View: 28521|Reply: 10
|
[Dunia]
Pekerja korek hidung sebelum uli doh piza
[Copy link]
|
|
Pekerja korek hidung sebelum uli doh piza
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... belum-uli-doh-piza/
Oleh KOSMO!
17 Februari 2024, 6:04 pm
SEORANG pekerja mengorek hidung sebelum menguli doh piza di sebuah restoran di Jepun, baru-baru ini. - Foto CEN
TOKYO – Sebuah rakaman video menunjukkan seorang pekerja yang memakai sarung tangan, mengorek hidung sebelum dia menguli doh piza di sebuah restoran piza popular, lapor akhbar The Sun semalam.
Restoran piza di wilayah Hyogo itu segera menutup operasinya dan memohon maaf kepada pelanggan kerana perbuatan tidak sopan pekerja tersebut.
Klip video itu turut mengakibatkan ibu pejabat rangkaian restoran piza popular itu meminta maaf dan berjanji perbuatan sedemikian tidak akan berulang.
Suara ketawa seorang individu boleh didengari ketika dia melakukan rakaman video tersebut, baru-baru ini.
Permintaan maaf dibuat oleh rangkaian restoran piza tersebut di platform X hanya beberapa jam selepas video itu tular di media sosial.
Syarikat itu menjelaskan bahawa individu yang melakukan perbuatan itu ialah pekerja sambilan dan tindakan diambil terhadap dirinya. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 17-2-2024 08:35 PM
Yang korek itu kundi, yang merah itu proton Saga
Jangan lupa cuci tangan selepas melombong bijih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by miss_white at 17-2-2024 06:10 PM
Hari tu Pekerja kedai roti canai
mkn kt tempat dia bungkus roti canai tu
Dah lah Makan guna tangan masuk mulut
Tangan tak cuci terus sambung kerje
Terus aku cancel xjd beli geli
Aku dh komplen suruh tegur pekerja dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Korang apa tahu. Itu perisa tambahan. |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia ummah jepun pun pandai jugak guna pelaris |
|
|
|
|
|
|
| |
|