CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23290|Reply: 33

[Jenayah] Tu diaaaaa, J Low ikut arahan Najib kata saksi

  [Copy link]
Post time 15-2-2024 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 14-2-2024 12:01 PM

https://www.malaysiakini.com/news/696161

Bekas penasihat undang-undang 1MDB Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Low Taek Jho (Jho Low) mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan tindak tanduknya dilakukan atas arahan dan pengetahuan Najib Razak.

Loo berkata Low membuat dakwaan itu kepadanya berikutan laporan media antara 2015 dan 2016 mengenai kemasukan besar dana ke akaun bank bekas perdana menteri itu.

Loo mendakwa selepas membaca artikel media serta laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, dia bertanya kepada Low mengapa begitu banyak wang mengalir ke akaun Najib.

Saksi pendakwaan ke-50 itu yang pernah berada dalam lingkaran kenalan Jho Low mendakwa ahli perniagaan itu memberitahunya bahawa wang berkenaan adalah dana politik untuk BN, khususnya Umno.

“Selepas saya mendesak dan bertanya kepada Jho Low berhubung urus niaga itu, Jho Low meminta saya jangan risau dan dia akan uruskan dan saya tidak perlu ambil sebarang tindakan, kerana dia akan uruskan semuanya.

"Jho Low juga berkata sekiranya apa-apa berlaku kepadanya, dia mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa apa yang dia lakukan adalah atas permintaan, hasrat dan pengetahuan Najib Razak," katanya di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah.

Pada peringkat perbicaraan kes rasuah melibatkan dana RM2.27 bilion 1MDB terhadap Najib, peguam bela utama tertuduh, Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan bantahan terhadap keterangan Loo, atas alasan dengar cakap.

Di bawah undang-undang, keterangan dengar cakap merujuk kepada keterangan berdasarkan apa yang didengar oleh saksi daripada orang lain dan bukannya berdasarkan pengetahuan atau pengalaman peribadi secara langsung.

Sequerah kemudian mencatatkan bantahan pasukan pembelaan, dan Loo meneruskan dengan membacakan kenyataan saksi bertulisnya.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion daripada 1MDB.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 01:29 AM | Show all posts
takde satu pon bukti najib bagi arahan kepada jho low untuk songlap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2024 01:52 AM | Show all posts
kemaruk replied at 14-2-2024 06:29 AM
takde satu pon bukti najib bagi arahan kepada jho low untuk songlap

Kes SRC pun kata cam tu jugak...padahal.. LOL
Mahkamah juga yakin Najib mempunyai kawalan penuh terhadap SRC International menerusi peranan perdana menteri sebagai penasihat emeritus terhadap syarikat itu, yang berperanan untuk membuat pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber negara.

Sebaik SRC mendapat wang pinjaman itu, kata hakim, Najib menjadi “tidak ambil kisah” terhadap bagaimana ia digunakan dan mengarahkan menteri kewangan kedua ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah untuk tidak “mengambil tahu (keep off)” terhadap syarikat itu.

“Perlakuan perayu ini hanya menunjukkan satu perkara, iaitu sebaik saja dana diberi kepada SRC, di mana perayu ada kawalan penuh, dia bebas untuk menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

“Ini ditunjukkan menerusi aliran RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadinya. Ini bukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai dilakukan untuk kepentingan negara.

“Tiada kepentingan negara di sini, hanya memalukan negara,” kata hakim.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah 12 tahun lagi….
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan baik lg dgn piggiy..ujung² semua ditunjal balik kat kepala ngko.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-2-2024 08:38 AM
Kawan baik lg dgn piggiy..ujung² semua ditunjal balik kat kepala ngko.

Miranda kerr tinggalkan orlando bloom sebab mengejar babi pink ni...


Babi pink ni opportunist
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak kata najib bodow ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:55 AM | Show all posts
Dr awal mmg najib ni menipu, mula2 tu langsung taknak mengaku kenal jho low, lps tu tersebar pic dia sefamily atas yatch dgn jho low, lps tu part yg jho low  ada dlm meeting 1mdb pun dia tak bagi tulis dlm report jugak. Org klu takde buat benda jahat tak betul takdenya nakmenipu, dah le jawatan pm lak tu. Padan muka akhirnya kena masuk penjara jugak. Cashhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 15-2-2024 01:29 AM
takde satu pon bukti najib bagi arahan kepada jho low untuk songlap

Tak kenal konon… poodahhhhhh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ketipongtipah replied at 15-2-2024 10:20 AM
Tak kenal konon… poodahhhhhh!!!!

Najib tak pernah kata tak kenal jho low

Yang najib pernah kata, najib tak kenal altantuya

Acik2 mudah terkeliru
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:05 AM | Show all posts
xkena sesuatu plk dia kan...ke sbb aset
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:53 AM | Show all posts
Edited by plywood at 15-2-2024 12:04 PM
Orenn1 replied at 15-2-2024 09:55 AM
Dr awal mmg najib ni menipu, mula2 tu langsung taknak mengaku kenal jho low, lps tu tersebar pic dia ...



kalau statement berubah-ubah susahlah nak kata dia bercakap benar.


Ingat lagi bila kes 1mdb meletup seluruh dunia, najib buat press conference dengan statment "kami boleh bayar hutang 1mdb" tapi tak mau pulak address skandal yang berlaku.


Barangkali pada dia, dia mau rakyat malaysia percaya ianya cuma isu pengurusan kewangan, tetapi dinegara lain ianya dah jadi kes jenayah. Mcm manalah kita semua nak percaya pada bijan bila konco-konconya di negara lain sudah dihukum.


Memang najib telah menipu dalam kes ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:09 PM | Show all posts
Edited by plywood at 15-2-2024 12:11 PM

Team najib mungkin akan maintain duit yang masuk dalam akaun najib itu adalah derma pak arab.

Maksudnya najib tahu duit tu masuk dalam akaun dia, dan sekarang ini team najib kena ingatkan najib, dia dah tak boleh kata dia tak tahu duit tu masuk dalam akaun dia.

Sekarang kalau dia kata jho low yang masukkan maka automatik hujah duit itu pak arab bagi sebagai derma akan terbatal dengan sendirinya.

Maka disini team najib akan kebingungan nak pilih mana satu alasankah yang perlu dipakai samada derma pak arabkah, jho low yang masukkan kah, atau alasan keramat najib " saya tak tahu".  

Team najib kena nasihatkan najib betul-betul tak boleh pakai semua hujah ini serentak atau berganti-ganti
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:15 PM | Show all posts
die key witness die jo lok tu je.. kalau madani bawak balik jo lok tu kes selesai la. tp tu la ... kata risik malaysia hebat la power la jo lok pun tak nampak2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:21 PM | Show all posts
Katalah team najib nak maintain bahawa duit masuk dalam akaun najib adalah derma pak arab.

.. tetapi team pendakwaraya tentu tidak akan percaya 1 sen pun dengan apa kata team najib ini. Mereka ini most likely akan bina kes dengan tuduhan money laundering. Mereka perlu bina kes berdasarkan money trail, syarikat mana yang terlibat etc..

memang banyak kerja, bertahun mungkin untuk buat siasatan, tetapi mereka sepatutnya boleh minta bantuan dengan mahkamah us, singapura switzerlan atau mana-mana negara lain untuk siasatan

pada akhirnya... hujahnya ialah "derma pak arab vs money laundering"

hujah derma pak arab ini most likely tak kuat sebab akan fail untuk tunjuk paperwork, bukti pihak ketiga dsb ... tetapi pada masa yang sama tidak boleh dibuktikan salah

hujah money laundering most probably akan ada bukti yang kukuh walaupun tak sepenuhnya memandangkan bijaknya jho low menyembunyikan bukti..

akhirnya.. hujahnya ini adalah bertentangan

"hujah yang tak boleh dibuktikan benar atau salah" vs "hujah yang ada bukti hampir komplit"

yang manakah agak-agaknya hujah yang lebih kuat?

kelemahan terbesar hujah yang tak boleh dibuktikan ini ialah ianya serupa dengan pembohongan... amat-aman susah untuk menang
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:36 PM | Show all posts
Edited by plywood at 15-2-2024 12:37 PM

Mari kita tengok QnA google tentang case 1mdb..

What is the biggest corruption case in Malaysia?
The 1Malaysia Development Berhad scandal (1MDB scandal) has been described as "one of the world's greatest financial scandals" and declared by the United States Department of Justice as the "largest kleptocracy case to date" in 2016.

What is the biggest 1MDB scandal?
More than $4 billion was stolen from the 1MDB fund and spent by perpetrators on art, diamonds and property. Low allegedly used 1MDB funds to support a lavish lifestyle in the United States. The DOJ traced $100m from the PetroSaudi deal to the purchase of properties in Hollywood and $40m to apartments in New York.

Who is the guy in the 1MDB scandal?
Low Taek Jho (born 4 November 1981), often called Jho Low, is a Malaysian businessman and international fugitive, wanted by authorities in connection with the 1Malaysia Development Berhad scandal (1MDB scandal).

How much money was stolen from 1MDB?
In 2015, the company became the subject of a major international corruption scandal, with evidence pointing to money laundering, fraud, and theft. A lawsuit filed by United States Department of Justice (DOJ), alleged that at least US$3.5 billion has been stolen from Malaysia's 1MDB state-owned fund.

What was the political impact of 1MDB?
Political Fallout in Malaysia
The 1MDB scandal played a significant role in the downfall of Najib Razak's political party, the United Malays National Organisation (UMNO), which had held power in Malaysia since independence in 1957.5 Jan 2023

Which banks were involved in 1MDB scandal?
In addition to these individuals, several banks and financial institutions have also been implicated in the this. These include: Goldman Sachs, which underwrote bonds issued by 1MDB, and. Swiss banks UBS and BSI, have been accused of facilitating the transfer of misappropriated 1MDB funds.10 Jan 2023

Who owns 1MDB bonds?
July 2009. Then prime minister and finance minister Najib launches 1MDB, a “strategic development company driving new ideas and new sources of growth”. The fund is wholly owned by the government of Malaysia and Najib is chairman of its board of advisers.

What did Jho Low do with the money?
Low allegedly led the group of Malaysians who diverted the money invested in the fund into their personal accounts. While he claimed he did consulting work for 1MDB, U.S. prosecutors say he is the mastermind behind creating the shell companies that arranged withdrawals for payoffs and collected proceeds from the fund.


... banyak lagi. Alasan derma pak arab tak jumpa langsung... yang ada spt shell companies yang dibuat oleh jho low digunakan untuk pemindahan duit kesana kemari



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gagal menimbulkan keraguaan …
semoga sangkottt.... diperludahkan!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 01:22 PM | Show all posts
semakin lama semakin ketara yang najib sebenarnya dianiaya

jho low dan pembantu2 najib menjadikan akaun najib sebagai keldai akaun

duit derma pak arab dimasukkan ke akaun lain

duit SRC sengaja dimasukkan ke akaun najib untuk menampakkan najib sebagai penyonglap

najib tak pernah lantik jho low jaga akaun najib.. tapi kenapa joanna yu (pegawai ambank) ikut cakap jho low pulak ye?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 01:25 PM | Show all posts
plywood replied at 15-2-2024 12:09 PM
Team najib mungkin akan maintain duit yang masuk dalam akaun najib itu adalah derma pak arab.

Maksu ...

sudah2 la memfitnah




Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:27 PM | Show all posts
Tak payah buang masa la....photostate je kes SRC..

sama je modus operandi nye. Deny ..deny...deny!!!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.382633 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list