CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4870|Reply: 0

[Dunia] Pekerja mogok, Menara Eiffel ditutup untuk pelawat

[Copy link]
Post time 20-2-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode



PARIS: Salah satu tempat ikonik di Paris iaitu Menara Eiffel ditutup hari ini berikutan kakitangannya melancarkan mogok sebagai protes terhadap cara monumen berkenaan diuruskan dari segi kewangan yang mengecewakan pekerjanya.

Mogok itu berlaku ketika Paris bersedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2024, yang bermula pada 26 Julai ini.


Pelawat berdiri di luar penghadang kawasan menara di hadapan skrin gergasi yang mengumumkan mogok.

"Ia amat memalukan, kerana kami datang hanya untuk tiga hari dan tidak dapat untuk melihat monumen berkenaan," kata Nelson Navarro, dari Norfolk, England.

Vito Santos, dari Kanada, berkata beliau sudah merancang untuk melawat semula monumen itu 15 tahun selepas berbulan madu dan menunjukkan ia kepada anak-anaknya.

"Ia mengecewakan... Rancangannya adalah untuk datang ke sini pada awal pagi mendapatkan tiket seawal mungkin. Namun, ia mengejutkan kami, mogok sudah diadakan, jadi kami tidak boleh membuat jelajah," katanya.

esatuan mendakwa Dewan Bandaraya Paris, yang memiliki 99 peratus syarikat yang menyelia menara itu, Societe d'Exploitation de la Tour Eiffel (SETE), memandang rendah kos penyelenggaraan dan pembaikan monumen yang dirancang menjelang Sukan Olimpik.

Ia seterusnya boleh mengakibatkan kerja penyelenggaraan yang longgar dan boleh merisikokan pelawat, kata mereka.

Ini adalah kali kedua tahun ini kakitangan mogok atas sebab yang sama.

Menara besi setinggi 324 meter (1,063 kaki), yang dibina oleh Gustave Eiffel pada akhir abad ke-19, menerima kira-kira enam juta pelawat setiap tahun. - REUTERS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050277 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list