View: 12845|Reply: 47
|
[Dunia]
Pemain bola terkaya dunia, anak saudara Sultan Brunei cedera teruk ketika beraksi
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 20-2-2024 11:27 AM
PEMAIN bola sepak terkaya dunia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan menakutkan ketika perlawanan.
Faiq Bolkiah, 25, anak saudara Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan bernilai £15.85 bilion (RM95.64 bilion) dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama untuk Ratchaburi ketika menentang Police Tero dalam aksi Liga Thai kelmarin.
Hanya selepas beberapa minit beraksi, dia bertembung dengan pertahanan lawan dan kaki kanannya tersadung sehingga terpaksa diusung keluar padang.
Kecederaan serius itu menyebabkan dia dibawa ke hospital berhampiran.
Presiden kelab, Tanawat Nitikanchana melawat Faiq bersama keluarganya sebagai tanda sokongan moral kepada pemain itu.
Tanawat memuat naik gambar mereka dalam Instagramnya bersama doktor yang melawat Faiq.
"Hari ini hari menyedihkan. Putera @fjefrib tercedera ketika beraksi untuk kami @rbfcofficial_," tulis Tanawat dalam kapsyennya. "Saya tahu anda tentu terkejut dan mengalami kesakitan.
"Tetapi anda perlu tahu kami akan sentiasa bersama anda sehingga anda kembali menyarung jersi naga dan menjaringkan gol.
"Walaupun anda di sini baru lapan bulan tetapi saya yakin setiap orang di kelab ini dan peminat menyayangi anda. Kami akan tunggu anda kembali bersama kami."
Ia minggu yang buruk buat Faiq yang dibuang padang dalam aksi Ratchaburi sebelum ini selepas mendapat kad kuning kedua. Dia menyertai mereka pada musim panas lalu selepas meninggalkan Chonburi.
Walaupun dari keturunan di raja, ia bukan penghalang untuk Faiq menjadi pemain bola sepak profesional. Ketika menyambung pelajaran di England, Faiq bermain dengan akademi Southampton, Chelsea dan Leicester.
Dia turut mencuba nasib dengan Reading, Arsenal dan Stoke namun gagal. Dia kemudiannya berkelana ke Portugal dan bermain dengan Maritimo sebelum kembali ke Asia. - Stadium Astro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bapak heols ni yang kahwin ramai tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
gf sheols yang MU Thai yang latest tu khenz...dapat 1st runner up kat MU 2024...ke meols salah orang? baideway, heols masih moslem kah? atau persis sepupu pinoy heshe? |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 20-2-2024 03:51 AM
gf sheols yang MU Thai yang latest tu khenz...dapat 1st runner up kat MU 2024...ke meols salah orang ...
bukan one of anak ex jagong dgn JR ke gf dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
meols pon konpius nyeh...ke heols sejenis ada banyak gf? ongkaya boleh la
|
|
|
|
|
|
|
|
yg tu bukan gf anak fandi ahmad ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
buang la misai tu
bughukkk
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 20-2-2024 12:18 PM
buang la misai tu
bughukkk
Yang ni bau busuk tak? |
|
|
|
|
|
|
|
awam nya muka tapi ada £15.85 bilion (RM95.64 bilion) tuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 20-2-2024 12:27 PM
nmpk wangi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah kaya gitu, elok sehols jgn main bola la..emols elok sehols duduk rumah diam2, main duit |
|
|
|
|
|
|
|
yes yes anak fandi ahmad..rupanya dedua main kat liga thai ye. Ingatkan si bolkiah ni still main kat liga uk sana. Tapi dedua rupa siap lah, ongkaya kan. Cuma rupa persis tipikal fakboi jurr
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam tak kena bagi gelaran pemain bolasepak terkaya walau pun betul dia kaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu Tanawat Nitikanchana. Ko salah orang kot
|
|
|
|
|
|
|
|
when u hv that kinda money, u can do whatever u like/enjoy as ur profession |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa semua dlm gambar ni, muka tak mcm Melayu ? |
|
|
|
|
|
|
|
yg atas katil tu tanawat? |
|
|
|
|
|
|
|
jahatt replied at 20-2-2024 01:01 PM
Kenapa semua dlm gambar ni, muka tak mcm Melayu ?
Gambar hiasan ke. |
|
|
|
|
|
|
|
atas katil tu yang hensem
Tanawat tu yang muka apek sayur tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|