CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6035|Reply: 1

[Dunia] Enam wartawan ditahan susulan gambar presiden terkencing dalam seluar

[Copy link]
Post time 18-1-2024 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Enam wartawan ditahan susulan gambar presiden terkencing dalam seluar

https://www.hmetro.com.my/global ... encing-dalam-seluar

Agensi

Disiarkan pada: Januari 18, 2024 @ 3:23pm


SALVA Kiir (kiri). FOTO AFP

Juba: Enam wartawan di Sudan Selatan ditahan berhubung edaran rakaman yang menunjukkan Presiden Salva Kiir kelihatan terkencing dalam seluar di acara rasmi, kata kesatuan wartawan negara, baru-baru ini, lapor CNN.

Rakaman pada Disember menunjukkan kesan di seluar kelabu presiden berusia 71 tahun itu ketika dia berdiri untuk lagu kebangsaan pada acara rasmi. Video itu tidak pernah disiarkan di televisyen, tetapi kemudiannya tersebar di media sosial.

Wartawan itu, yang bekerja dengan Perbadanan Penyiaran Sudan Selatan yang dikendalikan kerajaan, ditahan baru-baru ini, kata Patrick Oyet, presiden Kesatuan Wartawan Sudan Selatan.

"Mereka disyaki mempunyai pengetahuan bagaimana video presiden (terkencing)," katanya kepada Reuters.

Menteri Penerangan Sudan Selatan Michael Makuei dan jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Negara, David Kumuri, tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas.

Kiir menjadi presiden sejak Sudan Selatan mencapai kemerdekaan pada 2011. Pegawai kerajaan berulang kali menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa dia tidak sihat. Negara ini terbabit dalam konflik selama sedekad lalu.

"Kami bimbang kerana mereka yang ditahan lebih lama daripada apa yang dinyatakan oleh undang-undang," tambahnya.

Mengikut undang-undang, pihak berkuasa Sudan Selatan dibenarkan menahan suspek selama 24 jam sahaja sebelum membawa mereka ke hadapan hakim.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2024 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi dia mmg terkencing ker? Muda lagi baru 71 tahun.
Kena pakai pad la lenkali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055463 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list