CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7356|Reply: 0

[Dunia] Kereta Apple mungkin ditangguh ke 2028 dengan swapandu tahap 2+ sahaja

  [Copy link]
Post time 25-1-2024 09:34 AM | Show all posts |Read mode


PROJECT Titan ialah inisiatif Apple untuk melancarkan kereta elektrik swapandu pertama mereka.

Walaupun sudah 10 tahun diusahakan, Apple masih belum melancarkan kenderaan ini selepas usaha sama dengan Kia dan Hyundai menemui jalan buntu beberapa tahun lalu serta Sir Jony Ive yang terlibat dengan rekaan telah meninggalkan syarikat.

Menurut laporan Bloomberg, projek ini semakin bermasalah dengan pelancaran ditangguh ke 2028 berbanding sasaran asal yang dipercayai pada tahun 2025.

Antara isu paling utama ialah sasaran swapandu Tahap 4 yang tidak memerlukan sebarang campur tangan manusia.

Sasaran kini telah direndahkan ke Tahap 2+ yang setanding dengan beberapa kenderaan swapandu di jalan raya sekarang.

Teknologi swapandu tidak berkembang dengan pesat seperti yang disangka. Mercedes ialah satu-satunya syarikat yang menawarkan swapandu Tahap 3 pada siri EQS mereka tahun lalu.

Pembangunan EV swapandu Apple ini amatlah bermasalah dengan ramai pekerja dibuang pada tahun 2019 dan projek dimulakan semula pada tahun 2016.

Berlaku juga skandal apabila bekas pekerja telah mencuri teknologi yang dibangunkan.
Jelas dunia automotif adalah lebih sukar untuk Apple berbanding produk-produk yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Ia berbeza sekali dengan Xiaomi yang berjaya melancarkan EV pertama mereka dalam masa hanya empat tahun selepas pengumuman dilakukan. -Amanz


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054600 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list