CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64010|Reply: 969

akhirnya datuk siti dengan album inggeris

  [Copy link]
Post time 2-3-2011 12:44 PM | Show all posts |Read mode
sebelum itu, i teringat dgn dialog lama "how do you like your coffee siti?"........... "in a cup" jwb siti

dan satu lagi tentang video ni. kesian sgt kat datuk siti.....



apa2 pon datuk siti akan muncul dgn album inggeris pertama beliau.....




        Teks Oleh: zyzamani
        Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography
       
        KUALA LUMPUR, 2 MAC 2011:
Setelah sekian lama menyulam impian untuk muncul dengan album Inggeris, akhirnya hajat hati penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza bakal terlaksana. Sudah pun merakamkan enam buah lagu, kata Siti, dia amat teruja menantikan produk Inggeris pertamanya itu berada di pasaran tempatan pada pertengahan tahun ini.
       
        "Saya dalam proses menyiapkan album sulung Inggeris. Kini, ini 6 buah lagu sudah pun dirakamkan. Tinggal 4 buah lagu saja untuk disiapkan. Berkonsepkan pop moden, album tersebut mungkin akan berada di pasaran tempatan sekitar pertengah tahun ini dan kita juga sedang mengintai pasaran luar,"katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media Minggu Setiausaha Dato Siti Nurhaliza bersama Hotel Quality, Kuala Lumpur, semalam.
       
        Menariknya, menerusi album Inggeris tersebut, Siti telah pun mendapatkan sentuhan dua komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander yang juga merupakan seorang penyanyi hip hop popular. Malah, album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.
       
        "Saya bekerjasama dengan Brian dan Christian untuk album Inggeris ini. Mereka (Brian dan Christian) berdua bertindak selaku pencipta lagu dan penerbit. Cristian juga merupakan penyanyi hip hop yang cukup popular di Australia dan merupakan kenalan Adib," katanya.
       
        Berkongsi cerita tentang kesukarannya sewaktu menjayakan rakaman untuk 6 lagu-lagu Inggeris yang sudah pun disiapkan, Siti akui sebutan adalah antara perkara yang sangat dititik beratkannya.
       
        "Biasalah apabila kita kerja dengan orang luar pastinya ada sedikit kelainan berbanding produksi kita. Selain itu, macam biasa dari segi sebutan, saya perlu berhati-hati agar tak lari bunyinya daripada sebutan asal," katanya yang bakal menampilkan Christian sebagai penyanyi undangan dalam 2 buah lagu.
       
        Sementara itu, pada majlis sidang media tersebut, ia turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Hotel Quality, Johan Thomas Low dan Pengurus Residen, Hidzir Abd Hamid.
       
        Berbicara tentang persembahan minggu setiausahanya yang akan diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 5 April 2011 depan, jelas Siti, ianya nanti akan berkonsepkan nostalgia.
       
        "Konsep persembahan minggu setiausaha saya kali ini adalah nostalgia. Memandangkan ini merupakan kali ketujuh saya mengadakan minggu setiausaha bersama pihak Hotel Quality, jadi saya mahu mengembalikan nostalgia buat para setiausaha yang pernah hadir pada minggu setiausaha saya yang lalu-lalu bersama hotel ini.
        "Jadi saya akan menyanyikan lagu-lagu nostalgia saya seperti Kau Kekasihku, Aku Cinta Padamu, Cindai dan sebagainya menerusi susunan muzik baru.Malah saya juga akan menyanyikan lagu-lagu popular saya masa kini serta lagu popular daripada penyanyi yang lain.
        "emilihan Matrade Exhibition & Convention Centre dibuat untuk memenuhi tempat yang lebih meluas buat mereka yang menempah minggu setiausaha daripada pihak Hotel Quality nanti ," ujarnya yang akan ditemani oleh Dee selaku pengacara majlis tersebut.
       
        Tiket berharga RM 340 sehingga RM 550 telah pun dijual dan tempahan bolehlah dibuat menerusi talian 03-26939233 sambungan 8023 atau 8017.

Tahniah datuk siti!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 12:46 PM | Show all posts
chaiyokkk tokti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:48 PM | Show all posts
hm .. okla tu .. kalu silap pronounce time recording buleh redo balik .. but still sore die sedap ..cuma tak leh lawan liza hanim n siti sarah kalu nyanyi lagu mat salih..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:57 PM | Show all posts
dl aku dgr ct msk english class...tp kenapa tadek improvement pon? same jek cam dl...klu dia btol2 habes kan english class dia...mgkn dia pon akn hebat mcm sharifah aini yg sekolah pon tak abes....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:59 PM | Show all posts
skrg nie dah ok kot!...tuk K dah ajor...tu yg ct konfiden jer nak kuar album ingeris
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:01 PM | Show all posts
salah satu komposernya adalah Bryan Bourno...

maklumat boleh diakses melalui thread ini..
http://eforum4.cari.com.my/viewt ... 5707&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2011 01:14 PM | Show all posts
dl aku dgr ct msk english class...tp kenapa tadek improvement pon? same jek cam dl...klu dia btol2 h ...
md_nana Post at 2-3-2011 12:57



    ekceli nak master English ni, praktis penting. hari2 kena cakap baru leh master.

   ada orang writing in English bagus tp bila cakap depan public hancus. ada pulak yg writing tak bagus tp cakap hebat.

   sapa yg biasa kerja/bergaul dgn Chinese, cuba peratikan diaorg bila cakap. diaorng hentam je, tak kira grammer berterabur macam mana pun tp ada diaorg kesah? yg penting diaorg yakin & berani
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:17 PM | Show all posts
alang-alang dh buat album inggeris...

amikler pemenang grammy awards - Diane Warren sekali
ade gak ballads yg menusuk kalbu.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 01:18 PM | Show all posts
congrats siti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:22 PM | Show all posts
Tiket berharga RM 340 sehingga RM 550

tiket pun setaraf artis international dah.... x mampoo nak pg tgk konsert dia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:24 PM | Show all posts
congratulasi... hiks
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:25 PM | Show all posts
congrats siti!!!!
you go girl
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:26 PM | Show all posts
apa saja usaha yang siti buat we all sokong ye siti
as long as the product is good
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:26 PM | Show all posts
what's up tok ti! tertarik pulak aku dgn nama syarikat produksi anak tirinya itu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:26 PM | Show all posts
ekceli nak master English ni, praktis penting. hari2 kena cakap baru leh master.

   ada ...
wadiunong Post at 2-3-2011 13:14

mslhnya org melayu klau org skeeping london skit kata berlagak....
klau yg cuba bljr pastu silap... kena gelak.... tgk la ct tu kena gelak smp skrg psl english die tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:33 PM | Show all posts
haha, sian siti nih.. nak gi international kenalah pandai ckp english ye dak... duit byk pegila la belajar english sampai lebam khennn... ni mcm xde improvement je aku tgk (sekadar concern dgn tok ti )

p/s: selalu dgr suara dia kat jusco "skeaping" london
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 01:35 PM | Show all posts
rakam lagu twinkle2 little star ker
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:36 PM | Show all posts
tak silap tok ti pun penah cakap 'i like my nipple' (dimple) depan2 tv
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:44 PM | Show all posts
ishhh..korang ni...jangan la kutuk tok ti.....kena la sapot dia ckp omputih....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 01:46 PM | Show all posts
skrg nie dah ok kot!...tuk K dah ajor...tu yg ct konfiden jer nak kuar album ingeris
menjad Post at 2-3-2011 12:59


org kaya ni ckp jek lebih.cuba suruh sms in english ke kt fb ke..nyampah tol tgk salah grammar...uweek!..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.083002 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list