CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10098|Reply: 0

[Johor] Zoo Johor kekalkan harga tiket termurah di Malaysia, Asia

[Copy link]
Post time 12-2-2024 12:53 PM | Show all posts |Read mode

ZOO Johor yang terletak di Jalan Gertak Merah, Taman Istana, Johor Bahru bakal dibuka semula pada April ini.

ISKANDAR PUTERI – Zoo Johor yang bakal dibuka semula pada April ini akan terus mengekalkan harga tiket kemasukan zoo terendah bukan sahaja di Malaysia, tetapi di benua ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, tarikan itu akan dikekalkan walaupun premis berkenaan telah dinaik taraf sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, harga tiket kemasukan baharu Zoo Johor akan diumumkan kelak.

“Sebelum ini, harga tiket kemasukan ke Zoo Johor adalah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, namun kita akan pastikan harga tiket masih termurah di Malaysia dan juga Asia.

“Di peringkat kerajaan negeri, kita masih mahu mengekalkan harga tiket paling murah, cuma untuk warga asing mungkin akan ada kenaikan harga sekali ganda, kita nak pastikan kemudahan ini dinikmati oleh warga tempatan juga, bukan hanya warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili kerajaan negeri menerima sumbangan SWM Environment untuk disalurkan kepada 750 keluarga B40 di negeri ini. Turut hadir, Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd. Norlisam Mohd. Nordin.

Tambah Mohd. Jafni, fasa pertama naik taraf itu akan menjadikannya zoo berkenaan lebih tersusun, bersih dengan penambahan aspek keselamatan.

“Kita juga akan dapat menyaksikan pertambahan haiwan-haiwan di zoo tersebut. Selain itu, kita juga beri tumpuan kepada penyediaan kawasan letak kenderaan yang lebih luas bagi memudahkan pergerakan keluar masuk kenderaan pengunjung termasuk bas-bas.

Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya ini, mula dibuka pada 1928 dan merupakan zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesies haiwan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... h-di-malaysia-asia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.400407 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list