CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26299|Reply: 0

[Johor] Kes gaduh halang laluan kecemasan: Suspek warga asing ditahan di Genting Highland

[Copy link]
Post time 12-2-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular di media sosial. Gambar kecil, suspek yang ditahan polis. FOTO Tular dan Ihsan Polis

Muar: Lelaki warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Pagoh, dua hari lalu, direman empat hari bermula hari ini.

Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah reman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar berkata, suspek berusia 40-an ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor di Genting Highlands pada 3.30 pagi tadi.

Katanya, turut dirampas sebuah kereta dipandu suspek yang digunakan pada hari kejadian.



Sabtu lalu, suspek yang memandu Mitisubishi Lancer dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu memukul pengguna jalan raya menggunakan tongkat.

Dalam kejadian 1.58 petang, suspek bertindak memukul seorang lelaki tempatan kerana tidak berpuas hati apabila kenderaannya dihalang menggunakan laluan kecemasan.

Difahamkan, ketika kejadian, keadaan lebuh raya sesak teruk memandangkan cuti Tahun Baharu Cina dengan suspek memandu kereta Mitsubishi Lancer dikesan menggunakan laluan kecemasan.

Mangsa bersama ahli keluarga menaiki Toyota Innova kemudian bertindak menghalang kenderaan suspek, menyebabkan berlaku pertengkaran mulut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ditahan-di-genting

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.057098 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list