CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia.Al fatihah

  [Copy link]
Post time 21-2-2024 08:45 AM | Show all posts
takziah...
ramai tunggu next episode sinetron. iolss pun dah siap popcorn ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan diampunkan segala dosa beliau.

Aku perasan nama isteri 1st dengan 2nd ni belakang nama ada Taib jugak. Memang nama sebenar diorang camtu eh,
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.              
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 08:56 AM | Show all posts
Innalillah....

Tunggu sinetron terhebat bermula
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 08:59 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 21-2-2024 08:53 AM
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan diampunkan segala dosa beliau.

Aku pera ...

takziah utk keluarga TM...


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah untuk ahli keluarga...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2024 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:04 AM | Show all posts

Abdul Taib nakhoda Sarawak selama 33 tahun

Abdul Taib nakhoda Sarawak selama 33 tahun

https://www.malaysiakini.com/news/696800

Bernama
Diterbitkan:  Feb 21, 2024 8:56 AM⋅
Dikemaskini: 8:56 AM



Pemergian Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud merupakan satu kehilangan yang cukup besar buat Sarawak dan negara.

Figura penting ‘Bumi Kenyalang itu yang turut menerima gelaran sebagai bapa pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi ini, pada usia 87 tahun di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Menelusuri lembaran sejarah moden Sarawak, jika tidak membicarakan jasa dan pengorbanan Tun Abdul Taib, ia boleh diibaratkan umpama mengoyak atau mengasingkan sejumlah besar helaian muka surat dari sebuah buku yang tebal.

Tokoh penting itu merupakan watak utama yang menakhodai Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun dalam melayari cabaran tahun 80-an sehingga memasuki abad ke-21.



Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib menerima pendidikan rendah di Sekolah St. Joseph di Miri sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph di Kuching.

Allahyarham kemudiannya menerima biasiswa (New Colombo Plan Scholarship) untuk mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide di Australia, sebelum kembali semula ke Sarawak.

Permulaan khidmat Abdul Taib selama 61 tahun dalam pentadbiran kerajaan serta gelanggang politik bertitik tolak apabila beliau dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sarawak dalam Kabinet Negeri pertama yang diterajui Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Stephen Kalong Ningkan pada 1963.

Walaupun menganggotai Kabinet negeri pertama sewaktu baru berusia 27 tahun, Allahyarham telah menunjukkan sikap kesediaan serta kematangan beliau dalam menghadapi cabaran demi negeri kelahirannya Sarawak yang ketika awal penubuhannya berdepan ancaman komunis serta konfrontasi oleh negara jiran Indonesia.

Ganti bapa saudara

Setelah berkhidmat selama beberapa tahun dalam kerajaan negeri, panggilan untuk berbakti di peringkat Persekutuan tiba apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Samarahan pada 1969.

Khidmatnya di peringkat Persekutuan memberi pendedahan besar buat dirinya apabila memegang pelbagai portfolio penting seperti Menteri Perusahaan Utama (1972), Menteri Perancangan Am dan Penyelidikan Sosio Ekonomi (1974), Menteri Pertahanan (1978) dan Menteri Wilayah Persekutuan (1980).

Bagai sirih pulang ke gagang, 1981 menjadi tahun penting buat Abdul Taib apabila meletak jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri Sebandi.



Setelah menang tanpa bertanding dalam PRK tersebut, Allahyarham dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian Sarawak sebelum menggantikan bapa saudaranya Tun Abdul Rahman Ya'kub sebagai Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981.

Selaku watak utama yang mengetuai kerajaan Sarawak selama 33 tahun, pelbagai agenda pembangunan diperkenalkan Abdul Taib dalam usaha membawa kemajuan kepada negeri itu yang agak terbelakang ketika itu.

Antara usaha yang dilaksanakan Abdul Taib untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Sarawak ialah dengan penubuhan Zon Perindustrian di Samajaya, Demak Laut, Samalaju dan Tanjung Manis yang mewujudkan peluang pekerjaan buat penduduk tempatan.

Di bawah pentadbiran Allahyarham juga, Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah ditubuhkan sebagai pemangkin pembangunan tenaga boleh baharu seperti tenaga hidro di negeri itu.



Loji hidroelektrik yang pertama Sarawak iaitu empangan Batang Ai yang berkuasa 108 megawatt (MW) telah beroperasi pada 1985, diikuti oleh Bakun (2,400MW) pada 2011 dan Murum (944MW) pada 2014.

Pentadbiran Abdul Taib turut menyaksikan penubuhan bahagian pentadbiran baharu seperti di Mukah, Betong dan Samarahan selain pembinaan Dewan Suarah di semua bandar utama di Sarawak untuk keperluan sosial masyarakat.

Selain aspek pembangunan fizikal, pembangunan modal insan turut menjadi keutamaan Abdul Taib dalam memastikan anak-anak Sarawak mendapat pendidikan berkualiti serta berkemahiran tinggi.

Atas dasar itu, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Swinburne kampus Sarawak, Universiti Curtin telah ditubuhkan selain memastikan Sarawak mempunyai universiti awam pertamanya dengan penubuhan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).



Perjalanan Abdul Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak berakhir apabila beliau meletak jawatan pada 28 Feb 2014 dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem (gambar atas).

Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Abdul Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pada 1 Mac 2014.

Setelah hampir 10 tahun dalam jawatan itu, Abdul Taib telah digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri pada 29 Jan tahun ini.

Walau berdepan pelbagai sentimen terhadap legasi pentadbirannya, Abdul Taib terus menabur bakti terhadap tanah tumpah darahnya sehingga riwayat terakhirnya dan semua pengorbanannya itu telah diabadikan dalam lembaran sejarah moden Bumi Kenyalang.

- Bernama



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
no alfatihah for yuusss

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 21-2-2024 08:03 AM
Tak menongkat langit rupanya

Mungkin bumbung sudah dicabutkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian jugak arwah sebelum meninggal ya. Di bawak sana sini. Keluar masuk hospital. Mcmanala die boleh kahwin dgn perempuan rupa mak lampir tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk simpati ke?
Good riddance lei.
Bumbung sepital kna kopak dak?
Aku park popcorn awl².
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 21-2-2024 08:21 AM
Arwah JJ pun blum selesai lg. Hampir 10 tahun dah n masih bercekau. Harap cukup hujah dalam tanah

Mak mertua tk puas ati sb menantu nk tuntut harta sepencarian..patutnya bior le nnt dpt gak kat cucu² cicit ko darah daging jj & ko jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Zep replied at 21-2-2024 12:20 AM
Alfatehah and Good Luck to you. Madey next?

Klu takda benda baik nak cakap baik tak payah. 9 jari tunjuk kat diri
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:16 AM | Show all posts
alfatihah...nak tunggu brape banyak duit rajah putih ni sakau dr rakyat sarawak...SPRM sila siasat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 21-2-2024 09:07 AM
Sian jugak arwah sebelum meninggal ya. Di bawak sana sini. Keluar masuk hospital. Mcmanala die boleh ...

Heols tak pandang roper, heols pandang bubis. Btw, successor heols pun kawen muda jua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2024 09:19 AM | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirajiun, takziah utk ahli keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:26 AM | Show all posts
belilies replied at 21-2-2024 09:18 AM
Heols tak pandang roper, heols pandang bubis. Btw, successor heols pun kawen muda jua.

ya...org pompuan tak tahu yg dlm bubis tu sebenarnya ada udara yg dpt memanjangkan usia lelaki...sebab tu kena ramas dan baru hisap!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:31 AM | Show all posts
sape nak ramas ragad nanti?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.100410 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list