CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7328|Reply: 13

[Jenayah] "Kena Capai KPI Baru Layak Dapat SIjil Keusahawanan" - Cuba Mengaut Untung Atas Angin, Jual Kek Coklat Moist Pada Harga RM10!

[Copy link]
Post time 7-2-2024 01:52 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

MEMANG tidak dinafikan, rakyat Malaysia terkenal dengan sifat prihatin dan suka membantu orang lain.

Disebabkan itu ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini di Facebook.

Wanita bernama Saidatul Waheeda Abdullah 'membongkar' taktik segelintir individu yang cuba mengaut untung atas angin dengan menjual produk makanan dengan harga yang tidak munasabah.

Untuk menambat hati dan simpati orang ramai, modus operandi kumpulan ini biasanya menggunakan golongan muda yang akan mengakui mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi 'memancing' pelanggan.

"Anda pernah jumpa tak geng budak-budak muda lelaki atau perempuan, datang jual kek coklat moist sebesar bekas ini (gambar) dengan harga RM10 atau cookies sebalang kecil dengan harga RM20.

"Atas alasan mereka adalah pelajar jurusan usahawan, kena capai KPI jual produk baru layak dapat sijil keusahawanan.

"Selalu saya akan jumpa mereka ni di tepi pantai awam seperti Port Dickson, Bagan Lalang, dekat tempat-tempat rekreasi di Janda Baik, dekat tempat healing Bukit Ampang.

"Kadang-kadang macam ganggu juga, kita tengah serabut nak set-up khemah, time tu la datang nak jual kek," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut wanita ini lagi, dia bukan tidak mahu membantu penjaja yang mengaku sebagai pelajar, namun harga produk makanan yang dijual langsung tidak masuk akal.

"Saya boleh support kalau produk tu berbaloi dengan harga, kek coklat moist sebekas ini anda jual RM10? Apakah matlamat sebenar pihak pengurusan yang manage mereka ni gamaknya.

"Konon nak support IKS dan nak support golongan belia yang tak ada kerja, disuruh jual kek.

"Tanpa sewa tapak, gerai atau kedai, anda cuma bawa bakul ada isi kek dan cookies then berjalan kaki dari seorang ke seorang, jual kek yang sebesar ini dengan harga RM10?

"Dah banyak kali saya jumpa group ni, sekarang makin bersepah dan banyak. Dalam keadaan ekonomi sekarang, tergamak anda ambil kesempatan jual kek macam ni dengan harga RM10," katanya lagi.

Tambah wanita ini lagi, berdasarkan pengalamannya dalam bidang perniagaan makanan selama 17 tahun, hasil keuntungan yang diperoleh oleh golongan berkenaan agak lumayan dengan hanya memancing simpati orang ramai.

"Kau salah jumpa orang dik, akak ni dah berniaga 17 tahun. Costing kek tu dalam poket akak je dik, korang tarik untung tak ingat-ingat ni.

"Saya nak siasat jap, siapa kepala utama untuk semua ini. Di mana semua duit keuntungan ni disalurkan? Benarkah pada IKS yang buat kek dan pada remaja-remaja yang jual kek ni?

"Atau siapa yang mereka kayakan di pihak pengurusan teratas?

"Kalau betul-betul dia memang nak bantu IKS, aku orang pertama akan hantar senarai IKS yang patut dibantu. Sebab di kedai saya saja ada ramai IKS yang saya bantu jualkan produk-produk mereka," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman 'terkena' dengan golongan yang menggunakan modus operandi yang sama.

"Lepak mamak selalu depa datang. Memang alasan dari kolej mana entah, program usahawan begitu begini. Pernah beli sekali je sebab konon nak bantu tapi itulah... Harga mahal, rasa out!

"Pernah juga jumpa tapi tak minat nak beli sebab saya biasa beli tiga bekas RM10.

"Dekat PD bersepah, walaupun ada rasa kesian, terpaksa tolak tepi. Mahal sangat," komen netizen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2024 02:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 02:17 PM | Show all posts
keropok lekor pun dijual sampai RM25 sebekas...nak melepak dengan aman dekat kedai mamak pun payah sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 05:02 PM | Show all posts
asudau replied at 7-2-2024 02:17 PM
keropok lekor pun dijual sampai RM25 sebekas...nak melepak dengan aman dekat kedai mamak pun payah s ...

Baru semalam jumpa kat bangi... buat2 melangkah laju... dia tegur sambil tanya... "Makan Keropok Lekor Tak"... Saya jawab "Makan"... dia pun cakap ok jer....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
elok2 nk rilex2 makan dah kena kacau dgn diorang
tak tenteram rasa...kalau ckp tak sekali okay lagi ni siap berpujuk2 ala paksa nk beli mmg boleh angin weo
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 05:43 PM | Show all posts
hehe pernah juga kena

Atas alasan mereka adalah pelajar jurusan usahawan, kena capai KPI jual produk baru layak dapat sijil keusahawanan...

tp sebab kan harga hilang akal, wa cakap

err dik mahal sgt la dik, abg ni takde bajet, nak beli rokok lagi, topup lg, sorry ar..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah beli keropok lekor frozen rm35 kat parking lot tesco
Tak tau mahal ke tak haha
Bekas besar jugak so jenuh nak goreng haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 08:57 PM | Show all posts
yang jual kerepek pun ada juga
kesian juga kekadang
makcik2 pakcik2 jual bawa bakul pun ada
nk makan kat kedai skang ni pun kena tgk2
tak suka kn ganggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual kek xpnh jumpa sbb i dah xde pegi jln2
Dulu diorg ni jual sticker lekat roadtax tu. Rm10 sekeping. Bgtau diorg bdk kolej bla bla.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli...beli..beli... hujung2 bila dah xde duit meroyan kerajaan madanon tak bantu M40... walhal korang duk berbelanja kat benda ngarut camni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat kwsn rumah iolss ni dl ade group budak lelaki belajo ape tah,dia org Jual goreng pisang... Laku ooo... Ms x de customer lain ade la sembang2 tanye belajo lg ke...Tu dia org citer... Ms awal2 sem duit x cukup..nak mintak kat family kesian bukan org kaya...cuti SEM masing2 belajo masak pisang goreng..bawak kuali beso yg mak dia org nye...ramai org beli biasa x sampai kul 5 dah abis ..skrg ni dah x de dah..dah abis study agaknye...rsnye kalo jual jenis2 goreng panas2 mcm ni org ramai msh support berbanding kalo tiru makanan viral
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 03:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokrom baru tadi ada mamat datang table aku makan kat uptown setia alam pakai baju biru jual sama la kek choc cenggini tinggal 2 bekas je lagi katanya amik course perniagaan mmg aku tak beli la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2024 02:03 PM | Show all posts
dapnyerr choc moist
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau replied at 7-2-2024 02:17 PM
keropok lekor pun dijual sampai RM25 sebekas...nak melepak dengan aman dekat kedai mamak pun payah s ...

Betul, aku penah terkena.. sebekas keropok lekor rm25.

Tapi aku xbeli laa walau dipujuk2 suruh beli. Dah aku x makan keropok lekor watpe nak beli. Aduhhhhh...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063370 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list