 'cekik darah' apabila perlu membayar harga makanan yang mahal ketika makan di sebuah gerai di Pantai Cenang, Langkawi, Kedah.


Menerusi hantaran yang dibuat di grup Langkawi Sana Sini, pelancong itu tidak berpuas hati dengan harga yang didakwa tidak masuk akal untuk ayam goreng kunyit dan nasi putih.


Turut dikongsikan adalah foto hidangan itu untuk 'seorang makan' bersama resit sebagai bukti.




Foto: mStar




"Nasi putih RM3. Ayam goreng kunyit macam tu je untuk seorang makan, RM20. Ais kosong pula RM1. Naya kena (jumlah) RM24.


"Jangan kecam... nak kecam pun ikut suka hampa (anda) la. Saya post sini sebab rasa tak puas hati dengan harga ayam goreng kunyit dia," katanya, dipercayai seorang wanita.


Dikenakan caj sebegitu, dia terus mengaitkan situasi dialaminya dengan rungutan pelancong lain sebelum ini yang berpandangan kos percutian lokal dan harga makanan di lokasi pelancongan di Malaysia adalah mahal.


Dia turut menegaskan hantaran dibuat bagi memberi kesedaran kepada pelancong supaya lebih berhati-hati memilih kedai makan di pulau peranginan popular itu khususnya.


"atutlah orang luar kata Langkawi mahal. Hampa rasa berbaloi ke kena harga macam ni?


"Tu gambar kedai saya dah ambil gambar tengoklah dekat mana kawasan Cenang. Jangan hampa terkena sudah," katanya lagi.


Hantaran yang dibuat turut dikongsikan oleh pengguna lain di media sosial setelah ia menjadi tular.


Di ruangan komen, beberapa individu lain turut bersetuju bahawa harga yang dikenakan adalah tidak wajar justeru meminta individu berkenaan membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.


Malah, ada juga segelintir yang membuat perbandingan harga makanan di kawasan tersebut dengan lokasi lain di Kuala Lumpur.


"KLCC pun lagi murah.


"Kalau makan ayam kunyit RM20, baik makan udang. Tak berbaloi betul harga.


"Tak berbaloi bang. Memang cekik darah dah tu nasi putih saja RM3 dan lauk RM20. Laporkan pada KPDN bang. Bair mereka siasat.


"Sebenarnya secara jujur makan dekat warung sama harga macam di restoran sedangkan restoran sewa RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Elektrik dan bil air pun kadar kedai," ulas beberapa individu.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 09:41 AM | Show all posts
sebab tu la pernah la g langkawi, tak tau nak makan apa2, sampai2 je makan KFC dulu haha sebab lapar, KFC kitorang tau la nak budget sebab tau 1 set dlm rm15-rm20

makan nasi campur silap2 sama harga cm sebotol wiski chivas regal plak kang,,,
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 09:53 AM | Show all posts
mmg cekek darah punya harga tu,nak untung laju je tu,mesti makanan x sedap mana
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:09 AM | Show all posts
gila ar rm20 dpt kfc ayam kemain besau.
kat sana ada x org juai ayam seringgit.. mesti xde kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:11 AM | Show all posts
hahaha, pastu heran napa netz mesia ramai melancong ke thai???
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 11:42 AM | Show all posts
kiranya pasni pelancong2 tempatan klu la p langkawi, xyah berkunjung la kt kedai ni la klu rasa harga tu mahai. klu p gak, xleh komplen dah na sbb ahkak kt atas tu post dah bg peringat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbaloi makan fastfood kalu rega macam ni. Nak jimat tinggal homestay masak sendiri bekal siap2 sambil melancong sambil makan2 ????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 10:39 PM | Show all posts
p makan dekat cenang mmglah harga pelancong
kena pandai pilih kedailah
aku p langkawai bulan sept 2023
okja harga makanan
boleh dpt roti canai RM1.30
ala thai rate mcm dkt tempat aku ja
jgn p makan tpt viral mmg kena sembelihlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 10:43 PM | Show all posts
semlm meols browse apps grab nak order makan, ternampak kedai jual ayam goreng kunyit + nasi harga RM15+...oklah kot harga RM23 tu, harga tempat pelancong....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053307 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list