CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10652|Reply: 6

[Tempatan] Nak sado, dapat 'payudara'

[Copy link]
Post time 18-2-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Nak sado, dapat 'payudara'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... sado-dapat-payudara

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Februari 18, 2024 @ 12:15pm


MOHD Shahrul Afidzi Hadarawi menjalani pembedahan bagi mengeluarkan tisu payudara berlebihan.

Akibat gynecomastia, lelaki menyebabkan yang mengalaminya hilang keyakinan diri walaupun segelintirnya berbadan 'sado'. Mana tidaknya, masalah gangguan hormon itu menyebabkan lelaki kelihatan seperti ada payudara.

Meskipun boleh dirawat menerusi pembedahan, ada yang memilih untuk membiarkan masalah itu berlarutan kerana malu berjumpa doktor.

Ikuti perkongsian Mohd Shahirul Afidzi Hadarawi dan Syahir mengenai pengalaman mereka yang menanggung derita itu.

Tangkak: Keinginan mendapatkan bentuk badan berotot dengan cepat mendorong pemilik pusat gimnasium, Mohd Shahirul Afidzi Hadarawi mengambil steroid tujuh tahun lalu.

Akibatnya, Mohd Shahirul, 31, mengalami gynecomastia iaitu gangguan hormon pada tubuh lelaki sehingga dada menonjol dan kelihatan seperti payudara wanita.

Masalah itu menyebabkan guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah itu tidak selesa dengan penampilan diri dan memaksanya menjalankan pembedahan membuang tisu berlebihan di dadanya yang menelan belanja RM12,000.

Menceritakan pengalaman, Mohd Shahrul Afidzi berkata, pada awalnya dia membenci mereka yang mengambil stereoid untuk membina otot kerana menganggap golongan itu menipu bagi mendapatkan bentuk badan cantik.

"Jadi untuk tiga tahun pertama, saya bina otot badan secara semula jadi iaitu dengan menjalani latihan kecergasan dan menjaga pemakanan. Lama-kelamaan, saya sedar saya tidak terkejar dan ketinggalan terutama apabila melihat orang lain menyertai pertandingan bina badan.

"Itu membuatkan saya terdetik mencuba dan pada awalnya rakan tak tahu namun apabila badan semakin sasa mereka tegur perubahan yang pelik tapi saya tak mengaku," katanya.

Selain perubahan bentuk badan, Mohd Shahirul Afidzi mengakui pengambilan steroid membantu meningkatkan tenaga untuk bersenam pada peringkat awal.

"Saya ambil steroid pada akhir 2017 namun pada awal tahun berikutnya nampak simptom gynecomastia.

"Satu hari, iaitu ketika nak tidur malam, saya rasa ngilu pada puting dan pelik kerana terjadi secara tiba- tiba. Ingatkan biasa saja, namun rasa tak selesa selepas nampak bentuk puting berubah, lantas saya terus ke hospital.

"Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mengalami gynecomastia dan mengesyorkan menjalani pembedahan mengeluarkan tisu berlebihan dalam payudara," katanya.

Menyedari kebaikan jangka masa panjang, Mohd Shahirul Afidzi akur menjalani pembedahan itu walaupun perlu berehat lama daripada menjalani rutin latihan kecergasan.

"Pembedahan berjalan lancar namun dua minggu juga ambil masa untuk pulih. Dalam tempoh itu, saya dinasihatkan berehat jadi sebulan tak dapat jalani latihan kecergasan di gimnasium.

"Tapi apa boleh buat, saya ikut saja nasihat doktor kerana nak sembuh dan tak nak penyakit melarat," katanya.

Gynecomastia juga boleh jadi petanda barah!

Kuala Lumpur: Lelaki yang mengalami obesiti dan ketidakseimbangan hormon serta mengambil steroid atau ubat tertentu mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit gynecomastia.

Pakar dan Pensyarah Unit Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Mohd Radzniwan A Rashid berkata, gynecomastia lazim berlaku kepada remaja lelaki semasa atau selepas akil baligh dan kajian luar negara mendapati lebih 50 peratus golongan itu mengalaminya.

Menurutnya, gynecomastia tidak membahayakan dan lazimnya masalah itu dipandang remeh walaupun ada kajian menunjukkan masalah itu antara faktor menyumbang kepada barah payudara dalam kalangan lelaki.

"Ada beberapa golongan boleh mengalami gynecomastia, antaranya obesiti kerana tisu berlebihan boleh berkumpul di payudara.

"Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami ketidakseimbangan hormon testosteron dan estrogen (hormon wanita).

"Lelaki aktif dalam bidang kecergasan yang mengambil steroid sebagai jalan pintas mendapatkan bentuk badan cantik dan pengambilan ubat atau produk over-the-counter (OTC) di luar kawalan berisiko kerana kemungkinan ada estrogen atau bahan penyebab gynecomastia di dalamnya," katanya.

Dr Mohd Radzniwan berkata, salah satu simptom gynecomastia adalah pada bentuk puting yang kelihatan lebih menonjol.

Menurut Dr Mohd Radzniwan, simptom itu lebih ketara bagi mereka yang mengambil steroid.

"Tak semua pesakit sedar simptom itu kerana mungkin ada yang menganggapnya normal. Tapi biasanya, orang terdekat nampak perubahan itu.

"Masalah itu perlu dirujuk dengan segera bagi membolehkan doktor atau pakar melakukan pemeriksaan saringan bagi mengetahui sama ada ia berpunca daripada gynecomastia atau penyakit lain.

"Penyakit ditakuti adalah barah yang mengeluarkan hormon estrogen. Jadi jangan biar kerana dikhuatiri simptom itu petanda barah payudara," katanya.

Katanya, doktor mengesyorkan pesakit melakukan pembedahan membuang tisu berlebihan pada payudara atau memberi ubat menstabilkan hormon mengikut keperluan.

"Apa-apa pun, pengesanan awal sangat penting dan pesakit perlu tampil kerana ada kemungkinan menghidap penyakit lain, gynecomastia juga boleh membuatkan lelaki mengalaminya hilang keyakinan diri," katanya.


SYAHIR

Pendam derita sendiri, gigih tekan tubi 200 kali sehari

Kuantan: "Memang malu sampai satu tahap, saya pakai baju besar kerana pernah orang tegur saya ada payudara," kata ketua cef hanya ingin dikenali sebagai Syahir, 36, yang mengalami gynecomastia iaitu gangguan hormon pada tubuh lelaki sehingga dada menonjol dan kelihatan seolah-olah payudara wanita.

Menurut Syahir, gynecomastia menyerangnya ketika usia remaja hanya diketahui selepas menjalani pemeriksaan di hospital.

Syahir mengakui terkejut kerana hanya dia seorang yang ada masalah itu dalam keluarga.

"Saya tak tahu pun yang diri saya ada gynecomastia sehingga satu hari apabila dimasukkan ke hospital kerana sakit skoliosis (tulang belakang melengkung) tapi hasil pemeriksaan, doktor dapati saya ada gynecomastia.

"Menurut doktor, punca masalah itu kerana saya obesiti dan mengambil hormon testosteron jadi doktor sarankan saya bersenam serta turunkan berat badan," katanya.

Katanya, masalah itu menyebabkannya hilang keyakinan diri terutama apabila bertemu orang, bagaimanapun dia tidak terfikir menjalani pembedahan membuang tisu berlebihan pada payudara walaupun tahu itu rawatan yang boleh dilakukan.

"Saya jadi rendah diri kerana berasa rakan tahu saya ada masalah dengan tubuh sendiri. Sampai satu tahap, saya malu nak buka baju dan lebih-lebih lagi apabila pakai baju ketat kerana ada orang pernah tegur saya ada payudara.

"Disebabkan itu, saya aktif bersenam, malah sanggup lakukan tekan tubi sampai 100 hingga 200 sehari di gimnasium untuk hilangkan gynecomastia," katanya.

Katanya, dia tidak pernah kongsikan masalahnya itu kepada sesiapa termasuk keluarga dan isteri.

"Saya simpan seorang kisah itu malah isteri tak tahu dan anggap macam biasa. Tapi jauh di sudut hati, saya harap derita ini berakhir kerana kerana mahu juga hidup normal macam lelaki lain," katanya yang mempunyai diploma dalam pengajian kulinari dan 13 tahun bekerja sebagai cef atas kapal di luar pesisir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai kan dah kena beli bra!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la jadi Gay Bottom.

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 05:46 PM | Show all posts
kalo yg berbadan gempal memang nampak sgt
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah iols dah ada benang yg sama sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 06:18 PM | Show all posts
Saya pun ada masalah ini jika makan kepak ayam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2024 06:33 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.066570 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list