CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8562|Reply: 49

Perceraian Bukan Penamat Kehidupan – Mawar Rashid

[Copy link]
Post time 18-2-2024 07:14 PM | Show all posts |Read mode




SEJAK November tahun lalu, nama si bunga yang satu ini, Mawar Rashid hangat membakar menjadi bualan dalam media sosial.


Bermula dengan isu tudung terbang diikuti perceraiannya dengan ahli perniagaan, Raf Yaakob semuanya berkecamuk seolah-olah itulah titik terendah dalam kehidupan wanita kelahiran Kelantan itu.


Puas ditebak segala faktor, namun sehingga punca perpisahannya dengan adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob itu masih menjadi tanda tanya.


Kedua-dua mereka bersikap profesional apabila memilih menutup rapi kisah peribadi walaupun sudah berbulan-bulan dikatakan membawa haluan masing-masing.


Si bekas suami masih menafikan dakwaan berlaku sebarang kecurangan antara mereka sehingga membuatkan ikatan suci berakhir dengan perceraian.


Dari satu sisi lain, pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, itu pula selesa memilih mendiamkan diri dalam media sosial dan tidak melayani sebarang temu ramah media.


  



Dia hanya menikmati kehidupan sambil memuat naik aktiviti peribadinya yang dijalani bersama keluarga dan rakan-rakan.


Jauh di sudut hati Mawar pasti mahu bersuara untuk meleraikan persoalan yang sering bermain dalam fikiran orang ramai.


Atas alasan itu mungkin, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu akhirnya berkongsi rasa mengenai perceraian yang menjadi punca permulaan sebuah kehidupan baharu baginya.


“Mungkin kita kena buka fikiran, perceraian bukan penamat kehidupan. Anggap itu babak hidup yang perlu ditutup.


“Perceraian juga bukan satu tragedi, sebaliknya kesengsaraan adalah jika anda hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagia.


“Sekarang tiba masa untuk buka buku baharu dalam hidup saya. Orang takut nak umum perceraian, sebab masyarakat akan pandang negatif,” katanya kepada Pose baru-baru ini.


  



Memberat di jiwa namun bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu akur dengan keputusan yang dibuat secara bersama.


“Keputusan ini memerlukan kekuatan untuk bawa diri keluar dari sesuatu yang tidak layak.


“Malah, itu semua membuatkan saya bangga dengan diri sendiri.


“Bagaimana saya mengumpul kekuatan, menggali dalam mencari siapa diri saya yang sebenarnya.


“Apa yang berlaku, sebab dan akibat, biar hanya kami yang tahu,” lenturya tenang.


Pernah mengakui turut mengalami gangguan mental, Mawar kini terlihat lebih bahagia menjalani kehidupan di samping anak-anak.


“Alhamdulillah, keadaan saya lebih baik dari sebelumnya. Saya gembira dan masih ingat lagi ketika jiwa sedang berperang dalam satu fasa yang melelahkan.


“Yang paling penting, jaga mental anda. Dapatkan rawatan dan pastikan kesihatan anda baik.


“Doktor juga maklumkan kesihatan mental saya dalam keadaan baik. Saya kembali memeluk diri sendiri dengan ‘suka cita’ dan bahagia,” jelasnya.


Jenuh dikecam, sokongan daripada keluarga dan sahabat telah menguatkan Mawar untuk bangkit daripada segala keperitan yang harus dilalui.


“Jujurnya, kita manusia memang memerlukan sokongan. Tuhan selalu ada, itu yang saya yakin tetapi dalam pada masa sama, saya bersyukur keluarga, sahabat sentiasa di sisi menjadi pendengar, pemujuk hati.


“Saya juga pesan kepada diri sendiri untuk tambah baik kualiti hidup dengan cara sendiri. Buat perkara yang menggembirakan dan menyihatkan mental serta fizikal.


“Fokus kepada apa yang penting dalam hidup. Apa yang berlaku semuanya, lebih baik disimpan sendiri kerana terlalu peribadi untuk dikongsi.


“Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada kalian semua,” tutupnya.


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah berjaya move on suda
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawa mawar ni.mesti ramai nak try
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by DottieDot at 19-2-2024 12:57 AM

Suka tengok dia ni.. Lawa dan pandai styling..

Kategori Reen Rahim, Puteri Aisha, Mimi Lana & sapa lagi ek muncul 2010 ke atas, yang ada rupa package pandai bergaya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan segala urusan seterusnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 07:24 AM | Show all posts
gambar yang lepas rambut di atas tu 100% rupa mek siam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2024 07:28 AM | Show all posts
dia memang cantik dan classy...
semoga dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Belakon balik la mawar..lakonna die not bad jd bini pokya ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Rugi la ex laki tgk ex wife lawa btw mawar paham ke buku dia baca tu? Dia ni boleh la lawa jgk tp bimbo kuat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 10:48 AM | Show all posts
cantiknyaaa mawarrr..kena pandai bawak diri baru boleh jadi daiyan trisha..anak tak payah pikir dahh..dah ada anak 3. fokus diri sendiri shj
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Buruk la rambut ko kering kejung
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 19-2-2024 11:07 AM

Iols setuju part dia kata
“Perceraian juga bukan satu tragedi, sebaliknya kesengsaraan adalah jika anda hidup dalam rumah tangga yang tidak bahagia.

Iols teringat lirik lagu usop kot yg ramai org duk guna kat vtt tu

“ Biar sakitku lepaskan.. dari sakitku bertahan
Hancur luluh jiwaku derita”


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia ni. Xmenceceh walau bimbo.
Drpd kenyataan dia, boleh agak ex lakinya psycho.
Jenis nk kne ikut ckp diaaaaa je. Xde kompromi. Kalau aku pun rse terseksa dlm perkahwinan Mcm tu. It’s okay mawar, you’re right. It’s not the end of the world. Keep moving forward for you and your kids! Your kids need you the most. Good that you never look back or mengenyam Mcm satu minah bernama bingai!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 11:03 AM | Show all posts
raf tu da saing2 jejai dah.x tau sape yg salah..laki ke pempuan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 11:08 AM | Show all posts
I loike her lips....sexy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kadang kahwin tu yang jadi penamat dunia, lagi2 laki poyo kehkehkeh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
DottieDot replied at 19-2-2024 12:54 AM
Suka tengok dia ni.. Lawa dan pandai styling..

Kategori Reen Rahim, Puteri Aisha, Mimi Lana & sapa  ...

Reen Rahim bila bukak mulut terus jadi rempit
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 03:05 PM | Show all posts
Buat muka ke chuols? Makin huduh pulak jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 03:10 PM | Show all posts
Yass mawar zaman fuzzwayne is back
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Keputusan ini memerlukan kekuatan untuk bawa diri keluar dari sesuatu yang tidak layak

Sesuatu sangat ayat dia. Adakah selalu direndahkan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.215416 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list