CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10756|Reply: 19

Anuar Zain hadiahkan peminat 1,000 patung beruang

  [Copy link]
Post time 18-2-2024 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Anuar Zain hadiahkan peminat 1,000 patung beruang

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... 000-patung-beruang/

Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
18 Februari 2024, 12:21 pm



PETALING JAYA – Penyanyi Anuar Zain tidak lokek untuk mengagihkan lebih 1,000 buah anak patung beruang kepada peminat yang datang ke konsert AZ40 Exclusive Up Close & Personal yang diadakan di Jio Space, di sini, semalam.

Anuar atau nama lengkapnya Shahrul Anuar Zain, 53, seusai konsertnya semalam memberitahu, tujuannya memberikan anak patung beruang itu kepada peminat adalah sebagai tanda kenang-kenangan dan simbolik kasih sayang buat mereka.

“Idea untuk memberikan anak patung beruang ini datang daripada pengurusan Anuar Zain Network sendiri. Demi peminat, kami mengeluarkan belanja lebih dengan memberikan hadiah anak patung beruang.

“Terdapat tiga saiz anak patung beruang yang diberikan iaitu kecil iaitu sebanyak 800 unit, sederhana (250) dan dua buah anak patung beruang bersaiz besar untuk diberikan kepada peminat serta pasukan produksi yang menjayakan konsert saya,” katanya.

Kata penyanyi yang juga bekas pramugara itu, dia menyifatkan anak patung beruang juga disifatkan sebagai tanda kasih sayang kerana sifatnya yang lembut dan selesa bila dipegang.

“Anak patung beruang ini membawa simbolik kepada kasih sayang. Sifatnya yang lembut boleh menenangkan apabila dipegang atau dipeluk.

“Saya sendiri amat menyukai anak patung beruang,” katanya.

Dalam pada itu, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut melahirkan rasa bersyukur dan terharu terhadap peminat yang tidak pernah jemu memberikan sokongan terhadap konsert yang dia anjurkan.

Walaupun konsert AZ40 Exclusive Up Close & Personal yang diadakan kali ini cuma berskala kecil, namun bagi Anuar, dia menyifatkan konsert tersebut lebih bermakna kerana terasa dekat dengan peminatnya.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang datang memberikan sokongan kepada saya. Penganjuran konsert tidak kira sama ada berskala besar (di stadium) atau kecil, masing-masing ada kelebihannya tersendiri.

“Konsert seperti ini (bawah 1,000 penonton), saya lebih dekat dengan peminat dan rasa kerja keras saya selama ini lebih dihargai.

“Bila saya anjurkan konsert berskala kecil seperti ini, saya boleh nampak lebih jelas lagi kasih sayang peminat dan boleh mendekati mereka untuk bergambar,” ujarnya.

Ketika konsert AZ40 Exclusive Up Close & Personal semalam, Anuar menghiburkan kira-kira 1,000 orang peminatnya dengan deretan 20 buah lagu popularnya seperti Sedetik Lebih, Sesucinya Cintamu, Lelaki Ini dan Andainya Takdir.

Selain itu, Anuar turut menerima kejutan berupa sebuah kek bersaiz gergasi daripada produksi bersempena sambutan hari lahirnya yang jatuh pada 15 Februari lalu.

Selain peminat Malaysia, penghibur itu turut menerima kedatangan peminat daripada luar seperti Singapura dan juga Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata ustaz azhar idrus?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa.. Terlepas lg konsert bang nuar
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi patung beruang buat apa. Bagi duit ke berbaloi la jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal aku xtau ada konsert AZ???

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
53 umor bang nuar? Tua dah ek. Ms 40s nampak muda lg. Stamina mcm mana plak? Iols tak pernah gi konsert dia. Malas ai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2024 09:24 AM | Show all posts
Apasal taktau pun AZ buat concert? Melepas meols
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyyyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
lilacomot replied at 18-2-2024 07:35 PM
Alaaa.. Terlepas lg konsert bang nuar

Showcase nok ..special showcase kat jiospace p.j .
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
marchikobonzo replied at 19-2-2024 09:24 AM
Apasal taktau pun AZ buat concert? Melepas meols

Best dapat ank patung beruang kecik je tp best..hehe full house..showcase ni dia jalan-jalan kat bawah selfie2 sambil nyanyi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 09:48 AM | Show all posts
best jgk pg konsert dpt goodies teddybear...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 09:54 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 19-2-2024 09:34 AM
Showcase nok ..special showcase kat jiospace p.j .

untung la uols dpt pegi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 09:57 AM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 19-2-2024 01:37 AM
Best dapat ank patung beruang kecik je tp best..hehe full house..showcase ni dia jalan-jalan kat b ...

Dia ni memang best..i pernah sekali je dapat tengok konsert dia kat istana budaya dulu..macam telan kaset la..interaction ngan audience pun tip top..payah betul nak dapat tiket dia, asyik sold out, or i tak tau pun dia buat show case macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
marchikobonzo replied at 19-2-2024 09:57 AM
Dia ni memang best..i pernah sekali je dapat tengok konsert dia kat istana budaya dulu..macam tela ...

Kitaorg dapat invitation last minit tu pun media kena select .. naseb2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
lilacomot replied at 19-2-2024 09:54 AM
untung la uols dpt pegi...

Showcase ni dia buat sinambungan konsert dia aritu kat stadium Melawati pada yg x boleh move on ..dia nyanyi 11 lagu je...tu pun banyak lagu yg kita x familiar sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 19-2-2024 09:48 AM
best jgk pg konsert dpt goodies teddybear...

Aritu masa konsert stadium Melawati pun dia bagi goodies kat media jgak...perfurme n mcm2 ag
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 18-2-2024 07:40 PM
53 umor bang nuar? Tua dah ek. Ms 40s nampak muda lg. Stamina mcm mana plak? Iols tak pernah gi kons ...

Okey je sedap je dia nyanyi cuma dia dh x muda n nyummy mcm dlu la
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 04:07 PM | Show all posts
x buat research ke tarikh lahir dan umur

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 04:20 PM | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 19-2-2024 06:49 AM
Kitaorg dapat invitation last minit tu pun media kena select .. naseb2 jah

Untunglaaaaaa..tapi sakit mata betul tengok shading dia..teruk nau nampak
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi dildo lagi berpekdah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.409243 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list