CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5841|Reply: 57

[Jenayah] Akak Honda merah berhenti tengah lebuh raya, nampak tak puas hati... Rupanya menyelit tak lepas, pintu kereta ‘disagat’ lori

  [Copy link]
Post time 7-2-2024 09:54 PM | Show all posts |Read mode

PEREMPUAN tak pernah salah.




Ungkapan ini sering digunakan bagi menggambarkan sikap segelintir kaum Hawa yang tidak mudah mengalah apabila mereka berkelahi dengan lelaki.

Terbaharu, tular video memaparkan seorang wanita yang berang dengan pemandu lori sehingga dia memberhentikan keretanya di tengah-tengah sebuah lebuh raya.


Wanita itu (kereta merah) dilihat cuba memotong lori dari arah kiri.

Menerusi video yang sedang berlegar di media sosial, wanita yang menaiki kereta Honda City berwarna merah itu pada awalnya dilihat memotong sebuah lori dari bahu jalan sebelah kiri.

Selepas berjaya memotong lori, wanita itu dilihat memperlahankan kenderaannya dengan menekan brek sebanyak beberapa kali.

Wanita itu juga membuka tingkap kereta dan mengeluarkan tangannya, seolah-olah memberi isyarat kepada pemandu lori yang berada di belakangnya.

Kalau anda potong lepas anda orang yang bertuah, kalau tak lepas... anda orang paling malang dalam hidup.
PEMANDU LORI

Selepas berhenti di tengah-tengah jalan, dia keluar daripada keretanya dengan wajah marah, dipercayai akibat geseran yang berlaku ketika memotong kenderaan berat berkenaan.

Perkongsian di Twitter menunjukkan kesan calar pada pintu belakang kereta yang dipandu wanita itu.

Dalam pada itu, pemandu lori berkenaan turut mengulas isu tular tersebut menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

"Benda dah viral apa nak boleh buat? Harap maaf komen anda dah tak terbalas. Harap kawan-kawan jangan potong ikut kiri.

"Kalau anda potong lepas, anda orang yang bertuah. Kalau tak lepas, anda orang paling malang dalam hidup.

"Lori sebelah kiri paling keras. Kereta anda jenuh claim insurans la," tulisnya sambil menyertakan emoji ketawa dan wang.

Dia turut dihujani komen netizen yang rara-ratanya memberikan sokongan dan berharap kes berkenaan menjadi pengajaran buat pemandu lain.

Rata-rata pelayar Facebook dan X turut menyelar sikap wanita itu yang dikatakan tidak tahu undang-undang jalan raya.


Wanita itu memberhentikan keretanya selepas dia memotong lori berkenaan.

"Either perempuan ni terlalu berani atau terlalu bodoh nak berlawan masuk lane dengan lori.

"Aku yang dah legend naik motor pun tak berani nak stay kat bllindspot lori belah kiri tu. Gila agaknya.

"Dah tahu tu blindspot lori lagi dia nak mencelah masuk. Nasib bawa kereta, kalau motor tu dah arwah kat situ.

"Dah sah-sah driver kereta tu salah. Ada hati nak mengamuk marah," tulis netizen lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2024 09:55 PM | Show all posts
Seorang wanita gagal mengawal kemarahan selepas keretanya mengalami kerosakan teruk akibat dihimpit sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan Linkaran Tengah (ELITE) menghala ke Utara pada Isnin.

Menerusi video tular tersebut wanita yang menaiki kereta Honda City Hatchback berwarna merah itu pada awalnya dilihat memotong sebuah lori dari bahu jalan sebelah kiri.

Selepas berjaya memotong, wanita itu dilihat memperlahankan kenderaannya dengan menekan break beberapa kali.

Kemudian dia dilihat keluar daripada keretanya dan memarahi pemandu lori itu dipercayai akibat geseran yang berlaku ketika memotong kenderaan berat berkenaan.




Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 09:58 PM | Show all posts
...ai ketawakan jer
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulissss...tangkap perempuan bodoh ini...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
H kalau tak buat hal tak sah

share la apa ending bedio
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
ko dah nape pompuan???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2024 10:52 PM | Show all posts
Ni dah boleh tangkap masuk penjara sebulan...membahayakan pengguna jalanraya lain..kau mabuk ke kak


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cina mesti ada kad OKU. Ko pun ada kat OKU ke kak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada te gok pic yang takde censored
Haha..mmg muka tak puas ati sambil tunjuk tu
Hahaha..dan Ada yang Komen minah Ni Ada 4 Saman..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 7-2-2024 11:09 PM

Orang pki H ni byk red flag lah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mmg lah ramai yg tak tahu sapa yang patut slow dan bagi laluan nak2 kat roundabout. Pdhal masa exam nak amek lesen kete tu dah terang2 bg gambarajah. Hakak ni dpt lesen terbang ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu skrg ni ramai yg buta undang2 ke... Kadang2 jahat mulut ni ckp gak biar duk bawah trailer la korang...yg bawak H mmg la lagaknye.. tp yg bawak lain pun sama gak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 02:32 AM | Show all posts
X syg kereta ka  dia ni. Kereta dah elok
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok ke rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:19 AM | Show all posts
Pompuan mmg cam tu tgk je la acik porum kepam gondol kalau dah datang sasau dia block je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 09:39 AM | Show all posts
kau ingat kau pakai H, semua jenis kenderaan, kena bagi laluan? tu lah...bila masa ujian memandu, kau tidur!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Beraninya kak.kalau saya dah nangis je kereta kena sagat
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Tlng viralkan sapa akak Honda merah tu. Biar keluarga Dan suku sakat dia nasihatkan dia skit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pandai tafsir pandangan di side mirror ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.084472 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list