View: 7692|Reply: 31
|
[Jenayah]
"Penyondol Dilarang Masuk!" - Owner Sudah Punya Isteri, Melarang Tegas Wanita Lain Mengambil Tempat Melainkan Keluarga Terdekat Sahaja!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Setiap individu yang membina rumah tangga atau sedang menyulam cinta pastinya ingin hubungan dibina itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Bukan hanya itu setiap pasangan pastinya enggan rumah tangga diganggu oleh individu ketiga atau lebih mudah digelar sebagai ‘penyondol’. Malah kisah mengenai suami atau isteri kantoi berlaku curang juga sering kali didengari.
Oleh itu, ramai yang menjadikannya sebagai iktibar serta mengambil langkah berjaga-jaga agar pasangan tidak ‘disondol’ individu lain.
Individu tampal pelekat dalam kereta beri amaran kepada penyondol
Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai sudah berkahwin telah dikecam oleh orang ramai selepas bertindak melekatkan pelbagai pelekat (sticker) pada dashboard kereta dengan pelbagai amaran.
Menerusi video yang tular di laman X (Twitter) awalnya kelihatan individu berkenaan telah menampal ayat “penyondol dilarang masuk” di dashboard bahagian penumpang.
Tampal beberapa amaran pada dashboard penumpang
Tidak lama selepas itu, video itu turut menunjukkan satu lagi pelekat yang ditampal dengan amaran yang tidak membenarkan wanita lain untuk duduk di kerusi sama.
Ini kerana, tempat duduk tersebut dengan jelas telah dilabel sebagai tempat khusus untuknya.
“Tempat duduk khas ini untuk Suhana sahaja dengan tegas melarang wanita lain mengambil tempat duduk ini melainkan ahli keluarga terdekat sahaja,” tulis amaran itu.
Siap beritahu pemilik kereta sudah beristeri
Individu berkenaan turut menunjukkan satu lagi pelekat berwarna kuning yang tertulis pemilik atau pemandu kenderaan tersebut telah mempunyai isteri.
Kesemua amaran diletakkan dalam kenderaan tersebut dipercayai untuk memberitahu wanita lain agar melupakan niat mereka jika ingin ‘menyondol’ suaminya.
Video itu kemudian telah mendapat perhatian dan ramai yang telah mengkritik tindakan individu berkenaan yang meletakkan pelekat seperti itu.
Malah ada juga segelintir daripada netizen menyifatkan tindakan melekatkan kata-kata itu akan membuatkan kereta kelihatan buruk.
“Aku ni memang kuat cemburu. Tapi tak ada masa nak tampal pelekat macam ni. Jaga atau uruslah suami sebaik mana. Kalau dia nak buat hal, dia buat jugakan hmm”
“Sebenarnya penyondol tak akan menyondol kalau salah seorang tak melayan.. salahkan partner diri sendiri dari sibuk yang kamu tak dapat kawal..”
“Redflag bagi aku tak kira lelaki ke perempuan. Terlampau banyak sticker dekat kereta. Tak kira la sticker ayat Quran ke sticker apa sekali pun” |
|
|
|
|
|
|
|
Patut letak gambar citot-pencaras teragung |
|
|
|
|
|
|
|
apa heran setakat sticker, kalau nak menyondol itu gigih ya...
yang penting, suami memasing tak melayan bila cubaan menyondol berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
laki kau tu pun kena sama warning
it takes 2 to tango
|
|
|
|
|
|
|
|
Insecure nya ko....kesian sungguh takut dgn bayang2..apa mmg laki ko kaki perempuan ke cane.. |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan baru keluar kampung ke?
takat proton myvi tak payah la jadi kelly tampal-tampal sticker..
biasa macam ni laki dia mesti muka pecah rumah tapi budget hot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Interior kereta nampak macam kereta Kancil masa belajar amik lesen dulu. Suhana ni mesti dulu dekat sekolah duduk kelas belakang kan? .. |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 7-2-2024 02:58 PM
Interior kereta nampak macam kereta Kancil masa belajar amik lesen dulu. Suhana ni mesti dulu dekat ...
Tula pasal..takat keta kancil budak sekolah pun dah pandai pilih...x tahula kut untuk penyondol pendatang rohingya
Hamponnn |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 7-2-2024 03:15 PM
Bila jadi janda pandai pula cari wanita keliling beli barang la sewa rumah la pinjam duit la tukang jaga anak la, dulu2 kemain insecure semua wanita dijadikan musuh sampai kurung laki dlm rumah |
|
|
|
|
|
|
|
slalu yg insecure mcmni laa yg laki akn wat pangai...jaga2 je la cik kak oii |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku ade kenal sorg minah ni bkn main lg tmpt duduk sblh driver hanya utk dia je...adik2 dia pun x d benarkn duduk...cemburu giler....last2 cerai gk |
|
|
|
|
|
|
|
Lol wife2 mcm ni la buat i rasa nk sondol laki depa |
|
|
|
|
|
|
|
kawan meols dulu,wife dia bukan stakat check hp tapi siap call lagi number2 yg dia tak familiar or tak saved dlm hp...kdg2 rakan sekerja call pasal kerja..tetiba ada ppuan call tanya kenapa call her husband...malu lah my fren...
long story short now dah selamat bermadu....dia dah tak check hp lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
sukahati dia la, kereta dia laki dia
yg pasti bkn sedara mara or kenalan iols peel sebegini rupa |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by OshinDaSolja at 7-2-2024 05:46 PM
sayang sngguh dgn husband dia... sokay la dik iollz appreciate your effort and doakan your marriage lasting forever... |
|
|
|
|
|
|
| |
|