CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14843|Reply: 61

Imran Ajmain Jawab Dakwaan Tak Undang Keluarga Fazley Ke Konsert – "Saya Jemput Terus Kepada Datuk Fazley Secara Personal."

  [Copy link]
Post time 5-2-2024 10:07 AM | Show all posts |Read mode




Penyanyi dan komposer Imran Ajmain menafikan dakwaan isteri cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob iaitu Datin Azrene Soraya yang mendakwa tidak menerima sebarang undangan konsert.


Ketika ditemui OhBulan!, Imran berkata dia ada menghubungi Fazley dan menjemputnya sekeluarga untuk hadir ke konsert sulungnya berjudul Malam Seribu Tahun yang berlangsung di KEN TTDI, pada Jumaat.


"Memang saya jemput, mungkin pesanan itu tidak sampai pada telinga yang tidak mahu mendengar. Jadi saya hanya doakan yang baik-baik dan mengharapkan perkara yang sama.


"Saya jemput terus kepada Datuk Fazley secara personal. Nak kata mesej itu sampai atau tidak (kepada Azreen), keadaan sekarang dalam keadaan keruh jadi saya nak elak daripada memburukkan lagi keadaan.


"Saya yakin saya sudah buat yang terbaik dan harap tiada masalah dengan mereka".


Melanjutkan bicara, penyanyi kelahiran Singapura itu berkata dia tidak berasa terkilan apabila dakwaan itu timbul kerana menggangap isu yang berlaku hanya masalah kecil.


Tambahnya lagi, dia dan keluarga Fazley masih akrab dan menjalin hubungan yang baik.


"Saya rasa tiada apa yang perlu dikomen. Jika saya dilihat sebagai ahli keluarga lebih aman dan damai jika biarkan hal ini dalam keluarga sahaja. Saya rasa itu lebih beradab daripada pihak saya.


"Secara keseluruhan, saya rasa perkara itu hanya titik hitam yang sangat kecil. Saya ada perkara yang perlu diberikan fokus dan saya percaya mereka mendoakan yang terbaik untuk saya. Saya juga percaya medapat doa restu daripada mereka.


"Selama ini kami sangat akrab, tiada langsung rasa terkilan atau apa-apa perasaan kurang sedap dalam hati. Saya masih berhubung dengan Datuk Fazley dan anak-anaknya".


Sementara itu, disoal adakah isu berkenaan menggangu fokusnya menjelang konsert, pelantun lagu Seribu Tahun itu menjawab tidak sama sekali.


Terdahulu, Azrene menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) mendakwa tidak menerima sebarang undangan konsert dan tidak tahu menahu mengenai konsert yang bakal dianjurkan seorang individu.


Meskipun tidak memetik mana-mana nama, namun dipercayai hantaran tersebut ditujukan kepada Imran sejurus selepas penyanyi itu mengeluarkan kenyataan ada mengundang Fazley sekeluarga ke konsertnya.


Imran membuat kenyataan itu ketika sidang media konsert Seribu Tahun yang berlangsung di Volvo Ingress, Petaling Jaya pada 26 Januari lalu.


  



Konsert Malam Seribu Tahun yang juga konsert solo pertama Imran selepas 15 tahun dalam industri berlangsung dengan meriah selama dua malam iaitu pada 2 dan 3 Februari 2024.


Pada konsert yang berjaya menghimpunkan kira-kira 1,200 penonton untuk dua malam itu, Imran mendendangkan lebih 20 lagu untaian hits miliknya termasukkah Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Ghaibmu, Intan dan Perak, Hanya Menari, Padam dan Pergi dan banyak lagi.




Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 10:52 AM | Show all posts
kau entitled sangat ke kena berjemput mulut depan2 muka? kau bini retis sangkak bapok berangan mulut senget je pun.....kau ingat kau anak nekmah sihir orang kena hadap muka kau ke? ke kau insecure takut laki bapok kau ada skendss ngan meran jemain? yihhhh! si katik ni terpaling teraniaya ye hidup kau..nak tengok konsert beli je la tiket sundalsss!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak rasa duduk vvip seat yang free la tu…
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 11:17 AM | Show all posts
tak jemput pg konsert pun merempan, ntahlahhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kemaruk sangat and teringin tengok performance emeran
beli je lah
xkannn la resipi2 masik starbuck …. kedai donut xmampoo kot

jenis ummah nak harga / special treatment sedara sedara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 12:07 PM | Show all posts
apa hubungan drg?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2024 12:13 PM | Show all posts
depa ni sedare ke? apoo merempan tak dijemput.. hangsuang sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kan dah malu sendirik

bagus IA ni, heols tak balas dengan cara merempan macam anak kakmah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 12:59 PM | Show all posts
1. Diorang ada hubungan family ker??
2. Cara komen IA sangatlah classy, me like
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:22 PM | Show all posts
sayurmayur88 replied at 5-2-2024 12:59 PM
1. Diorang ada hubungan family ker??
2. Cara komen IA sangatlah classy, me like

ya beradap sangat jawapan dia. menyentuh tapi halus. kalau belah sana tak muhasabah diri, tak tahu la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik Imran dah jemput abang fazley  personally...oklah tu. Nak apa lagiiii.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakar la korg ni.kalau senyap2 je xde sapa yg tau korg brgaduh.brgaduh rebutkan fazley ke tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 01:44 PM | Show all posts
Da cam famili berpoligami yg sedang mengalamani satu penceraian plak.

Ade sesape pegi konsertnya? Best ker? Satu famili dtg hadir tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 02:10 PM | Show all posts
da mcm hidup bermadu la pulak...
adik sayang cemburu la ekkk tak dijemput ke konser adik imran..
hahahahhahaaa..... geli la pulakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 02:23 PM | Show all posts
airmineral: apa hubungan drg?


Madu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 5-2-2024 01:43 PM
Kelakar la korg ni.kalau senyap2 je xde sapa yg tau korg brgaduh.brgaduh rebutkan fazley ke tuuu

Setinggi tinggi belajor jatuh kan aib sendiri jugak... pelajaran harta tak menjamin iman dan adab terpelihara.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg bergaduh sesama fefonen la korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 02:53 PM | Show all posts
winky1 replied at 5-2-2024 01:40 PM
Adik Imran dah jemput abang fazley  personally...oklah tu. Nak apa lagiiii.

abang operate lutut.....takleh datang konsert adik Im.... alolololololo.... celpie cikitttt


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 03:04 PM | Show all posts
deebiz14 replied at 5-2-2024 01:44 PM
Da cam famili berpoligami yg sedang mengalamani satu penceraian plak.

Ade sesape pegi konsert ...

Bessstttt gilaaaa... sedappp suara dia begitu mengimbau kenangan zaman belajarrrr...
Nampak imran gugup sikit awal2 tapi lepas a few songs dia start loosen up


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak berjemput mcm mana lagi dia nak. Rasa diri entitle sgt ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.138910 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list