CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16677|Reply: 60

“Siap! Terima Kasih Yang Membeli Barangan Saya. Sudah Cukup RM75,000,” - Ali Puteh

  [Copy link]
Post time 16-2-2024 05:35 PM | Show all posts |Read mode







“SUDAH cukup RM75,000!”


ITU luahan gembira pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah.


Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berterima kasih kepada pembeli kereta, motosikal serta semua pembali sambal yang diusahakan bersama isterinya, Melati Fitri Abdullah.


“Siap! Terima kasih atas doa, terima kasih semua rakyat Malaysia. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.


“Terima kasih yang membeli barangan saya. Sudah cukup RM75,000,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.


Hasil jualan berkenaan akan digunakan untuk melangsaikan tuntutan saman yang dibuat balu kepada abangnya
Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Hamzah.








Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat yang turut berkongsi rasa syukur dengan usaha yang dilakukannya.


“Insya-Allah saya sokong bisnes Ali. Nak bayar jangan tunggu senang. Bayar sikit-sikit,” tulis seorang netizen.


“Bayarlah dan selesailah semua masalah. Semoga dimurahkan rezeki Ali sekeluarga,” kata pemilik akaun laman sosial lain.


“Kami tunggu Ali serahkan duit pada sebelah sana tu,” komen seorang pengikutnya.


Sebelum ini bapa kepada seorang anak itu menjual sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya bagi mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.


Dia juga dilihat turut menjual barangan kesayangan lain, termasuk sebuah motosikal RXZ.


Lebih menarik perhatian netizen apabila Ali juga sanggup melepaskan trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah disertai sebelum ini, Maharaja Lawak Mega.


Sebelum ini kakak iparnya itu mendedahkan Ali masih belum menjelaskan hutang kepadanya sebanyak RM75,000.


Jumlah tersebut membabitkan ganti rugi yang ditetapkan mahkamah selepas pelawak terbabit kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan Hidayah pada Mei 2020.


Konflik antara Ali da Hidayah tercetus selepas kematian Abam pada Februari 2020 kononnya melibatkan pembahagian harta peninggalan pelawak itu.




Sumber  – HIBGLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kau campak duit tu kat dayah pulak sambil maki hamun dia. Bagi elok2, jernihkan hubungan kekeluargaan. Kot mana2 pun hamzah tu tetap anak buah kau. Jangan sebab kau tak suka dayah kau benci hamzah pulak. Ingat tu, ali.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 05:52 PM | Show all posts
Binodino replied at 16-2-2024 05:47 PM
Jangan kau campak duit tu kat dayah pulak sambil maki hamun dia. Bagi elok2, jernihkan hubungan keke ...

bukan duit tuh kena serah kt loyar dulu ka camna??

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Litam ni mana penah iklas. Dlm nak bagi2 tu pun mulot pongpang2 kuor mcm2 kata nista. Jijik laki bini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn lupa buat live ye
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kau buat benda senyap2 tak boleh ke wei
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 16-2-2024 05:47 PM
Jangan kau campak duit tu kat dayah pulak sambil maki hamun dia. Bagi elok2, jernihkan hubungan keke ...

Teringat org yg hutang aku... dia buat2 lupa.. last2 aku bersuara mintak... lps tu..dia g mesin atm..ambik duit..campak kat aku...

Lorrrr????? Patut ada rasa malu la.. sbb hutang dh lama..x byr.. dia ingat main lebih kurang..burn2 je kot... vavi betol.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayah.. klu dia nak jumpa hang utk by hand duit tu... hang jgn layan.. sbb dia nak buat content tu... silap2 sambil hulur sambil jatuhkan air muka kau.. baik kau lantik org tgh utk terima duit tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu berapa tahun dulu dia kata dah start bayar ke dah habis bayar

Lama lama baru dayan kata takde sesen pun bayar

Ni kali netizen taknak ditipu hidup hidup lagi tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia byr transfer, cash yg berkepuk atau syiling berkarung?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku xrasa si ali ni akan diam lepas ni. Cakap pun xde bunyi insaf lansung. Masih rasa dia mangsa, pusing sana pusing sini.
Tadi lalu kat tiktok dia cari sorang pompuan spore sbb mengata bini dia nangis masa jual kete tu. Ganjaran rm500
Kau miskin susah pun tetap ego nak bazir duit ke benda bukan2
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 16-2-2024 06:35 PM
Aku xrasa si ali ni akan diam lepas ni. Cakap pun xde bunyi insaf lansung. Masih rasa dia mangsa, pu ...

Hahaha harap ramai2 buat fake acc mengata dia n bini indon dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 06:57 PM | Show all posts
Tengok muka keruh dia tu memg xkan berenti kacau dayah. Belum ada duit ritu pun berangan nk campak duit depan dayah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dah cukup kan..jumpa loyer dayah gi bayar jgn lupa buat live sambil buat muka toya mcm dayah lak hutang dia..jgn berkompang sgt kang dah settle masih berkompang siang mlm meratib yg bukan2..bukan boleh caya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
amat simpati dgn nasib ali putih. sudah jatuh ditimpa tanggq
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi takde apa2 dripada lawyer dayah yg kata kau dah bayar,sikit aku tak percaya. Dlu pun kau kata dah bayar sikit2 tpi dayah kta sesen pun tak bayar. Dlu kau kata dah bincang dgn lawyer nak bayar ansur2,tp lawyer kau sendiri tak tau apa2. Sb Dayah takmau kau bayar ansur2. Dia tau sgt dah perangai propahh kau. So nak bayar sila melalui lawyer eh.. setakat gebang dah cukup tak guna jugak. Tu pun nak membazir rm500 cari pompuan yg kutuk bini kau nangis. Usik bini kau tak leh,kau hina isteri arwah abang kau boleh pulak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2024 07:43 PM | Show all posts
Bagus lah ada usaha nak byr saman walau byk bunyinya...lepas ni jgn berbunyi lagi..kang dpt saman lain takkan nak jual rumah pulak kan


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayaran saman ni ada tempoh bayar ke? Kalau x bayar dalam tempoh kena sita harta ke? Sebab tu ke dia meroyan? Ada sapa2 boleh explain x
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
i feel u wei..
cuma aku x dibayo lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
i tgh bertelekung ni..
tp i nk ckp jgk..nape mcm roghinyuck
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.072383 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list