CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25731|Reply: 22

[Tempatan] Terkejut rumah terbiar dijadikan 'hotel percuma'

  [Copy link]
Post time 21-1-2024 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 22-1-2024 04:11 AM

Kuala Lumpur: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati rumah kenalannya di Puchong, Selangor, yang dibiarkan kosong selama 10 tahun diceroboh warga asing.

Lelaki terbabit yang memuat naik kisah itu menerusi akaun Facebook miliknya, Srilabu Kedah, memaklumkan kenalannya yang tinggal di Pantai Timur itu meminta dia menjual rumah berkenaan.

"Baru ni ada kawan kepada sahabat aku minta tolong jualkan apartment dia di Puchong. Kawan atau 'owner' (pemilik) itu tinggal di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

"Jadi, dia suruh aku uruskan jual beli semua. Sebab Puchong dengan Seremban 2 tak jauh sangat, boleh aku tolong uruskan jual beli dari A sampai Z.

"Jadi, 'owner' itu pun poskan kunci kepada sahabat aku dan sahabat itu 'pass' (serah) kunci kat aku," katanya menerusi hantaran berkenaan.

Lelaki itu juga memaklumkan mengenai status rumah berkenaan sama ada berpenghuni atau kosong.

"Aku tanya rumah (itu) siapa tinggal sekarang? 'Owner' kata rumah kosong dah beberapa tahun. Dari beli tak duduk, sebab dia lebih suka duduk (tinggal) di kampung.

"Aku pun pi (pergi) nak tengok 'condition' (keadaan) rumah elok ke tak. Bila sampai aku tengok ada orang dalam rumah.

"Aku pun call (telefon) kawan 'owner' tu sekali lagi nak 'confirm' (pastikan) betul ke rumah kosong? Aku pun cakap kat dia, ada orang dok rumah ni iaitu warga asing!

"Bukan kata aku yang terkejut, kawan 'owner' dan 'owner' pun terkejut. Sebab dia tak pernah bagi sewa kepada sesiapa pun sejak beli lebih 10 tahun lalu," katanya.

Menurutnya, warga asing itu tidak boleh bertutur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menyebabkan dia tidak dapat berkomunikasi dengan mereka.

"Dalam hati aku kata berani betul depa (mereka). Ceroboh masuk rumah orang macam itu saja. Kita warga sendiri (tempatan) pun tak berani buat macam itu.

"Depa (Mereka) berani-berani masuk rumah orang buat dek saja. Air depa tarik dari rumah sebelah. Elektrik pula tak tau depa sambung macam mana," katanya.

Katanya, dia juga ada bercakap dengan penyelia warga asing itu, iaitu seorang lelaki dipercayai Bangladesh dan memaklumkan mereka sudah lama menetap di rumah berkenaan tanpa membayar sewa dengan tidak tidak diganggu sesiapa.

"'So' (sekarang) depa pula minta bukti dari aku, 'you' (awak) betul ke wakil 'owner'? Depa nak bukti dari kita yang kita ni 'owner' yang betul. Oh apa sudah jadi Malaysiaku.

"Aku dah suruh 'owner' buat 'report' (laporan) polis dan akan aku akan report juga ke pihak Imigresen.

"Hampa (kamu) boleh 'share' (kongsi) dan 'make peoples alert' (buat orang peka) tambah-tambah 'owner' yang ada rumah tapi tak da orang sewa atau duduk," katanya.

Terdahulu, hantaran itu tular hari ini selepas dikongsi lelaki berkenaan di Facebook dan mendapat reaksi negatif daripada warga net yang berpendapatan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2024 11:42 PM | Show all posts
Wah wah wahhhhhh!
Sedap namampos puak2 ni buat rumah org mcm rete sendirik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
"Apa takut abang..kita suda BANYAK BASAR la sini Malesia..Polis,imigresen pon tada mau kacau kita"-Abangla taiko
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 22-1-2024 01:14 AM

Dah kau jenis sambil lewa, padan la muka.

Better kau jual kat bangla yang duduk rumah kau tu je.

Kalau bini kau, kau tinggalkan 10 tahun, entah2 bangla dah bertenggek kat bini kau kannnn.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 02:56 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 22-1-2024 01:13 AM
Dah kau jenis sambil lewa, padan la muka.

Better kau jual kat bangla yang duduk rumah kau tu  ...

Ke situ pulak


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu sib baik warga asing duk cmtu je
Kalau jadi makmal dadah..tmpt bunuh org..mampusla owner nk menjawab..silap2 jadi suspek shared dgn tokan dadah..cm yg pnah jadi kt tmpt aku.. kebun dh bertahun dibiarkan jadi ladang ganja..menjawabla pemilik tanah..masuk lokap dulu.
Dh de harta ..jagalah leklok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2024 09:44 AM | Show all posts
batmana replied at 22-1-2024 04:32 AM
Tu sib baik warga asing duk cmtu je
Kalau jadi makmal dadah..tmpt bunuh org..mampusla owner nk menja ...

ni yg kes dato tu ke
pecer dh ye
mcm senyap je



Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kutip je sewa 2k sebulan. Biar fadan moka bangala tu suma.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 01:22 PM | Show all posts
hamboihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu kalau ada tanah atau rumah, kena rajin pantau. Kalau duduk jauh, boleh bayar agent.

Kalau kat negara yg recognize squatting, jenuh nak halau squatters.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang mana yg herlok?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 02:15 PM | Show all posts
insyaAllah Jin x kan lepak rumah tu dah. klu ditinggalkan lama nanti makhluk halus pula buat kediaman.

apa pun haram jadah la warga asing buat perangai begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak herlok!
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 22-1-2024 02:15 PM
insyaAllah Jin x kan lepak rumah tu dah. klu ditinggalkan lama nanti makhluk halus pula buat kediama ...

klu abang la bawak balik pompuan kongkek dlm rmh tu silap2 jgn kan melepak terus bermastautin jin kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 22-1-2024 01:42 PM
Yang mana yg herlok?

taste acik2 forum kokesen tak main la abang la
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang mana yang macam hotel?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-1-2024 08:29 PM
Tang mana yang macam hotel?

Tajuk misleading

Gigih aku baca sampai abes
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 09:41 PM | Show all posts
green~tea replied at 22-1-2024 08:36 PM
Tajuk misleading  

Gigih aku baca sampai abes

Mungkin TT biasa check-in hotel macam tu kot.

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 10 tahun terbiar..diorg tu ingat tkde owner lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 22-1-2024 09:50 PM
Dah 10 tahun terbiar..diorg tu ingat tkde owner lah tu

camla rmh tu cam biji benih yg ko campak  camtu jer...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.068548 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list