CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13519|Reply: 112

[Tempatan] Cubalah berniaga dulu, penjual makanan kongsi realiti kos bahan mentah tinggi melangit

  [Copy link]
Post time 15-2-2024 05:57 PM | Show all posts |Read mode


Cubalah buka gerai berniaga jika anggap penjual makanan mengambil untung terlalu besar. Itu antara nasihat peniaga makanan yang menegaskan realiti kos bahan mentah dan barangan yang tinggi melangit sekarang ini. Reaksi peniaga di sebuah kumpulan Facebook Bukit Sentosa & Bukit Beruntung itu susulan perkongsian satu artikel pendapat lengkap dengan kiraan untung mencecah RM150 sehari jika menjual ayam goreng berempah.
Tulisan yang dikredit atas nama Dr Khairul Faizie itu antara lain mencadangkan seekor ayam mentah dipotong 14 bahagian.
“Katakanlah harga ayam naik sekalipun, kos beli seekor ayam letaklah RM20. Potong 14. Jual seketul RM4.50. Dapat kasar RM63, untuk seekor ayam.
“Tolak: Modal ayam seekor RM20. Modal minyak masak, rempah, dan lain-lain RM10 untuk setiap seekor ayam. Jumlah RM30.
“Jadi, untung bersih jual ayam goreng berempah: RM63 – RM30 = RM33 seekor.
“Tolaklah lagi RM3 untuk kos kos lain.
“Jadi, untuk setiap seekor ayam yang dijual sebagai ayam goreng berempah, dapat untung bersih RM30.
“Tiada kos sewa kedai, air, elektrik yang tinggi sebab bukak gerai tepi jalan.
“Kalau sehari berniaga bermula jam 11.30 pagi hingga 2 petang, dapat jual lima ekor ayam, maka untung ayam goreng berempah = RM150 sehari,” jelasnya.
Walau bagaimanapun rata-rata komentar terutama daripada golongan peniaga makanan menyatakan bukan semudah dan sebanyak itu keuntungan diperoleh ketika banyak harga barangan melambung mendadak sekarang.
Peniaga nasi ayam dengan nama di Facebook, Masel Biscuitteacher memberitahu seekor ayam seberat kira-kira 2 kg paling banyak pun boleh potong lapan.
“Kecil sangat (potong) pun tak sampai hati. Jual satu set nasi ayam RM6.50. Cubalah kira jual untung rugi.
“Orang kadang makan nak sedap tapi tang harga tak berkira sangat. Pakcik (penulis artikel itu) pulak lebih-lebih. Syukur sajalah masih boleh makan ayam, ‘kan,” sindirnya.
Sementara itu, Izzy Claire menegaskan terlalu kecil saiznya jika ayam dipotong 14 bahagian serta menganggap orang yang tidak pernah berniaga sembang memang senang.
“Dengan harga barang yang tinggi melangit macam sekarang, untung hanya 30 peratus. Itu pun kadang susah nak dapat sebab majoriti penduduk B40 dan M40.
“Cubalah niaga dulu, baru anda akan tahu sendiri,” cabarnya.
Penjelasan Izzy itu juga dikuatkan lagi dengan pendapat Jalwati Jamaludin yang berkata, jika ayam itu dipotong 10 bahagian pun, saiz ayam tidak dapat harga RM20 seekor seperti dalam kiraan tersebut.
“Beli makan sendiri ayam kecil saja pun dah RM19 hingga RM20. Macam mana boleh ada idea potong 14 dengan ayam seekor RM20 sekarang ni????,” ujarnya.
Keuntungan menjual ayam goreng berempah seperti dalam kiraan itu juga tidaklah sebesar yang dijangka memandangkan segala barangan naik menggila termasuk pembungkus makanan.
“Minyak, rempah dan bawang dikira RM10 saja? Minyak goreng kalau pakai dua pek dah berapa?
“Bawang lagi, halia lagi, serai segala lagi. Tak masuk pembungkus makanan dengan plastik yang naik juga harganya tak pernah nak menurun.
“Tak masuk lagi gas. Apalah kira macam tu? Pi meniaga dululah,” tempelak Siti Nabillah.
Hal sama juga dibangkitkan oleh Halim Bede yang mengingatkan bahawa untung bersih yang dikira itu belum tolak upah pekerja dan gaji tauke lagi.
“Jika rasa semua yang berniaga tu jual terlalu mahal, itu peluang besar untuk orang yang tiada pekerjaan masuk berniaga dan jual murah. Pasti laris macam pisang goreng
“Tapi realitinya tiada siapa pun yang tiada pekerjaan boleh buat sedemikian. Itu menunjukkan harga sedia ada itu memang dah berpatutan pun.
“Tiada siapa yang mampu untuk jual lebih murah,” kata Halim lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 15-2-2024 07:50 PM

Rindu kjaan tebok atap 33bulan??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni betul.

Susah niaga makanan sekarang. Takleh huntong banyak. Lagi2 jual makanan tradisi non fast food nusantara. Buat kerja punya la renyah tapi huntong sikit jah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu komen tuu di tulis dlm english. Ada org kata kalau tak boleh nak terima content komen dia ..boleh laa cari salah kat grammar english dlm komen dia .. asalkan dapat divert objektif komen tersebut jadi laa..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes F&B ni kalo dpt balik modal and untung pun, masih tak baloi dengan keringat dgn usaha...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2024 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape sini forumers bakers yang premium? Masih untung ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saper yg buat bisnes berkait makanan ni mmg pejuang dan berjuang la...ramai org senang je ckp..apsal mahal sgt...mcm mudab je nak msk2 ni eh...kita sesekali pi beli barang dapur pun terasa kenaikan rege bhn mentah...org boleh kata eh..beras je naik rege..tp lupa plak lauk dia..ayam hatta teluq pun naik rege...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Meniaga tak nak untung sikit. Kalau boleh sehari meniaga dah boleh kaya, boleh untung sebulan. Bodoh ke? Patutlah skim cepat kaya tumbuh macam cendawan.… tu belom lagik main berbomoh katup business org. Dah ko tak mampo survive… cari la business lain. Pandai2 la ejas2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 09:01 AM | Show all posts
tripleid replied at 15-2-2024 07:43 PM
Rindu kjaan tebok atap 33bulan??

inilah jawapan yang sebetulnya..
Pengajarannya adalah, jangan dok janji harga barang tak naik (atau akan turun) dalam kempen pilihanraya, sebab susah nak berlaku di zaman ini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:08 AM | Show all posts
green~tea replied at 15-2-2024 09:30 PM
Bisnes F&B ni kalo dpt balik modal and untung pun, masih tak baloi dengan keringat dgn usaha...

yer betul...dulu2 masa i olls 5tahun mak i olls meniaga kedai makan....sangatlah laku...tp xtao apa sbb tao2 mak i olls decide xnak meniaga...sampai bawak ke besar i olls slalu pk kenapa tgh rancak2 meniaga stop & decide dok rumah jd surirumah....bila da tua ni i olls baru sedar penat sgt rupanya kalau meniaga kedai makan ni...even ada pembantu tp tetaplah penat...baru2 ni makcik iolls yg meniaga kedai makan meninggal mengejut lepas memasak...dr situ i olls sedar yg  meniaga kedai makan ni sangatlah memenatkan dan boleh effect kesihatan juga...& mak i olls alhamdulillah masih diberi kesihatan mental dan fizikal even da hampir menjangkau usia emas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2024 09:18 AM | Show all posts
maybe mana mana peniaga yg ada masalah untuk nak pasarkan product mereka boleh join kelas MMM dr jijan seman, dalam 3k mcm tu yuran dia, lepas tu nanti dia akan bagitau kalo nak ilmu lebih kena masuk kelas satu lagi pula dalam 10k mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:24 AM | Show all posts
dia pun tahu kos sume mahal
pastu nak ketuk pengguna jual mahal berganda
kalau sedap takpe lagi
ni rasa mcm hape je pastu harga mahal
kena cerca meroyan harga barang mahal la, cuba meniaga la apa la
abis tu orang beli mahal2 kau tak fikir lak
ingat melancap dalam bilik keluar duit ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:25 AM | Show all posts
Bukan peniaga makanan ajer tgh suffer... Semua tgh suffer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:37 AM | Show all posts
kita dah sampai zaman susah meniaga makanan sebab barang makanan dah mahal.

kalau dulu meniaga makanan adalah pekerjaan yang paling mudah disetup, disamping senang dapat duit(senang jg bangkrap) dan biasanya jadi tumpuan pekerjaan kepada sesiapa pun spt yg nak cash cepat, yg tak ada kemahiran sgt atau orang yg baru hilang kerja, mcm-mcm lagilah.. suatu pekerjaan yg boleh dilakukan oleh ramai orang  

pacak jer gerai mana-mana dan boleh mula meniaga. jual burger ke, jual karipap.. asal ada modal, boleh berfikir ianya bisnes boleh dah mula..

masa tu harga bahan makanan seimbang dan stabil dengan pendapatan penduduk, jadi masalah spt makanan mahal tu tak ketara sangat... makanan mewah tu memang tetap mahal, mana-mana zaman pun mcm tu jd tak termasuk dlm makanan gerai tepi jalan

...tetapi sekarang ni rungutan spt ini memang nyata sebab kita nak beli barang untuk masak sendiri pun terasa harga barang dah naik.. kita ke arah negara maju dimana harga makanan akan jadi mahal semua, bajet makanan akan jadi bahagian yg besar dari portion gaji atau pendapatan marhaein

yay negara maju!



Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:37 AM | Show all posts
always_typo replied at 16-2-2024 09:01 AM
inilah jawapan yang sebetulnya..
Pengajarannya adalah, jangan dok janji harga barang tak naik (at ...

tak susah sebenarnya.....yg penting nak ngan tak nak je...mcm mane nak banyakkan duit tabung negara balik?....tax naik....buat jalan utk senangkan rakyat....tol harga kayangan...buat stall untuk peniaga kat kawasan tak de pelanggan...pastu gobok buruk tu pun kena bayar sewa...sempit...nak masak tak muat....nak susun makanan pun tak muat...tmpt pembuangan sampah tak de...nak bentang meja kecik pun tak muat........saman 210 juta bgi discount sampai tinggal 50 juta je...bukan kaleng2 discount.....pencen yg gaji kecik dihapuskan....pencen menteri2 yg diaktakan? tak tukar akta ke?....

so ko rasa....boleh ke tak boleh.....atau nak atau tak nak....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols niaga kek dari bajet hingga premium
Hari2 Ada order..elok je iols tengok Hari Hari barang order penuh 1 meja...
Tapi itu lah..kosnya boleh Tahan..
Sebab Guna butter dan bahan2 bakery lain...
So dia terpaksa amek je order semua jenis so boleh la balik modal dan untung....hoho...
Taman iols neh suka Makan kek2 n krimpuff...
2 3 orang Bakers dalam status wasap dok up benda.ni je n sold out gitchuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
aina_shaira replied at 15-2-2024 09:35 PM
Sape sini forumers bakers yang premium? Masih untung ke

Kalo ada pun aiols taknak rekemen

Berani ko amek nnti dia menjoyah pasal chuolz dekat forumers lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 16-2-2024 09:46 AM
Kawan iols niaga kek dari bajet hingga premium
Hari2 Ada order..elok je iols tengok Hari Hari barang ...

Haa.. ai pun dah ada bakers dekat taman weols ni sedap gila kek dia dan buleh customized kek/biskut ikut bahan kita nak.. sanggup je i bayar lebih asal kena tekak i..  even butter cake dgn lemon syrup tu pun any bakery takleh lawan, even kenny hills pun jadi tak sedap kalo compare kek dia... chef kecik semenyihhhh tu pun takleh lawan kek butter dia buat...

Kalo customize kek i nak dia pakai butter golden churn sahaja...

Biskut choc chip cookies i buat sendiri sbb anak & nephews suka biskut panas2 and chewy.. mmg acara wajib laa bersama dgn diorg buat cookies ni... wajib pakai butter french and beryls chips.... brand lain budak2 tak suka rasa choc tu tak kena tekak depa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:09 AM | Show all posts
green~tea replied at 16-2-2024 10:00 AM
Kalo ada pun aiols taknak rekemen   

Berani ko amek nnti dia menjoyah pasal chuolz dekat fo ...

forumers bakers tu kaki membawang ke

iols suka makan yang premium, terliurnya sekarang ni masa menaip
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:13 AM | Show all posts
The worst lagi ttg harga bahan mentah seperti Tuna dlm tin Ayam brand dgn harga dlm RM 7.80 bersaiz kecik dan itu lepaslah u buat sandwic boleh makan utk 4-5 org shj. Bukan u beli utk jual tapi makan sendiri. Itu pun dah rasa keluh kesah yg teramat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.703933 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list