CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25838|Reply: 38

[Dunia] Carolina Shiino, model berasal dari Ukraine telah dinobatkan sebagai Miss Japan, sekali gus mencetuskan kontroversi identiti

[Copy link]
Post time 31-1-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 31-1-2024 12:07 AM

SEORANG model berasal dari Ukraine telah dinobatkan sebagai Miss Japan, sekali gus mencetuskan kontroversi dan perdebatan mengenai apa yang disifatkan sebagai identiti Jepun.

Carolina Shiino, 26 tahun, berpindah ke Jepun pada usia lima tahun dan dibesarkan di Nagoya.
Dia merupakan warganegara Jepun naturalisasi pertama yang memenangi pertandingan itu.


Hampir 10 tahun lalu, Ariana Miyamoto menjadi wanita berdarah kacukan pertama yang dinobatkan sebagai Miss Japan pada 2015.
Kemenangan Miyamoto yang berdarah kacukan Jepun-Afrika menimbulkan persoalan sama ada individu berdarah campuran layak untuk memenangi pertandingan itu.

Namun hari ini, fakta bahawa Shiino langsung tidak mempunyai keturunan Jepun mengecewakan sesetengah pihak.

"Pemenang Miss Japan ini bukan berdarah kacukan Jepun tetapi 100 peratus tulen Ukraine. Ya dia cantik, tetapi ini 'Miss Japan'. Di mana Jepunnya?" kata seorang pemerhati di X.
"Jika dia berdarah kacukan [Jepun], tiada masalah. Tetapi dia langsung tidak ada keturunan Jepun, malah tidak dilahirkan di Jepun," kata satu komen lain.

Ramai juga yang meluahkan kebimbangan kemenangan Shiino akan menghantar mesej yang salah tentang Jepun.

"Semua orang Jepun akan fikir bahawa mereka yang berwajah Eropah adalah yang paling cantik."
Ai Wada, penganjur pertandingan Miss Japan Grand Prix memberitahu BBC bahawa juri telah memilih Shiino sebagai pemenang dengan "penuh keyakinan".

"Dia bercakap dan menulis dalam bahasa Jepun dengan fasih dan sopan. Dia lebih Jepun daripada kita semua," kata Wada.

Shiino berkata dia menghadapi kesukaran untuk diterima sebagai orang tempatan kerana penampilannya, dan berharap kemenangannya akan mengubah fikiran tentang siapa identiti Jepun.

"Kita hidup dalam era kepelbagaian. Terdapat ramai orang seperti saya yang bimbang tentang jurang antara penampilan mereka dan siapa diri mereka.

"Saya sentiasa diberitahu bahawa saya bukan orang Jepun, tetapi saya orang Jepun, jadi saya memasuki pertandingan Miss Japan kerana saya percaya itulah diri saya," katanya.

www.astroawani.com/berita-dunia/miss-japan-kemenangan-warganegara-naturalisasi-pertama-jepun-dipertikai

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 01:59 AM | Show all posts
Jika di Malaysia hal itu bukanlah masalah ....

Ingat ...

Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Aceh itupun Melayu
India itipun Melayu
Rohingya itupun Melayu
China itupun Melayu
Bangla itupun Melayu

Asalkan bragama islam, boleh berbahasa dan berbudaya melayu... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 31-1-2024 01:59 AM
Jika di Malaysia hal itu bukanlah masalah ....

Ingat ...

#dengkike?


Hehehehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
X lawa pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
At least pompuan la jugak khennnn daripada wanita berloceng mcm Miss Spain Angela Ponce tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 31-1-2024 08:54 AM

Miss Malaysia pun takde rupa Malaysia. Balik2 muka Cina, muka India. Patut la tak menang. Kalau dia nak muka Cina, muka India, baik dia kasi kat China and India. Bodo piang. Kalau melayu tak boleh masuk pun, letak la bumiputera Sabah Sarawak ke. Memang muka2 yang lain dari yang lain aje yang boleh menang. Tengok Philippines sana. Muka melayu aje tu

Memang muka Jepun takleh menang Miss World ui. Nak kena letak mata besau. Mata kecik ni round awal2 dah out. Tu pasal kena import dari Ukraine
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe heshe paling cantik among contestants lain..tempat aku boleh export japanese mix ini ada yang cantik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 09:18 AM | Show all posts
mcm muka ex schoolmate i yg lembut2x dulu plak model ni...hurmmm

iol is kuriyes onli
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 09:36 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 31-1-2024 08:53 AM
Miss Malaysia pun takde rupa Malaysia. Balik2 muka Cina, muka India. Patut la tak menang. Kalau dia  ...

catriona gray tu muke melayu celah bedah mne chuolls??

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 09:42 AM | Show all posts
yang sebelah tu lagi cantik mizu no tenshi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 09:50 AM | Show all posts
dh menang baru nk berkokok
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 09:54 AM | Show all posts
Tapi tak lawa pun? Yang first and second runner-up tu pun biasa2 je I tengok
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:05 AM | Show all posts
rumah dah siap pahat baru berbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 31-1-2024 11:19 AM

Smua muka awam
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:22 AM | Show all posts
apsal yg pakai selempang biru tu lagi lawa dari dia.. mcm filem Miss Baja plak pemenang dah ditetapkan dek gangster..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:34 AM | Show all posts
mata aku nmpk yang pakai tag no 12 tu lagi lawa...hahhahaa

yang menang tu biasa2 jah ...harapkan dia tinggi jek la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa lagi jepun.


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
patut suarakan sebelum tu lagi bukan lps dia dah menang tersenyum gitu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kontroversi identiti tu, mati2 aku ingatkan pondan operate yg menang Yelah, ciri2 tu ado
Tapi meols pun setuju dgn Netz. Kalau ada bau2 kentut Jepun, oklah jadi Ms Jepang.
Ini, bau2 cheese saja yach!
Udah kalau gitu, ambik acik2 mix Pinoy yg menjadi muka siap terletak, export ke Malaya, then claim Ms Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tqk lawa sbb senyum mcm takda gigi walaupun nmpk gigi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.070306 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list