CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11011|Reply: 0

[Dunia] Pemuda Thai dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun kerana hina raja

  [Copy link]
Post time 19-1-2024 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Pemuda Thai dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun kerana hina raja

https://www.utusan.com.my/terkin ... n-kerana-hina-raja/

Oleh Wartawan Luar Negara
18 Januari 2024, 7:09 pm


Mongkol Thirakot

BANGKOK: Seorang pemuda Thailand dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun kerana mengkritik sistem beraja di negara berkenaan.

Mahkamah Rayuan di bandar utara Chiang Rai menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mongkol Thirakot, 30, bekas aktivis prodemokrasi berhubung status yang dimuat naik di akaun Facebook peribadinya.

Dia pada mulanya dijatuhi hukuman 28 tahun oleh mahkamah jenayah rendah, didapati bersalah atas 11 pertuduhan lagi semasa rayuannya yang membawa kepada hukuman yang lebih panjang.

“Mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman 22 tahun kepada Mongkol Thirakot ke atas 27 catatan Facebooknya, sebagai tambahan kepada hukuman 28 tahun yang telah pun dijatuhkan oleh mahkamah sebelum ini.

“Jumlah hukuman penjaranya ialah 50 tahun,” Thai Lawyers for Human Rights (TLHR) berkata dalam satu kenyataan.

Menurut kumpulan pengamal hak undang-undang itu, ini merupakan tempoh penjara paling lama pernah dijatuhkan di bawah undang-undang penghinaan diraja.

Hukuman pecah rekod paling lama itu dijatuhkan selepas beberapa tahun Thailand meningkatkan penggunaan undang-undang kontroversi terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi itu.

Undang-undang lese-majeste yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga terdekatnya daripada kritikan, sering dirujuk sebagai 112 di Thailand.

Mongkol, yang memiliki kedai pakaian dalam talian, pertama kali ditangkap pada 2021 semasa protes menuntut pembebasan tahanan politik.

TLHR berkata, hukuman itu adalah yang paling lama dijatuhkan kerana fitnah diraja, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 43 tahun yang dikenakan ke atas seorang wanita pada 2021.

TLHR berkata, Mongkol akan memohon rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Agung.

Lebih 250 aktivis didakwa di bawah undang-undang lese-majeste sejak gerakan protes 2020 bermula, menurut TLHR.-AFP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.453758 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list