CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5815|Reply: 0

[Johor] Pemilik stesen minyak didakwa jual diesel bersubsidi kepada bas Singapura

[Copy link]
Post time 29-1-2024 05:32 PM | Show all posts |Read mode

SORAYA (kanan) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menjual diesel kepada bas persiaran bernombor pendaftaran Singapura, tahun lalu. FOTO Omar Ahmad

Johor Bahru: Pemilik stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, hari ini atas dua pertuduhan menjual diesel bersubsidi kepada bas persiaran bernombor pendaftaran Singapura pada tahun lalu.

Orang Kena Saman (OKS) Soraya Md Tamyes, 38, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, Soraya didakwa selaku pemegang lesen runcit didapati gagal mematuhi arahan pengawal melalui Larangan dan Kawalan Penjualan Petrol dan Diesel oleh Pemegang Lesen Runcit bagi Pengusaha Stesen Minyak yang menyatakan di Perenggan 2(c) bahawa dibenarkan menjual diesel tidak lebih daripada 20 liter dengan sekali transaksi sahaja dalam sehari kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing termasuk motosikal.
Namun OKS menjual diesel sebanyak 250 liter kepada bas nombor pendaftaran asing.

Kesalahan itu dilakukan pada 19 Mei tahun lalu pada 11.04 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Kempas Baru di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Soraya didakwa atas kesalahan sama dengan jumlah penjualan diesel, di stesen minyak dan kenderaan yang sama pada 10.34 pagi 30 Mei tahun lalu.

Perbuatan itu melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 21(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhamad Sabiq Muhamad Subri, manakala OKS tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048499 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list