CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8027|Reply: 0

[Dunia] Neymar mahu Kimberlly sahkan DNA anak

[Copy link]
Post time 1-2-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Neymar mahu Kimberlly sahkan DNA anak

https://www.bharian.com.my/sukan ... lly-sahkan-dna-anak

Februari 1, 2024 @ 11:20am


Model dan pempengaruh dari Brazil, Amand Kimberlly mendakwa hamil anak Neymar. - Foto AGENSI

SAO PAULO, Brazil: Neymar dilaporkan mahu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Media Brazil sebelum ini melaporkan, Neymar mempunyai hubungan sulit dengan sorang model dan pempengaruh, Amanda Kimberlly ketika masih bersama bekas pasangannya, Bruna Biancardi.

Kimberlly kini dilaporkan hamil empat bulan, dan berita kehamilan model Brazil itu di luar jangkaan Neymar.

Neymar bagaimanapun bersedia menerima anak ketiganya, tetapi mahu ujian DNA dijalankan sebaik Kimberlly melahirkan bayi berkenaan.

Neymar baru sahaja menyambut anak keduanya, Mavie pada Oktober, tetapi berpisah dengan Biancardi sebulan kemudian.

Pemain Al-Hilal itu juga mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dengan pempengaruh dari Brazil, Carolina Dantas.

Pemain 31 tahun itu berpindah ke kelab Arab Saudi pada Ogos dari Paris Saint-Germain, namun kariernya di Timur Tengah terbantut akibat kecederaan lutut ketika mewakili Brazil dalam kempen kelayakan Piala Dunia. - AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055084 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list