CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11232|Reply: 0

[Dunia] Palsukan penculikan, YouTuber dan rakan dipenjara

[Copy link]
Post time 18-2-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Palsukan penculikan, YouTuber dan rakan dipenjara

https://www.hmetro.com.my/global ... dan-rakan-dipenjara

Agensi

Disiarkan pada: Februari 18, 2024 @ 12:52pm


DUA tertuduh yang dibawa polis ke sidang media selepas ditahan kerana memalsukan kes penculikan mereka. FOTO Polis Kemboja.

Phnom Penh: YouTuber Taiwan dan rakannya dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah Kemboja selepas mencetuskan kebimbangan dengan memalsukan penculikan mereka.

Chen Neng-chuan dan rakannya, Lu Tsu-hsien ditahan selepas memuat naik video mereka dalam kurungan dan dipukul pengawal keselamatan di bandar pelabuhan Sihanoukville.

Kawasan itu dikenali sebagai lokasi panas kumpulan jenayah penculikan yang memaksa mangsa melakukan penipuan dalam talian.

Chen, dikenali dalam talian sebagai Goodnight Chicken memuat naik video kontroversi itu pada Isnin lalu dan meminta bantuan, sebelum isterinya mengumumkan di media sosial bahawa lelaki itu hilang pada keesokan harinya.

Chen kemudian memuat naik video dia dan rakannya berjaya melarikan diri daripada penculik dan mendakwa tercedera, dengan sebahagian rambutnya dicukur.

Bagaimanapun, 'penyiasat' dalam talian meragui kisah itu, malah seorang pempengaruh dikenali Liu Yu berjaya membongkar lokasi Chen berdasarkan video dikongsi, yang menunjukkan Chen hanya mengelilingi suatu kawasan, bukannya melarikan diri seperti didakwa.

Liu Yu juga mempersoalkan mengapa penculik berkenaan membenarkan Chen menyimpan peralatan elektronik untuk bolehkan dia melakukan penstriman langsung.

Tidak lama selepas itu, Chen dan Lu ditahan di bilik hotel dan ditayang di hadapan media bersama peralatan ditemui.

Mahkamah wilayah pada Jumaat memutuskan kedua-dua tertuduh bersalah atas pertuduhan menghasut untuk mencetuskan huru-hara kepada keselamatan sosial.

Kerajaan berkata, dua lelaki itu menghasilkan video dengan kandungan palsu yang menjejaskan kehormatan, ketenteraman dan keselamatan wilayah itu.

Selain hukuman penjara, Chen dan rakannya juga dituntut membayar denda keseluruhan bernilai AS$2,000 (kira-kira RM9,560).

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054791 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list