CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25054|Reply: 57

[Dunia] Tahniah, Presiden Prabowo Subiato

  [Copy link]
Post time 15-2-2024 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkentot at 14-2-2024 09:53 AM








INDONESIA, sebuah negara yang sedang berkembang dengan potensi ekonomi, diramalkan akan menjadi salah sebuah kuasa besar dunia dalam masa terdekat, bersaing erat dengan Amerika Syarikat, China, dan India. Dengan jumlah penduduk yang mencecah 260 juta orang dan KDNK tahunan sebanyak US$1 trilion, Indonesia memiliki kelebihan tersendiri dalam memajukan ekonominya melalui sektor-sektor seperti digital, perniagaan, keusahawanan, dan perdagangan. Indonesia telah mengambil langkah strategik melalui National Medium Term Development Republic Indonesia 2020-2024, yang memberi tumpuan kepada industri 4.0 terutama dalam sektor makanan, tekstil, automotif, barangan elektrik, dan farmaseutikal.


Keinginan Indonesia untuk menggerakkan perniagaan secara dalam talian melalui inisiatif micro, small and medium enterprise (MSMEs) Go Online menjadi petunjuk bagi mempercepat kemajuan perniagaan di dalam dan luar negara. Bekas Presiden, Joko Widodo menjangkakan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2% menjelang tahun 2024, dengan mempertimbangkan potensi ekonomi serta risiko yang wujud, dan usaha pemulihan pasca pandemik Covid-19. Kenyataan ini dikeluarkan semasa beliau menyampaikan ucapan belanjawannya yang terakhir pada Ogos 2023 kerana memberi laluan untuk pemilihan Umum Presiden Indonesia 2024 (PILPRES 2024) yang bakal berlangsung selepas beliau mentadbir negara selama dua penggal atau 10 tahun.


Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi Indonesia tetap kukuh walaupun dalam keadaan ketidakpastian ekonomi global dan pasca pandemik COVID-19. Menurut Badan Pusat Statistik Indonesia, pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga tahun 2023 mengekalkan ketahanannya sebanyak 4.94%, meskipun ia berkembang lebih perlahan berbanding suku tahun sebelumnya yang mencapai 5.17%. Ini membuktikan bahawa kemajuan ekonomi Indonesia tetap positif menjelang Pilihan Raya Umum Indonesia 2024 (PEMILU 2024) yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2024. Kejayaan ini perlu diteruskan dan berkait rapat dengan pemilihan Presiden Indonesia yang akan datang, kerana ia akan membentuk hala tuju ekonomi Indonesia dan menempatkannya sejajar dengan kuasa-kuasa besar lain seperti Amerika Syarikat dan China.


Penentu masa hadapan Indonesia


Masa hadapan yang cerah bergantung pada pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Begitu hakikat demokrasi yang kita hadapi di kebanyakan negara. Rakyat Indonesia akan memberi mandat kepada pemimpin mereka, bermula dari Presiden, Wakil Presiden, Ahli Dewan Perwakilan (Negeri, Daerah & Bandar), hingga Ahli Dewan Perwakilan Daerah (DPD), pada 14 Februari 2024. Ia bukan sahaja menjadi satu peristiwa demokrasi yang dinantikan oleh rakyat Indonesia, malah turut menarik perhatian pengamat politik antarabangsa.


Mengikut portal Bijak Memilih, kira-kira 107 juta pengundi PEMILU 2024 terdiri daripada golongan muda, menyumbang sebanyak 52% daripada jumlah pengundi keseluruhan. Tiga sesi Debat Pemilihan Presiden (PILPRES 2024) telah diadakan pada 12 Disember 2023 (Debat CAPRES), 22 Disember 2023 (Debat CAWAPRES), dan 7 Januari 2024 (Debat CAPRES). Debat-debat ini memberi tumpuan kepada isu-isu yang penting dalam
kalangan rakyat Indonesia seperti kos sara hidup, hak asasi manusia, pertahanan, korupsi, dasar luar, dan strategi pembangunan ekonomi untuk masa depan yang lebih baik.


Keterbukaan Indonesia dalam membincangkan isu-isu semasa di lapangan umum menjadi satu ciri yang patut dikagumi. Setiap calon Presiden (CAPRES) diberikan peluang untuk menonjolkan idealisme dan pendirian mereka berdasarkan kemampuan masing-masing. Dalam PEMILU 2024 ini, rakyat Indonesia akan memilih di antara calon Presiden(CAPRES) seperti Prabowo Subianto, Anies Baswedan, dan Ganjar Pranowo, yang masing-masing memiliki pengalaman sebagai Jeneral Tentera, Gabenor Jakarta, dan Gabenor Jawa Tengah. Walaupun sebelum ini mereka bekerja dalam satu pemerintahan, namun kini mereka bersaing untuk menduduki jawatan Presiden Indonesia.


Dalam politik, segala-galanya boleh berubah tanpa mengira logik. Mereka tidak bersendirian dalam kempen mereka. Calon Presiden (CAPRES) akan dibantu oleh Calon Wakil Presiden (CAWAPRES), membentuk pasangan dari pelbagai parti yang membentuk aliansi untuk menamakan calon Presiden (CAPRES) dan Calon Wakil Presiden (CAWAPRES). Sebagai contoh, Prabowo Subianto, berpasangan dengan Gibran Rakabuming, anak mantan Presiden Joko Widodo. Manakala, pasangan untuk Ganjar Pranowo adalah Mahfud MD, dan Anies Baswedan berpasangan dengan Muhaimin Iskandar, yang pernah menjadi Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi pada tahun 2019 serta Ketua Umum PKB. Keterlibatan dan pengalaman mereka dalam politik dan pentadbiran negara memberikan pilihan alternatif kepada rakyat Indonesia untuk menilai secara teliti sebelum membuat keputusan mengenai pemimpin mereka yang akan datang.


Potensi dan peluang Indonesia pasca Pemilu


Gibran Rakabuming, yang merupakan calon termuda pada usia 36 tahun dan mengetuai Surakarta sebagai Wali Kota, memberikan nilai tambah kepada pasangan ini. Aura mantan Presiden Joko Widodo, yang selalu dikaitkan dengan kejayaannya membawa Indonesia ke tahap sebagai kuasa ekonomi besar dunia, turut menjadi faktor yang perlu diambil kira. Pasangan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming dianggap mendahului dalam kempen ini menurut kebanyakan survei yang dijalankan oleh badan pemikir tempatan dan antarabangsa. Selain itu, aspirasi dan naratif pasangan ini lebih condong ke arah meneruskan polisi dan dasar kerajaan sebelum ini berbanding dengan calon yang lain, terutama pasangan Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar.


Mereka menitikberatkan isu-isu kritikal seperti peningkatan tahap kehidupan rakyat dan pemeliharaan golongan berpendapatan rendah. Anies Baswedan juga menonjolkan isu akses pendidikan dan makanan yang mencukupi dan berkualiti di seluruh Indonesia. Perbezaan Anies dengan calon yang lain adalah pendekatan intelektual yang diperlihatkan semasa berkempen dan berdebat. Beliau juga tidak memberi tumpuan kepada projek mega seperti pertukaran ibu kota dari Jakarta ke Kalimantan, kerana menurutnya, dana sedia ada harus diurus dengan baik untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat rentan. Pendekatan ini juga diterima oleh lawannya, Ganjar Pranowo, dalam debat-debat dan kempen mereka.


Bagi Ganjar Pranowo dan pasangannya, Mahfud MD, mereka melihat peluang ekonomi Indonesia yang lebih luas bergantung pada bagaimana Indonesia memanfaatkan ekonomi digital dan sektor pembuatan untuk mempercepat proses industrialisasi dan perdagangan dengan efisien. Pendekatan inklusif mereka dalam aspek ekonomi inimenunjukkan kesamaan dengan calon Presiden yang lain. Hal ini memberi gambaran bahawa peluang Indonesia untuk bersaing setara dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China dalam aspek ekonomi harus diusahakan tanpa mengira keadaan. Selain isu ekonomi, isu rasuah juga menjadi fokus bagi calon-calon Presiden dalam menyatakan aspirasi mereka untuk membanteras masalah ini di semua lapisan masyarakat, terutamanya di Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Polis, dan Kehakiman di sana.


Sebenarnya, masa depan Indonesia dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang bergantung pada pilihan rakyat Indonesia dalam PEMILU 2024 yang semakin hampir. Kita sedar bahawa calon-calon yang bertanding nampaknya mempunyai potensi dan pengalaman yang cukup luas untuk diangkat sebagai pemimpin, tetapi persoalannya sekarang adalah bagaimana strategi mereka untuk meyakinkan pengundi yang berasal
daripada pelbagai lapisan masyarakat dan aliran untuk memilih mereka sebagai pemimpin.


Pada kesimpulannya, hala tuju ekonomi Indonesia menjadi satu isu yang penting untuk dibincangkan bagi menggali potensi Indonesia pada masa depan serta memastikan pulangan ekonomi, pelaburan, aktiviti eksport & import, dan digitalisasi dapat bergerak ke hadapan dengan lebih cemerlang.


Luthfi Yusri merupakan seorang Pegawai Penyelidik di Nusantara Academy of Strategic Research (NASR)


https://malaysiagazette.com/2024/02/12/pemilu-2024-indonesia-dan-perjalanan-ke-puncak-kuasa-dunia/





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2024 04:37 AM | Show all posts
Edited by stingerkentot at 14-2-2024 09:51 AM


Laporan: https://www.aljazeera.com/news/l ... or-jokowi-successor
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:27 AM | Show all posts
ok bagus bagus.indon dah maju....jangan datang malaysia ya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:20 AM | Show all posts
Majulah Yindon..jgn dtg menyudalan lagik hokay.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo aku laa aku agak skeptical dgn gibran dgn terlalu muda,nepotism kuat.kesssaah lak bapak dia bagus mcm mana pun.anies sounds pretty good?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 10:49 AM | Show all posts
Alhamdulillah indon makin maju, yg ramai-ramai penuh kat klcc,bukit bintang, bangsar, chow kit ni ramai-ramai buat apa.. Balik ler majukan negara sendiri yg tengah maju tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2024 10:49 AM | Show all posts
It's Prabowo Subianto ya TT.

Taulah the whole article ko copy paste tak kan tulis tajuk elok2 pun tak boleh harap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 11:48 AM | Show all posts
Aku harap akan jadi realiti juga indon menjadi satu kuasa besar dunia walau pun lambert lagi tapi tak mustahil.

They have what it takes. Sumber daya manusia dan asas kenegaraan yang kukuh.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-2-2024 11:48 AM
Aku harap akan jadi realiti juga indon menjadi satu kuasa besar dunia walau pun lambert lagi tapi ta ...

Akan, bakal, terencana, bakalan........
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 12:32 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 15-2-2024 12:20 PM
Akan, bakal, terencana, bakalan........

asasnya ada apa salahnya kalau berwawasan.

Orang Malaysia pun saban hari bersesak menyeberang tambak demi sesuap SGD.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah kepada Pak Prabowo dan selamat menjalankan tugas dgn amanah dan saksama
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols kat Batam kata pada mulanya dia sokong Ganjar tapi bila Ganjar team up dengan Mega, orang alih sokongan pada Prabowo sebagai tanda terima kasih pernah berperang untuk tanah air.

Dia pakai tudung litup pun tak undi Anies sebab Anies suka kutuk calon lain katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:28 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 15-2-2024 10:49 AM
Alhamdulillah indon makin maju, yg ramai-ramai penuh kat klcc,bukit bintang, bangsar, chow kit ni ra ...

Mana indon datang Malaysia dah skrg. Diorang pilih bekerja di Taiwan, Hongkong, China sebab income lebih tinggi. Yang ada kat malaysia ni mostly yg datang 20-30 tahun lepas dan dah dapat PR kat sini. Kalau ada pun yg dekat sini cuma kerja kilang je. Buruh binaan skrg semua Bangla Nepal yang conquer


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually aku impress masa visit jakarta.
Hospitality tiptop. Takda pun mcm perangai paksa2 beli, minta sedekah semua. Hormat je orang. Berbeza betul dgn komen2 netizen kt social media. Semua tempat pun sama je termasuk la Malaysia. Ada yang ok ,ada yang tak ok..cuma yang tak ok lebih banyak menonjolkn diri.

Pastu aku terkejut gak tgk netizen us membawang usher n alicia keys peluk2 atas stage. Sedangkan aku ingat benda tu normal je utk westerners.

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 15-2-2024 10:49 AM
Alhamdulillah indon makin maju, yg ramai-ramai penuh kat klcc,bukit bintang, bangsar, chow kit ni ra ...

Based on perbualan aku dgn pakcik grab. Dia kata mmg skarang da makin kurang indonesians yg nak kerja malaysia. Yang ada kat sini tu..yg baki2 dulu je. Skang diorang target kerja negara2 yg offer gaji lagi tinggi.
Jadi skang yg nak keje malaysia, mostly dari bangladesh pulak.

Hoho..yg org malaysia pulak sibuk nk kerja Singapore. Begitulah kitaran hidup
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pagi td ke aku tgk berita
press siap dtg rumah interviu
dia pulak aman2 healing berenang feeling olimpik & jawab inteviu tepi kolam
drama betol om nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
So joko widodo tak jadi presiden la ekk ..aku tak follow sgt berita indon sangkak ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 15-2-2024 08:47 PM
So joko widodo tak jadi presiden la ekk ..aku tak follow sgt berita indon sangkak ni

Anak x ckp umur dia jd naib presiden
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya.. i kenai sorang ni.. dari indonesia
Dia kata nk gi kerja kat Arab pulok..
Hahha
Good luck la
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pun yang jadi Presiden Indonesia, yang penting bukanlah banduan jenayah seksual meliwat jubor lelaki lain dan jenayah rasuah...... Sangat memalukan bangsa dan negara saja.... Macam dah takde orang baik untuk diangkat jadi pemimpin no 1 negara.

Semundur-mundur Indonesia yg sering dihina orang Malaysia, tetap ada maruah diri daripada berpemimpinkan seorang peliwat dan perasuah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.088170 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list