CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7780|Reply: 0

[Kelantan] Bunyi letupan kuat sebelum api marak

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:29 AM | Show all posts |Read mode

ZULFIKAR menunjukkan keadaan kedai makan yang disewanya musnah terbakar di bandar Machang . FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Machang: "Mujurlah kebakaran berlaku ketika tiada pelanggan dan kedai belum dibuka," kata peniaga Zulfikar Mokhtar, 46, yang kerugian lebih RM50,000 selepas dua lot kedai makan yang disewanya di bandar ini terbakar, semalam.

Menurutnya, kebakaran kira-kira 1 tengah hari itu disedarinya selepas mendengar bunyi letupan kuat ketika sedang melakukan persediaan untuk membuka kedai.

Katanya, sebelum itu dia menjerang air dan meninggalkannya seketika kerana berjumpa orang untuk urusan pemasangan internet di premis itu.

"Selang lima minit, saya mendengar letupan sangat kuat dan bergegas ke dapur, Terkejut saya apabila melihat api sudah marak.

"Dalam keadaan begitu, saya cuba mengambil dokumen penting hingga rambut dan bulu kening kanan terkena api.

"Selepas itu, saya segera keluar bagi menyelamatkan diri. Tiada apa yang dapat diselamatkan dan semua perkakasan dapur kedai musnah," katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Menurutnya, jarak kedai dengan rumahnya hanya 500 meter yang menyebabkan isterinya, Rohana Abd Wahab, 43, turut terkejut dengan bunyi letupan itu.

"Dalam kekalutan itu, ada individu yang menghubungi balai bomba terdekat. Nasib baik tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku," katanya yang memberitahu kedai makan itu beroperasi pada 3 oetang.

Zulfikar berkata, dia sudah berniaga di situ sejak 12 tahun lalu dan ia adalah sumber pendapatan utamanya dan isteri dalam menyara keluarga mereka.

Menurutnya, mereka kini buntu memikirkan bagaimana untuk memulakan semula perniagaan, namun reda dengan apa yang berlaku.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-sebelum-api-marak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.167898 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list