CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8605|Reply: 0

[Johor] 'Tanda lahir ini saya anggap sebagai anugerah Allah...'

[Copy link]
Post time 5-2-2024 10:58 AM | Show all posts |Read mode

NURANEESA Umairah mempunyai tanda lahir di dahi, mata, hidung dan pipi mendapat perhatian di media sosial kerana kelainan dirinya selepas gambar dan videonya dikongsikan di akaun TikTok milik ibunya, baru-baru ini. FOTO Ihsan Nazira Mohamed Samsuri

Pontian: "Orang selalu ejek kerana muka saya ada tanda lahir dan panggil saya kumbang tetapi tak apalah saya maafkan mereka kerana mungkin mereka tidak faham ini adalah pemberian Allah SWT," kata Nuraneesa Umairah Mohamad Isa.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang mempunyai tanda lahir di dahi, mata, hidung dan pipi mendapat perhatian di media sosial kerana kelainan dirinya selepas gambar dan videonya dikongsikan di akaun TikTok milik ibunya, baru-baru ini.

Nuraneesa Umairah berkata, tanda lahir berwarna hitam itu dianggapnya sebagai anugerah Allah dan dia menerimanya dengan baik serta reda tetapi tidak menafikan dirinya tetap bersedih dengan ejekan orang di sekeliling.

"Malu juga orang ejek tetapi saya tak marah ada tanda lahir ini sebab Allah bagi pada saya menjadikan saya berbeza dan unik berbanding orang lain. Mungkin di dunia orang tengok saya tak comel tetapi tak apa di syurga pasti akan cantik.


"Saya buat pembedahan buang tanda lahir tetapi saya sudah beritahu mummy (ibu) tak mahu buang semuanya sebab ini kan Allah bagi pada saya dan kalau buang semua, tiadalah rupa asal saya.

"Kalau orang nak mengata saya biarlah, saya sudah maafkan mereka dan minta jangan ejek saya lagi," katanya.

Sementara itu, ibunya, Nazira Mohamed Samsuri, 37, berkata, Nuraneesa Umairah adalah anak yang kuat dan sentiasa bersabar dengan ejekan orang, malah sentiasa memaafkan dan tidak berdendam dengan ejekan yang mengguris hatinya.


NURANEESA Umairah bersama keluarganya. FOTO Ihsan Nazira Mohamed Samsuri

"Saat pertama kali melihat anak selepas melahirkannya, saya diam dan tidak fikir apa-apa, cuma di hati saya terdetik tak apa ini rezeki saya.

"Tiada sekelumit rasa menyesal atau sedih, malah kami sangat menyayanginya.

"Tetapi saya sedih apabila dengar anak diejek, malah ada yang tanya saya kalau suami pernah bunuh monyet ketika saya sedang hamil Nuraneesa Umairah atau tidak, mandi selepas lihat gerhana sebab itu anak dapat tanda lahir," katanya yang menetap di Parit Sikom Lapis, di sini.

Nazira berkata, biarpun pemeriksaan mendapati tanda lahir pada wajah Nuraneesa Umairah tidak serius dan tidak bahaya, namun atas nasihat doktor, mereka mengambil keputusan membuang tanda lahir itu secara berperingkat demi masa depan anaknya.

Nuraneesa Umairah kini sudah menjalani empat pembedahan secara berperingkat untuk membuang tanda lahir itu.

"Anak sebenarnya sedih dan malu apabila orang mengejeknya, malah yang berusia juga bercakap mengenai tanda lahirnya.

"Tanda lahir anak tebal seperti ada tempelan isi dan berbulu. Kami setuju buat pembedahan berkenaan dengan persetujuan anak juga.

"Sebelum itu saya sudah tanya orang agama kerana bimbang kalau kita mengubah ciptaan-Nya tetapi mereka cakap ia dibolehkan jika keadaan itu memudaratkan dan mengaibkan anak.

"Anak juga setuju buang bahagian yang terlalu ketara tetapi ada bahagian dia tak mahu buang," katanya.

Nazira berkata, dia berkongsi mengenai kisah Nuraneesa Umairah di TikTok agar orang ramai menerima kekurangan individu lain dan tidak memandang pelik kelainan dimiliki.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... agai-anugerah-allah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.214959 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list