CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11546|Reply: 0

[Kelantan] Bomba sukar padam kebakaran kereta muatan petrol berlebihan

[Copy link]
Post time 16-2-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Bomba sukar padam kebakaran kereta muatan petrol berlebihan


Syaherah Mustafa
am@hmetro.com.my



Kereta jenis Proton Persona terbakar 90 peratus selepas disyaki terbabas selain membawa muatan petrol dalam kejadian di Jalan Tanah Merah-Jeli, di sini, jam 11.36 tengah hari tadi. FOTO IHSAN Bomba




Tanah Merah: Bomba berhadapan kesukaran memadam kebakaran sebuah Proton Persona, dipercayai kerana kereta itu yang membawa muatan petrol berlebihan.

Dalam kejadian 11.36 pagi tadi, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kemahang dikerah ke Jalan Tanah Merah-Jeli di sini, selepas menerima maklumat kebakaran itu.

Ketua BBP Kemahang, Disagar Mani Mustafa berkata, kenderaan dipercayai terbabas dan terbakar 90 peratus.

"Enam pegawai dan anggota memadamkan kebakaran dan kita turut mendapat bantuan bekalan air daripada BBP Tanah Merah.

"Kebakaran agak sukar untuk dipadamkan dan mengambil masa selepas terdapat muatan petrol di dalam kenderaan terbabit.

"Anggota juga terpaksa menggunakan pemadam buih untuk menghalang api daripada terus marak selain pam dua aliran daripada tangki jentera, dengan api padam sepenuhnya pada 12.40 tengah hari," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan forensik bomba hadir menyiasat punca sebenar kebakaran, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Disagar berkata, pemandu kenderaan gagal ditemui, manakala pihaknya mendapati terdapat tong berisi petrol dimuatkan bukan hanya di bahagian tempat duduk, bahkan but kereta.

"Orang awam dinasihatkan agar tidak membawa bahan mudah terbakar di dalam kenderaan bagi mengelak insiden tidak diingini, yang boleh meragut nyawa," katanya.



Disiarkan pada: Februari 16, 2024 @ 4:47pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.846990 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list