View: 21647|Reply: 16
|
[Dunia]
China muncul pengeksChina muncul pengeksport kenderaan terbesar duniaport kenderaan terbesar dunia
[Copy link]
|
|
BEIJING – China mengatasi Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar di dunia pada 2023.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengilang Automobil China bulan ini, negara itu mengeksport 4.91 juta kenderaan pada tahun lepas.
Biro Kastam China melaporkan angka lebih tinggi iaitu 5.22 juta kenderaan pada 2023. Ia adalah peningkatan 57 peratus dari tahun ke tahun.
Dalam masa sama, data yang dikongsikan Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA) pula mendapati negara berkenaan mengeksport 4.42 juta kenderaan pada 2023.
Sektor automotif China berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sebahagian besarnya didorong oleh pelaburan besar-besaran dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV).
Berdasarkan data, satu daripada tiga kereta yang dieksport oleh China adalah EV.
Pada 2022, pengeluaran kenderaan di Jepun (tidak termasuk motosikal) dilaporkan berjumlah 7.84 juta unit, manakala pengeluaran di luar negara berjumlah 17 juta unit.
Berbanding mengeluarkan model elektrik sepenuhnya seperti China, syarikat-syarikat Jepun sebaliknya lebih banyak menghasilkan kereta hibrid seperti Toyota Prius. – AFP
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jrpun probs kan...
Moto pung Sama..probs kat Sana
Laki iols order moto . Tunggu setahun tak sampai2
Last2 amek moto kat wmoto je |
|
|
|
|
|
|
|
kuasa besar dunia akan bertukar dari org putih ke China...lepas tu WW3 |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun mmg ketinggalan dalan pasaran ev. Toyota tak interested dengan ev. Jepun pun tak ada resource utk buat bateri ev. Raw material banyak di China. China tak akan allow export raw material. Mereka akan jual bateri dah siap sahaja.
Tak tahu la perodua nak refer kepada siapa untuk buat kereta ev. Toyota dan daihatsu tak buat ev.
Proton sudah pasti akan bawa masuk ev geely. |
|
|
|
|
|
|
|
ada baca artikel, jepun nak tumpukan kepada kereta berasaskan enjin hidrogen yang lebih mesra alam. mungkin itu sbb mereka kurang minat pada ev.
|
|
|
|
|
|
|
|
Not only Jepun, ....Europe dgn US pun fail buat EV yg bagus...bukan diaorg tak cuba buat tapi tak sebaik China in term of full package...German terpaksa pegi join venture pulak dgn company China untuk buat EV car... |
|
|
|
|
|
|
|
Technology EV masih dalam peringkat awal. Banyak problem.
Electric vehicles have nearly 80% more problems and are generally less reliable than cars propelled by conventional internal combustion engines, according to a new report from Consumer Reports.
https://www.cbsnews.com/news/electric-vehicles-consumer-reports-reliability-report/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ha..bagusla tu. buat kereta banyak2 lepas tu sampai sesak jalanraya. Dah jem mulalah keluar perangai haiwan kat diri masing-masing-potong Q, Road Bully, bawak laju cucuk kereta depan, masuk simpang tak bagi signal, bawak 60km/j kat lane laju dan lain-lain lagi. Tak termasuk menyusahkan bomba dan polis tolong keluarkan jenazah orang dalam kereta bila fatal accident. |
|
|
|
|
|
|
|
ev mcm lebih kurang mcm ice. pembaziran sumber dan pollution. tunggu enjin H2 stabil dan mass produce. harap tak lama sgt laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Pening aku baca tajuk. Tak proof read dulu tuan tanah terketar nak post |
|
|
|
|
|
|
|
semakin kuat kuasa china ni |
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 1-2-2024 10:57 AM
ev mcm lebih kurang mcm ice. pembaziran sumber dan pollution. tunggu enjin H2 stabil dan mass prod ...
H2 ni Banyak tapi nak extract tu yang susah...ikutkan explanation dari James May la...dia pengguna tegar hidrogen fuel car ni |
|
|
|
|
|
|
|
susah sebab manusia belum jumpa cara sebenar dan ringkas. bayangkan kau boleh baling sikit air dalam kuali then tenaga yang banyak ada dalam air deploy.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 4-2-2024 05:25 PM
Mengapa Malaysia belum juga memasukan wilayah China sebagai bahagian dari Alam Melayu ?
Bukankah Bangsa Melayu Mahawangsa Malaysia akan menjadi lebih besar dan haibat di mata dunia jika China dimyatakan serampan dan serumpun dengan Malaysia ... dan yang terpenting ... Chinapun pasti X akan menolak klaim tesebut mengingat banyak populasi bangsa china dimalaysia juga .....
Terbayang haibatnya sejarah Malaysia yang diajarkan di sekolah-sekolah di Malaysia jika anak Malaysia diajarkan bahwa Tembok Besar di China ....ditubuhkan dan dibina oleh Bangsa Melayu Mahawangsa ... ...... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 1-2-2024 07:28 AM
Jrpun probs kan...
Moto pung Sama..probs kat Sana
Laki iols order moto . Tunggu setahun tak sampai2 ...
Dah la daihatsu menipu crash test |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 4-2-2024 01:04 PM
Dah la daihatsu menipu crash test
Kan...lagi la susut
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
patut la mas elon sakit hati |
|
|
|
|
|
|
| |
|