View: 4062|Reply: 33
|
[Dunia]
Perayaan 'lelaki berbogel' Jepun terjejas akibat penduduk semakin tua
[Copy link]
|
|
Perayaan 'lelaki berbogel' Jepun terjejas akibat penduduk semakin tua
https://www.bharian.com.my/dunia ... enduduk-semakin-tua
Februari 18, 2024 @ 6:33pm
Festival ‘Sominsai’ Jepun ialah tradisi terbaharu yang dipengaruhi oleh krisis penduduk yang semakin tua di negara itu. - Foto AGENSI
OSHU: Ratusan lelaki 'berbogel' meraikan perayaan yang dianggap sebagai satu perayaan paling aneh di Jepun, yang kini sudah berusia seribu tahun.
Dalam perayaan yang dinamakan 'Sominsai', lelaki berbogel itu akan berebut beg azimat sebagai penamat ritual sambil melaungkan 'jasso, joyasa' ('jahat, pergilah') yang bergema di wilayah Iwate di utara Jepun, di mana Kuil Kokuseki yang terpencil menjadi lokasi menamatkan upacara tahunan popular itu.
Ketika perayaan itu mencapai kemuncaknya, beratus-ratus lelaki berkerumun di dalam kuil kayu itu sambil menjerit, melaungkan 'jasso, joyasa' dan secara agresif berebut beg azimat.
Bagaimanapun, acara itu yang menarik ratusan peserta dan ribuan pelancong setiap tahun disifatkan menjadi beban bagi penduduk tempatan yang semakin tua dan sukar untuk bersaing dalam upacara itu.
Berikutan masyarakatnya yang semakin tua, banyak sekolah, kedai dan perkhidmatan terpaksa ditutup terutamanya dalam komuniti kecil atau luar bandar.
Seorang penduduk tempatan, Toshiaki Kikuchi, berharap upacara itu akan kembali pada masa hadapan.
"Walaupun dalam format yang berbeza, saya berharap dapat mengekalkan tradisi ini. Terdapat banyak perkara yang anda boleh hargai jika anda mengambil bahagian," katanya.
Ramai peserta dan pengunjung menyuarakan kesedihan mengenai pengakhiran festival.
Kuil-kuil lain di seluruh Jepun terus menganjurkan perayaan yang sama di mana lelaki memakai cawat dan mandi dalam air beku atau berebut azimat.
Sesetengah perayaan sedang menyesuaikan peraturan mereka selaras dengan perubahan demokrasi dan norma sosial supaya ia boleh terus wujud seperti membenarkan wanita mengambil bahagian dalam upacara yang khusus untuk lelaki sahaja sebelum ini.
Mulai tahun depan, Kuil Kokuseki akan menggantikan perayaan itu dengan upacara sembahyang dan cara lain untuk meneruskan amalan rohaninya.
"Jepun sedang menghadapi penurunan kadar kelahiran, penduduk yang semakin tua dan kekurangan golongan muda untuk meneruskan pelbagai perkara.
"Mungkin sukar untuk meneruskan cara yang sama seperti pada masa lalu," menurut seorang peserta. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buatlah kategori junior, senior atau forever macam andartu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takuya kimura Masih ganteng |
|
|
|
|
|
|
|
Yutaka takenouchi pung hensem lagi...
Kasi depa masuk la |
|
|
|
|
|
|
|
Ni perayaan sambil bawa patung zakar tu ke?
Meols ada beli kat bundle baju jepun lelaki semasa perayaan Zakar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alieyrina at 19-2-2024 05:06 AM
Teringat jimmy kump psych fever. Campuran nigeria+jpn. Eksotik heols Yg muda2 layan anime manga music aja
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde bideo ka? Apa yg deme buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Eww ???? pasti busuk haha |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa Eguchi Yosuke sis.
|
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 19-2-2024 04:33 PM
Jangan lupa Eguchi Yosuke sis.
Hahaha
Muka dia MCM pelakon Korea kan..
Hideaki Takizawa boleh masuk skali pls
|
|
|
|
|
|
|
|
gigih meols recall nama-nama pelakon jepun seperti takeshi kaneshiro, takeshi sorimachi, dan satoshi tsumabuki
sebelum zaman kegemilangan kdrama, meols layan jdrama yach. Masa tu femes dengan moroe attack, yang ada lagu chage and aska...dan lepas tu lupa dah |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 19-2-2024 06:45 AM
Takde bideo ka? Apa yg deme buat?
Bertaubatlah kaka |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 19-2-2024 09:47 PM
Bertaubatlah kaka
Iols cjma nak tau apa upacara deme lakukan.. kaka pikiaq apa? |
|
|
|
|
|
|
|
seram bila terbayang
ewwww |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 19-2-2024 09:38 PM
gigih meols recall nama-nama pelakon jepun seperti takeshi kaneshiro, takeshi sorimachi, dan satoshi ...
Takeshi kaneishiro berlakon cite Hong Kong
Hoho....
Dia balik jepun lagi ke..nak meraikan perayaan ini..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 19-2-2024 09:47 PM
Bertaubatlah kaka
Terung kecut laki maria farida mi*f takde sape nk tgk.
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 18-2-2024 11:49 PM
Yutaka takenouchi pung hensem lagi...
Kasi depa masuk la
Masa form 1 dulu tahun 2000 ada kawan meols minat giler kat yutaka takenouchi ni. Time tu kat tv ada tayang citer dia belakon la ntah tajuk apa. Siap lukis muka yutaka tapi versi katun la kat belakang buku2 latihan. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 19-2-2024 11:23 PM
Masa form 1 dulu tahun 2000 ada kawan meols minat giler kat yutaka takenouchi ni. Time tu kat tv a ...
Yezza..cite beach boys kot tak pung with love..
Lagu with love tu iols Sampai skang Ada dalam hp...
Hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|