CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29607|Reply: 1

[Dunia] Sokongan Indonesia terhadap usaha Afrika Selatan heret Israel ke ICJ dipertikai berikutan pembunuhan besar-besaran penduduk Timor Timur pada 1960an-1970an

[Copy link]
Post time 20-1-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Sokongan Indonesia terhadap usaha Afrika Selatan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana melakukan genosid terhadap rakyat Palestin dipersoalkan banyak pihak.

Ini susulan sejarah hitam Indonesia yang melakukan pembunuhan secara besar-besaran terhadap penduduk Timor Timur pada pertengahan 1960-an hingga 1970-an.

Menurut ahli sejarah, tindakan keras terhadap sebahagian besar anggota Parti Komunis Indonesia menyebabkan kematian sehingga sejuta orang semasa era pentadbiran Sukarno.

Memetik laporan SCMP, pembunuhan beramai-ramai di Timor Timur juga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 100,000 orang ketika Suharto berkuasa.

Rakyat Indonesia dan penganalisis mengkritik tindakan negara itu yang masih belum meratifikasi Konvensyen Genosid 1948 disebabkan dua insiden kejam masa lalu, sekali gus menjejaskan sokongannya terhadap usaha Afrika Selatan.

Konvensyen Genosid ialah perjanjian hak asasi manusia yang diterima pakai oleh PBB pada 9 Disember 1948, sebagai tindak balas kepada kekejaman yang dilakukan ketika Perang Dunia II seperti insiden Holokus.

Di bawah konvensyen itu, pembunuhan beramai-ramai diklasifikasikan sebagai jenayah antarabangsa dengan individu dan negara yang melanggarnya boleh dibicarakan oleh tribunal keseksaan negara atau antarabangsa.

Pada 2016, Tribunal Rakyat Antarabangsa mengenai Jenayah Terhadap Kemanusiaan 1965 merumuskan bahawa kerajaan Indonesia melakukan pembunuhan beramai-ramai pada 1965.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi yang mengulas isu Konvensyen Genosid Selasa lalu, berkata, walaupun Indonesia bukan negara yang menandatangani tindakan Afrika Selatan, namun ia menyokong langkah negara terbabit mengecam pelanggaran Israel terhadap konvensyen di ICJ.

"Walaupun Indonesia tidak dapat menaja kes Afrika Selatan di The Hague, ia bagaimanapun menyertai secara aktif dengan memberikan pendapat nasihat undang-undangnya kepada ICJ sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.

Afrika Selatan memfailkan kes ke ICJ pada Disember, dengan menuduh Israel melakukan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza dan meminta ICJ mengeluarkan langkah sementara untuk melindungi rakyat Palestin, termasuk menggesa Israel segera menghentikan serangan.

Israel membunuh sekurang-kurangnya 24,762 700 rakyat Palestin di Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Kempen ketenteraan itu juga menyebabkan pemindahan besar-besaran, kemusnahan dan kelaparan. - AGENSI


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/01/1202556/sokongan-indonesia-terhadap-usaha-afrika-selatan-heret-israel-ke-icj
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasenye ramai tak tau, dulu kt indonesia geng jawa nilah yg melupuskan terus kesultanan melayu kat indon sana. Indon dulu byk je kesultanan melayu, tak tau la ngape jawa ni dengki sgt ngan melayu ni ha, dan serangan tu berlaku dlm zaman moden gak la, dari 1940an hingga 1960an. Aku baca ada jawa yg gila kejam rogol puteri depan bapak diorg yakni depan sultan. Lepas tu melayu sana lg sanggup ngaku orang batak sebab taknak dibunuh ngan geng jawa yg konon nasionalis ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051529 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list