CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 17814|Reply: 73

'Pulangkan hak sebelum saya tutup mata'

  [Copy link]
Post time 16-2-2024 09:03 AM | Show all posts |Read mode
'Pulangkan hak sebelum saya tutup mata'

https://www.bharian.com.my/hibur ... lum-saya-tutup-mata

Oleh Farihad Shalla Mahmud - Februari 16, 2024 @ 8:30am
farihad@bh.com.my


Sarimah akhirnya bersuara demi menuntut keadilan demi empat filem hasil titik peluhnya dan arwah suami dicuri seorang individu terkenal. - NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Lebih tiga dekad menjeruk rasa, bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad, 82, akhirnya membuka mulut mengenai insiden yang membuatkan hatinya remuk hingga mengalirkan air mata.

Meskipun agak berat berkongsi kejadian lalu, namun mengenangkan ia berkaitan dengan hasil titik peluh dirinya dan arwah suami, Allahyarham Yusof Majid, seniwati terkenal itu akhirnya terpaksa bersuara demi menuntut keadilan.

Bintang filem Studio Jalan Ampas, Singapura itu mendakwa, empat pita asal filem terbitan syarikat produksinya, Sarimah Film Productions dicuri oleh seorang individu terkenal.

"Dia bersama seorang lagi rakannya ambil semua empat filem yang saya terbitkan.

"Filem itu adalah Detik 12 Malam, Jejak Bertapak, Dia Ibuku dan Kabus Tengahari.

"Mereka berjumpa saya ketika Allahyarham Yusof Majid baru sahaja meninggal dunia.

"Saya tidak tahu apakah perjanjian asal antara arwah dan individu berkenaan kerana tidak dimaklumkan.

"Individu berkenaan minta saya menandatangani satu dokumen. Dia ambil kesempatan ketika fikiran saya sedang bercelaru," katanya kepada BH Online.


Sarimah berharap individu berkenaan dapat menunaikan janji untuk memulangkan semula hasil karyanya. - NSTP/Aziah Azmee

Sebagai pemilik mutlak filem tersebut, bintang filem yang mula diperkenalkan menerusi watak Marjina dalam filem Ali Baba Bujang Lapok itu berharap, individu berkenaan dapat menunaikan janji untuk memulangkan semula hasil karyanya.

"Insiden ini berlaku sejak 36 tahun lalu dan rasanya dalam tempoh itu, sudah banyak kali filem ini ditayangkan di kaca televisyen (TV).

"Kalau ikutkan dengan hasil royalti yang diperoleh, pasti hutang yang didakwa sudah dilunaskan.

"Pernah sampai satu tahap, saya tak nak tengok filem ini setiap kali ditayangkan sebab saya sedih.

"Dia berjanji mahu pulangkan semula filem. Jadi, mana janji-janjinya itu," ujarnya dalam nada sebak.

Sehubungan itu, bintang jolokan Primadona Filem Melayu itu turut berharap Kementerian Komunikasi dapat membantu untuk mendapatkan semula filemnya itu.

"Semua filem ini itu sangat bermakna buat saya kerana ia adalah hasil titik peluh saya sepanjang menjadi anak seni.

"Besar harapan agar Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dapat bantu mendapatkan semula hak saya sebelum saya tutup mata," ungkapnya.

Biarpun terpaksa berdepan kemelut yang terjadi, namun, wanita kelahiran Sungai Rusa, Pekan, Pahang itu tidak menyesal bergelar anak seni.

"Saya tak pernah menyesal dengan apa yang berlaku. Industri seni tidak pernah salah, tetapi orang dalam industri sendiri yang mengotorkannya," katanya ketika ditemui pada program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya di Subang Jaya, Selangor, semalam.

Pada majlis itu, Ahmad Farhan meluangkan masa selama setengah jam bertanya khabar dan beramah mesra dengan aktres itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 09:32 AM | Show all posts
The legendary Sarimah masih cantik untuk wanita yang dah berusia 82 tahun.....!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:42 AM | Show all posts
Bintang filem Studio Jalan Ampas, Singapura itu mendakwa, empat pita asal filem terbitan syarikat produksinya, Sarimah Film Productions dicuri oleh seorang individu terkenal.

Siapakah individu terkenal itu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
umur 80an pun masih cantik dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak muda walaupun umo dah 80an.

Jahatnya sapakah orang tu.. dah tua pun x insaf lagi ke? Aku suka 4 filem tu. Jarang keluar TV.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dah 36 thn berlalu

siapa je org tu...
tenteram ke tak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2024 09:53 AM | Show all posts
cantik tak mcm 82 tahun. nampak macam 60-an saja
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 09:59 AM | Show all posts
uish..80 tahun dah ye...masih lawa dan tak mcm usia 80 tahun.. filem Dia Ibuku best sangat2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat Zaman dolu Ada Nama tudung sarimah..
Mak iols beriya gi beli...
Hahaha...nak fefeling sarimah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:31 AM | Show all posts
Memang x macam umur 82, kalau gmbr ni gmbr terbaru. Nenek i'olls skrng ni umur di usia 80-an, kulit smua dah kendur n badan membongkok which is kebanyakan org yg seusia dia lah. Tpi mungkin x sama lah dgn Sarimah ni dlu nenek kerja kampung dan berat, x da la penjagaan kulit2 dalaman ni haha.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih anggun & jelita. Semuga siapa yg khianat nie dapat bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:35 AM | Show all posts
tengok berita mlm tadi dia pun baru baik dari kanser usus
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:38 AM | Show all posts
main signed je kertas tanpa baca apa2. what do u think?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik natural..tak mcm retis2 skrg mostly muka cucuk cucuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sgt cantik utk yg dah masuk 80an..mak mertua iols baru 77 dah kendur kulit muka tgn kedut2 maybe sbb terlalu kurus..tapi masih sihat alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 11:08 AM | Show all posts
cantik betul dia walau dah 80 tahun..
moga dia dapat balik hak dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 11:12 AM | Show all posts
cantiknya dia di usia 80an ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 11:30 AM | Show all posts
rasanya sign dokumen tu mesti dah release to orang itu.
klu janji kosong nak pulangkan, mmg takkan dpt la..
dan dia ckp psl hutang, so orang tu amek 4 filem tu sebagai bayaran sbb arwah suami tu berhutang ke maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu cantik beliau ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lawa..
i tgk makcik pakcik kt ofis i umo 50 an je tp mengalahkn org 70an..pelik
btw siapa ye yg terkenal tu..
masa pkp menantu she meninggal kn..sedih tgk..time covid teruk..katanya menantu she tu baikk...nngis i tgk bideo kt tt cucu dia post
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.096119 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list