Lama tak dengar cerita pelakon sensasi tanah air, Puteri Sarah Liyana yang kini sibuk menguruskan perniagaan dan kariernya sebagai pelakon.
Terbaru, pelakon cantik manis itu ada mengemas kini perkembangan saman fitnah yang dikemukakannya sebelum ini terhadap seorang pegawai pemasaran.
Sebelum ini, Puteri Sarah didakwa telah menipu dalam urusan perniagaan seperti didakwa individu tersebut sekaligus telah menjatuhkan reputasinya sebagai selebriti dan ahli perniagaan.
Bukan sahaja difitnah menipu, aktres itu juga dituduh mengambil bahan terlarang, bodoh sombong dan ‘membela’ seorang lelaki bernama ‘Andy’ serta dilabel ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap para pekerjanya.
Difahamkan, tuduhan tersebut dikeluarkan individu tersebut menerusi hantaran Instagram dan WhatsApp Stories.
Berikutan itu, Puteri Sarah menuntuk ganti rugi sebanyak RM1 juta selain perintah injuksi terhadap individu tersebut.
Sebelum ini, individu berkenaan telah ditemui media dan mendakwa dirinya telah ditipu oleh seorang pelakon wanita yang juga merupakan rakan perniagaannya.
Katanya lagi, dia sudah berusaha untuk berjumpa dengan aktres berkenaan untuk berbincang namun tidak dilayan.
Dia juga mendakwa pelakon berkenaan telah memutar belit cerita dan mengeluarkan kenyataan tidak benar di laman sosial.
Post time 15-2-2024 10:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sleepandream replied at 15-2-2024 10:14 AM
selain jadi politician, jadi lawyer pon satu kerjaya yg masyukkkkk yach
Dia bukan regular customer abedeen ke?
Ke dah give up nak layan bukak tutup kesnye?
Payment masyuk je kan, nampak mcm ps ni honor the business tak kisah berbelanja, bukan jenis mintak free seperti anak didik dia
bior ler dia saman..xkisah la ujung2 dia uturn ke tak sbb guna duit dia.
lgpun ada sesetengah org mmg kena dapat surat dr court baru kenal langit tu tinggi.