CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3237|Reply: 0

[Terengganu] Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 23-1-2024 03:32 PM | Show all posts |Read mode

Taman Alamanda 3, Kuala Terengganu yang dilanda banjir kilat hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pusat bandar raya di sini dan beberapa kawasan di Hulu Terengganu dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Tiiga laluan utama di pusat bandar raya ini iaitu Jalan Kamarudin, Jalan Sultan Omar dan ⁠Jalan Gong Kapas di sini turut dinaiki air menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, beberapa sekolah di daerah ini dan Hulu Terengganu turut dinaiki air dan terpaksa ditutup sementara.

Beliau berkata, ia melibatkan lima sekolah di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMKA Sheikh Abdul Malek dan SK Gelugor dan SK Kedai Buloh.

“Di Hulu Terengganu pula, satu sekolah ditutup ialah SK Lubuk Periuk. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... landa-banjir-kilat/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.232217 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list