CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 24625|Reply: 62

[Tempatan] Benarkah TRX Mall ancam Suria KLCC dan Pavillion?

  [Copy link]
Post time 24-1-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-1-2024 06:27 AM

KUALA LUMPUR – Semasa diperkenalkan, projek TRX di ibu negara pernah menerima sindiran dengan sesetengah pihak menjangkakan ia bakal menjadi gajah putih.


Namun begitu, TRX Mall kini mencuri perhatian, malahan memberi tamparan kepada kompleks membeli-belah lain yang selesa dengan kedudukan mereka sebelum ini.

“Kejayaan Pusat Membeli-belah TRX yang luar biasa memang mengejutkan. Sebelum pembukaan, kami menjangkakan kadar premis kosong yang lebih tinggi, tetapi keadaan ini tidak berlaku.

“Sebaliknya, hampir semua premis telah disewakan dan populariti TRX masih tinggi pada masa ini. Ini memang sesuatu yang berada di luar jangkaan,” kata Penganalisis Institut Penyelidikan RHB, Loong Kok Wen kepada Nanyang Siang Pau.

Katanya, kedai jenama antarabangsa yang banyak berserta “taman udara” memenuhi cita rasa pasaran sehingga menggugat pesaing lain seperti Suria KLCC, Pavillion, Mid Valley dan Sunway Pyramid.

“Pusat membeli-belah yang sudah popular jangan ingat lokasi strategik semata-mata sudah cukup untuk bersaing. Jangan juga terlalu naif sehingga beranggapan bahawa pelanggan akan setia kepada mereka.

“Sebaliknya, mereka harus sentiasa bersaing dan memahami cita rasa pengguna yang mahukan benda baharu,” katanya.

Tambahnya, kemunculan TRX merupakan  satu tanda amaran kepada pusat membeli-belah lain untuk berubah dari segi pengubahsuaian bangunan, usaha menarik peniaga dan melakukan promosi.

Sementara itu, pemerhati hartanah berkaitan pusat membeli-belah, Vicky How berkata, kejayaan TRX Mall adalah didorong oleh statusnya sebagai pusat kewangan yang mengumpulkan banyak golongan berada.

Katanya, keadaan itu seterusnya menarik kemasukan jenama antarabangsa ke TRX Mall kerana mereka mengintai perbelanjaan daripada golongan kaya yang berada di situ.

“Dengan mengumpulkan kumpulan yang kaya dalam satu kawasan, sudah tentunya orang di situ mempunyai kemampuan berbelanja yang tinggi.

“Jenama mewah susah pastinya juga mahu bertapak di TRX untuk mendapat keuntungan daripada golongan berada ini,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Vicky menjangkakan TRX berada di landasan betul untuk meneladani kejayaan Canary Wharf di London yang bertransformasi daripada pelabuhan terbiar menjadi pusat perniagaan terkemuka.

Katanya, Merdeka 118 dijangka sukar bersaing dengan TRX dari segi implikasi kegiatan komersial dan pelancongan.

Jelasnya, TRX adalah berlainan dengan Merdeka 118 kerana TRX berstatus pusat kewangan dan institusi-institusi kewangan berebut untuk menyewa.

“Merdeka 118 pula cenderung kepada ekonomi dan perdagangan. Jika penyewa berskala besar berpindah keluar pada masa depan, maka penggantinya mungkin sukar dicari,” katanya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 12:27 AM | Show all posts
so, acik2 porem dah pegi cikcur ke TRX ke time lunch hour?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Belum cikcur ke sana lg.. janji toilet bersih n wangi. Tak mcm sunway pyramid dah ghupa bakalan toilet pasar awam. Toilet klcc rm2 pun cam Hamjadah.. tak bersih dah mcm dulu. Lagi dah buat semua jamban duduk.. dgn air tak kuat nak cuci tak kena.. kalau ramai pakai lg air mcm hingus meleleh slow. Elok lg pancutan toilet ioimall.. eh dah kenapa cite toilet pulak.. aku kalau nk g mall mmg tgk toilet dulu. Kalau ok baru Selalu cikcur ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 25-1-2024 02:11 AM
Belum cikcur ke sana lg.. janji toilet bersih n wangi. Tak mcm sunway pyramid dah ghupa bakalan toil ...

Meolls suka toilet pavilion..

Ada sanitizer untuk lap seat sebelum guna.

Ada juga pilihan nak guna toilet dgn bidet atau tak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by purplelilac at 25-1-2024 08:53 AM

Iols dah pergi jalan2 TRX,bg iols best lah and besar nak mampus, food punya byk. MRT station btl2 depan entrance mall. Parking motor punya space pun besar ok! Laki iols siap puji2 lg. Jgn lupa amik pic di mana motor anda kalau tak blh gila nak cari. Cuma tu la bila tgk menara TRX/Twin Tower and PNB baru tu dari condo iols mmg KLCC lg cantik lg2 masa dia on lampu pink utk support breast cancer day. Yg lg dua tu.. hambarr ahah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku prefer mall yg kecik, tadak sejam 2 dh abeh tawaf.
In fact seploh thn lepas pn aku dh givap masuk OU.
Nk mkn kyochon pn aku sanggup order grab ja instead menapak dlm OU tuh.
Zmn tawaf mall beso² dh berlalu.
Sakit tumit mokcikk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 je hype… kedai mahal2 brapa kerat je org yg beli.. hujung2 g klcc jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2024 09:59 AM | Show all posts
dah pegi, tak suka sebab besar sangat
i prefer klcc sbb dekat dengan rumah dan dah tahu kedai kat mana yang nak pegi
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay je trx tapi i pegi masa new year ramai sgt so kepam sgt bau kat lg tu tempat makan2 haha
Pastu parking depa tak up to date masuk kena tap kan bagus masuk je keluar baru tap tak canggih langsung haha
I jarang nak ke kl i mesti akan gi yg dekat sunway or ioi city mall takpun midvalley
Merdeka 118 tu boleh bersaing ke haha
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:32 AM | Show all posts
In terms of global profile Suria KLCC tetap dalam kelas tersendiri kerana populariti Petronas Towers. Bukan saingan pun TRX mau pun Pavillion.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada la pergi sekali pusing2 last2 ank2 ajak ke pavi jg
Dah kat situ yg ank2 biasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 25-1-2024 11:12 AM

TRX mall ni walaupun tak jauh pun dari rumah tapi belum rasa nak pergi lagi sebab hype belum habis, orang ramai. I tak gemar pergi mall yang terlalu sesak.

Merdeka mall tu lambat lagi nak siap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 11:13 AM | Show all posts
Kali terakhir saya baik KL 2017 waktu itu shopping mall terbaru di bb adalah pavilion,
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 bosan. Asyik2 ke food court je lah yg meriah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam banyak2 mall aku paling suka suria klcc.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 25-1-2024 11:11 AM
TRX mall ni walaupun tak jauh pun dari rumah tapi belum rasa nak pergi lagi sebab hype belum habis,  ...

Pegi time raya ke 3/4 nanti lah. Mesti x ramai kot kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:59 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-3-2024 02:52 PM
Dalam banyak2 mall aku paling suka suria klcc.

kita sama. sep sikit
aku pun suka mall suria klcc
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 02:59 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-1-2024 11:13 AM
Kali terakhir saya baik KL 2017 waktu itu shopping mall terbaru di bb adalah pavilion,

uols stay dekat negara mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah sampai rasa dah tak koser nak pergi tempat2 sibuk mcm ni time umur kertu gini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.070607 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list